Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, January 23, 2011

Heliza Helmi Mula Bikin Lagu


Penyanyi dan pelakon, Heliza Helmi, 24, memberanikan diri dengan mencipta tiga buah lagu baru khas untuk dirinya iaitu Cuma Aku, Kau Selamanya dan Chord G.

Menurut Heliza, menjadi komposer untuk lagu sendiri merupakan satu langkah baru untuknya dalam mengembangkan bakatnya di bidang muzik selain menyanyi.

"Mungkin sesetangah orang menganggap saya sekadar ingin mengikut trend dimana penyanyi masa kini kebanyakannya mencipta lagu sendiri.

"Tapi saya sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru dan ingin mencabar diri dan lihat setakat mana kemampuan saya dalam bidang muzik.

"Untuk tiga lagu baru ini, ia ternyata berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini yang lebih catchy.

"Bagaimanapun, saya akan hantar lagu Cuma Aku ke semua stesen radio sebagai single lagu baru saya. Kemudian barulah saya tolak lagu-lagu lain pula," katanya.

Tambah gadis kelahiran Sabah ini, keinginannya untuk mencipta lagu bermula apabila dia belajar bermain gitar dan tanpa disedari dia mendapat ilham melodi lagu yang diinginkan.

Selain itu Heliza juga mempelajari selok belok mengenai penghasilan lagu dengan gitaris kumpulan Sofazr, Zimi.

"Zimi juga merupakan arranger (penyusun) bagi lagu-lagu terbaru saya. Ternyata bekerja dengan Zimi merupakan satu pengalaman baru untuk saya kerana banyak input yang saya terima daripadanya.

"Mungkin bekerja dengannya adalah langkah yang bagus kerana dia memiliki idea-idea baru dalam muzik. Saya suka bekerja dengannya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...