Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, January 28, 2011

Tiz Zaqyah Tidak kenal Aizat Fikri


Tiz Zaqyah atau Siti Zaqyah Razak, pucuk muda yang mencipta nama melalui siri drama popular Nur Kasih, sering melalui jalan yang sukar dalam kerjaya seninya.

Memang benar, Tiz tidak mengalami masalah yang besar untuk menaikkan namanya dalam industri ini, tetapi populariti yang di raih sekarang ini menjadikan dia sentiasa bergelumang dengan pelbagai kontroversi.

Pernah dilabelkan sebagai pelakon yang bermasalah, Tiz Zaqyah juga pernah di cop sebagai gadis yang terlalu bersosial dan sering mabuk dilokasi sesikit masa yang lalu.

Tidak kurang juga dengan kisah cinta, selain di kaitkan bersama 'heronya' dalam siri drama popular, Nurkasih, Tiz zaqyah juga pernah dituduh cuba menganggu hubungan yang terjalin antara pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai.

Namanya tidak pernah sunyi daripada gosip, dan kini dia digosipkan bercinta dengan anak kepada ahli parlimen kawasan Nerus, Aizat Fikri. Tiz dikatakan sering menemani anak VIP itu di majlis-majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Bertemu Tiz Zaqyah di majlis pelancaran drama terbarunya, Gemilang baru-baru ini, dia hanya ketawa apabila diajukan tentang perkara ini.

"Sudah beberapa kali saya ditanya tentang perkara ini, malah ramai yang bertanyakan saya sama ada benar saya sedang bercinta dengan anak seorang ahli parlimen.

"Sebenarnya, sepanjang saya hidup di dalam dunia ini, saya sudah berkawan dengan pelbagai golongan manusia. Saya bukan seorang yang memilih dan saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa, dan kemungkinan juga saya berasal daripada Kuala Lumpur maka saya banyak mengenali orang di pelbagai taraf dan pangkat.


"Tetapi secara jujurnya saya tidak mengenali siapa lelaki bernama, Aizat Fikri ataupun saya tidak pernah berkenalan dengan anak ahli parlimen Nerus, jadi mana mungkin saya ada menemani beliau di majlis-majlis tertutup.

"Mungkin orang tersilap pandang, ataupun wanita bersama Aizat Fikri itu ada iras-iras saya, sebab itu ramai yang fikir saya bercinta dengannya,"jelas Tiz Zaqyah.

Enggan dikaitkan dengan Remy Ishak

Seperti mana Aizat Fikri, Remy Ishak juga antara lelaki yang berada di dalam senarai 'gosip' Tiz Zaqyah. Selalu kelihatan bersama dan pernah menemani pelakon popular itu melihat kawasan rumah barunya, Tiz turut menafikan ada hubungan yang terjalin antara mereka.

"Remy dan saya hanya kawan biasa, dan antara kami tidak ada sebarang hubungan perasaan. Kami mempunyai keserasian yang baik, bukan sahaja di dalam lakonan tetapi juga sebaliknya.

"Kami satu kepala dan saya selesa berkawan dengan Remy, tapi untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat, itu mungkin tidak.

"Adakalanya perkara begini mengganggu juga emosi, tapi bila ia sudah terlalu diperkatakan saya lebih suka buat tak tahu sahaja. Memang benar kami tidak bercinta, jadi mengapa takut untuk berterus terang sahaja,"luah Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah kini akan muncul di slot Zehra untuk drama bersiri Gemilang dan bergandingan bersama Shahz Jaszle, dan kamal Adli.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...