Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, January 28, 2011

Benarkah Qhaud AF7 Tidak Minat Menyanyi?


Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Qhaud yang semakin aktif di pentas lakonan menafikan sudah tidak berminat pada bidang nyanyian lagi.

Hampir dua tahun selepas AF7, kecenderungan pemilik nama sebenar Mohd Qhaud Abd Rashid itu menghiasi pelbagai drama televisyen, teater dan filem dilihat seolah-olah meminggirkan kerjaya nyanyiannya yang suram.

Menurut Qhaud, tawaran lakonan yang berterusan telah memaksa dia untuk menangguhkan seketika perancangan untuk muncul dengan lagu atau album sulung.

"Saya masih meminati nyanyian sebenarnya. Cuma buat masa ini, beberapa tawaran lakonan yang hadir menyebabkan saya tidak sempat untuk menumpukan perhatian pada perancangan mengeluarkan lagu atau album pertama.

"Bagaimanapun, seboleh mungkin saya akan cuba keluarkan album pertama atau sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam tahun ini juga.

"Konsep lagu masih lagi saya usahakan untuk mencari kelainan buat peminat muzik," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Sini Ada Hantu di GSC Mid Valley, di sini, Rabu.

Bercerita tentang filem arahan James Lee itu, Qhaud mengakui pembabitannya dalam produksi filem tersebut sangat menyeronokkan walaupun gementar untuk berlakon.

Menjayakan watak sebagai pelajar sekolah bernama Yaakub, Qhaud mengakui tidak berdepan sebarang kesulitan atau 'gangguan' ketika penggambaran filem seram komedi itu.

"Saya seronok terlibat dalam filem ini. Sebenarnya ini bukan pengalaman pertama bekerja di bawah James.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dalam sebuah telefilem di bawah arahannya juga. Dari situlah James menawarkan saya peluang ini.

"Walaupun ia filem seram tetapi saya tidak hadapi sebarang masalah atau 'gangguan' sepanjang penggambaran berlangsung," katanya yang turut terlibat dalam muzikal Terima Kasih Cinta yang bakal dipentaskan bermula 17 Februari hingga 6 Mac ini di Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...