Menurut Along, melihat perkembangan kerjaya artis terkenal dibawah produksi tersebut membuatkan dia percaya pintu rezekinya lebih terbuka di situ.
“Pada bulan lepas saya sudah menandatangani perjanjian kontrak selama setahun dengan MIG Production.
“Saya yakin kerjaya saya boleh berkembang melalui syarikat ini. Ini terbukti apabila ramai pelakon seperti Shahezy Sam yang sudah berbelas tahun berlakon namun popularitinya digilap di sini,” ujarnya.
Sejak bergelar artis, Along akui sukar baginya mengatur kerjaya secara sendirian. Namun begitu dia percaya tahun 2011 adalah lembaran baru buat dirinya.
“Sudah beberapa tahun saya bergerak sendiri ia memang agak sukar sebab ramai yang tidak tahu bakat kita dan kita juga sukar untuk mendapat peluang membuktikan kemampuan.
“Apabila berada di bawah pengurusan MIG saya yakin lebih kerjaya lakonan saya lebih terjamin,” katanya yang bakal memegang watak utama dalam sebuah filem terbitan produksi tersebut.
Dalam pada itu, Along memberitahu walaupun dia terikat dengan produksi terbabit namun dia masih menerima tawaran untuk berlakon bersama syarikat produksi lain.
“MIG tidak pernah mengekang perjalanan kerjaya artis mereka, saya juga akan berlakon dalam sebuah filem berjudul Cinta Ekstra yang mana di bawah produksi Outload Studio sebagai watak utama,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment