Segala Cerita Artis Malaysia Yang Sensasi, Yang Glamour Dan Yang Terkini
Followers
Berita Terkini
Thursday, November 25, 2010
Zamarul Hisham Rakam Isteri Bersalin
Teruja dengan kelahiran orang baru dalam keluarganya, Zamarul Hisham mengorbankan masa dan tenaga demi keselesaan isteri dan anaknya. Bersyukur segalanya berjalan lancar tanpa sebarang dugaan, aktor popular ini mengakui pengalaman baru ini memberi kekuatan kepada kebahagiaan rumahtangga yang dibina bersama isteri tercinta, Diana Rafar.
"Anak saya lahir pada 29 Oktober lalu pada jam 2.31 petang dengan cara normal dan ketika itu hari Jumaat. Bersyukur semuanya dipermudahkan kerana saya sempat menunaikan solat Jumaat dan kembali ke hospital melihat Diana bersalin.
"Waktu itu saya rakam proses bersalin dan terpaksa buat lawak bodoh untuk kurangkan kesakitan Diana. Kami memilih nama Kashfi Haiqal yang bermakna Pembuka Pintu Hati.
"Semenjak jadi bapa, memang tak cukup tidur. Patutlah kawan-kawan saya cakap 'welcome to the club tak cukup tidur' waktu Diana mengandung. Kashfi selalu meragam dan berjaga malam, menjadi tugas saya menjaganya sebab Diana masih lagi berpantang. Segala rutin harian juga saya ambil alih seperti basuh baju dan kemas rumah.
"Saya ambil cuti sebulan untuk jaga Diana. Kami tak mahu ambil pembantu sebab asyik timbulkan masalah," ujarnya yang mempunyai dua anak, Izzat Haiqal, 11, dan Iqmal Haiqal, 8, hasil perkahwinan terdahulu.
Suka Tipu Umur
Apabila usia makin meningkat, menjadi kebiasaan untuk tidak mendedahkan umur sebenar kerana bimbang usia yang semakin lanjut. Namun berbeza pula dengan Zamarul, lebih suka menambah satu angka pada usia sebenarnya.
"Sebenarnya saya bukan menipu. Umur saya sekarang 39 tahun tapi saya lebih selesa beritahu 40 tahun. Sebabnya orang selalu cakap live begins at 40 so saya nak cepat-cepat rasa bagaimana perasaan itu. Saya cuma nak buat persediaan menuju ke arah itu lebih awal," katanya sambil ketawa.
Penat Berlakon
Pada usia yang semakin meningkat, Zamarul mengakui dirinya sudah tidak mampu untuk berlakon. Namun itu bukanlah dia menarik diri daripada industri yang sudah sebati dengan diri.
"Kadang kala saya terpaksa berlakon jadi muda remaja yang masih belajar di kolej, memang susah sebab saya bukan muda lagi untuk bawakan karektor itu. Jadi pelakon memang letih dan selalu kena rehat sebab kami banyak bermain dengan emosi dan otak.
"Saya dah tak larat nak berlakon lagi, kalau boleh saya nak direct drama sendiri pada masa akan datang," katanya yang menggemari lakonan Shah Rukh Khan
google: zamarul hisham facebook, diana rafar facebook, zamarul hisham twitter, diana rafar twitter, diana rafar seksi, zamarul gambar terbaru, zamarul hensem, zamarul dapat anak, diana dapat anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment