Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, January 28, 2011

'Carefree' Cari Wanita Untuk Jadi Pelakon


Jenama tuala wanita Carefree kini sedang mencari wanita muda yang berbakat untuk berlakon bersama-sama Scha Al-Yahya, dalam siri drama televisyen baru yang akan disiarkan pada bulan Jun ini.

Carefree Girl Bebaskan Bakatmu telah diumumkan semasa sidang media hari ini, di mana dutanya, Scha Al-Yahya sendiri mempamerkan lambang dan logo pencarian pelakon gandingannya.

Pencarian tersebut dikatakan sebagai “jalan pantas” untuk menjadi bintang dan Scha menyeru wanita berumur antara 18 hingga 35 tahun untuk menyertai sesi uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir Februari ini.

“Pencarian bakat Carefree menawarkan peluang keemasan yang jarang dilakukan untuk wanita muda menjadi bintang televisyen dalam sekelip mata. Sekiranya anda seorang yang berbakat dan ingin menjadi seorang pelakon seperti saya, inilah cara mudah untuk mendapat peluang berlakon dalam siri drama televisyen,” kata Scha.

Menceritakan hadiah-hadiah yang akan ditawarkan,Gadis Carefree bakal memenangi wang tunai RM10,000 serta produk itu.

Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Stanford Guo, pihaknya sememangnya komited untuk memenuhi keperluan wanita supaya berasa segar sentiasa setiap hari tanpa perlu risau mengenai ketidakselesaan selain membolehkan wanita untuk meluahkan ekspresi dengan bebas.

Seiring dengan kepercayaan jenama ini, untuk melahirkan bakat wanita muda, idea mengadakan pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu diperoleh bagi mencari seorang gadis yang penuh semangat dan berkeyakinan untuk memainkan peranan dalam drama siri televisyen itu.

Pemenang pencarian itu nanti akan berpeluang berlakon bersama-sama barisan pelakon muda dan terkenal iaitu Scha Alyahya, Marsha Londoh dan Awal Ashaari.

Pencarian bermula dengan pusingan kelayakan untuk menjadi finalis melalui sesi uji bakat di seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac, diikuti dengan pencarian pada peringkat akhir di Kuala Lumpur, akhir bulan April.

Pemenangnya akan terus menerima latihan untuk mengambil peranan yang bakal dilakonkan sebelum memulakan penggambaran dalam produksi drama televisyen yang akan ke udara di Astro Ria pada akhir bulan Mei.

Sesi uji bakat di seluruh negara untuk pencarian ini akan diadakan di empat buah cawangan pasar raya besar Giant.

Ia Bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 & 27 Februari seterusnya di Giant City Mall, Kota Kinabalu (6 dan 6 Mac) dan Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang, (12 & 13 Mac).

Sementara di Selangor pula akan diadakan di Giant, Bandar Kinrara, 19 dan 20 Mac.

Terdapat dua cara untuk menyertai sesi uji bakat iaitu:

Pertama, beli pek permulaan Carefree dengan panty liner Ultra Thin & Super Dry bernilai RM8.90 atau panty liner Acti-Fresh & Healthy Fresh bernilai RM11.90.

Kemudian layari www.facebook.com/mycarefree atau dengan mencari “Pink Daisy”. Melalui laman sosial itu, peserta berpeluang menghantar permohonan berpandukan syarat yang dinyatakan termasuklah menyertakan bukti pembelian dengan memuat naik imbasan atau foto resit.

Peserta juga dikehendaki menyertakan sekeping gambar sendiri yang terkini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...