Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, January 28, 2011

Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK


UNITED Kingdom (UK) merupakan antara negara yang menjadi tumpuan ramai penyanyi dari seluruh dunia termasuklah Malaysia bagi mengembangkan karier mereka kerana mempunyai pasaran muzik yang besar.

Altimet dan kumpulan Monoloque adalah dua kumpulan tempatan yang akan mengorak langkah itu selepas sekian ramai penyanyi lain yang pernah mencuba nasib dengan mengadakan siri persembahan bergerak di sana.

Menurut Altimet, tawaran yang diterimanya daripada sebuah agensi yang dikenali sebagai Kugiran Negara Ke UK bagi mengadakan persembahan-persembahan bergerak di negara itu sukar untuk dilepaskannya begitu sahaja.

“Ini adalah kali pertama saya dijemput mengadakan persembahan di empat buah bandar di UK iaitu Warwick, Nottingham, Dublin dan London mulai 16 sehingga 28 Februari ini bersama kumpulan Monoloque.

“Saya sukar melepaskan undangan itu kerana ini adalah salah satu cara saya menimba pengalaman selain mengintai peluang dalam bidang nyanyian di negara seperti UK yang terkenal dengan industri muziknya di dunia.

“Saya teruja untuk mengadakan persembahan-persembahan ia merupakan tempat yang paling penting pernah saya adakan setakat ini,” katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas penyanyi pop, R&B dan hip hop ini, dia berasa bertuah kerana menjadi antara penyanyi tempatan yang diberi peluang oleh Kugiran Negara Ke UK mengadakan persembahan berbayar di negara tersebut.

Katanya, undangan itu berdasarkan populariti yang sedang diraihnya selain atas permintaan ramai peminat termasuklah para pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajian mereka di kebanyakan bandar utama di UK.

“Saya difahamkan ini adalah tahun keempat Kugiran Negara Ke UK menganjurkan persembahan bergerak untuk para penyanyi dari Malaysia.

SEMENTARA itu, vokalis dan gitaris Monoloque, Loque turut teruja dengan jemputan daripada Kugiran Negara Ke UK yang disifatkannya sebagai peluang keemasan bagi mereka menorak langkah lebih jauh dalam bidang muzik.

Apatah lagi ujar bekas gitaris kumpulan Butterfingers itu, Monoloque kini sedang dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu.

“Bagi saya, ini adalah peluang kami untuk mempromosikan lagu-lagu dalam album itu di UK nanti. Antara lagu yang akan kami persembahkan di sana nanti bertajuk Badang Kotaraya dan Penghormatan Terakhir.

“Namun, kami juga akan menyanyikan lagu-lagu lama Butterfingers seperti Mati Hidup Kembali. Ini kerana saya yakin ramai yang mengenali Butterfingers berbanding Monoloque yang baru ditubuhkan beberapa tahun lalu,” jelasnya.

Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang dirakamkan di Studio Kilang Menjahit Bunyi milik Loque itu yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini katanya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Kesibukan dengan pelbagai aktiviti termasuklah setelah menjayakan Konsert Analoque - Ana Raffali dan Monoloque di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menyebabkan rakaman album itu perlahan.

“Sekarang ini tumpuan kami adalah untuk empat persembahan Monoloque di UK nanti bersama-sama Altimet. Kami sudah mula berlatih sejak seminggu lalu selama dua jam tiga atau empat kali seminggu.

“Antara fokus kami adalah lagu-lagu terbaru Monoloque seperti Penghormatan Terakhir dan Kita Semua Perlukan Cinta yang akan dipersembahkan dalam persembahan kami di UK nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...