Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, February 21, 2011

‘Zizan Show’ Dedah ‘6 Kriteria Nak Jadi Awek Zizan’


Pengacara Zizan Raja Lawak bakal muncul dengan program bual bicara sendiri komedi sendiri berjudul Zizan Show.

Program 13 episod selama 30 minit itu akan bersiaran mulai 28 Februari ini, setiap Isnin, pukul 9.30 malam di Astro Warna (saluran 132).

Zizan Show menampilkan Zizan diiringi DJ peribadi dan beberapa penari peribadi dengan menghidangkan lima segmen iaitu ‘Top 6 Pilihan Zizan’, ‘Prank Bersama Zizan’, ‘Sesi berbual bersama penonton dan tetamu jemputan’, ‘Zizan Di Luar Sana’ dan ‘Anak Bayang’.

Menerusi segmen ‘Top 6 Pilihan Zizan’, Zizan akan berbual mengenai enam perkara pilihannya seperti 6 kriteria jika nak jadi awek Zizan, 6 pengalaman paling memalukan Zizan dan pelbagai perkara lain yang kelakar tentang Zizan.

‘Prank Bersama Zizan’ merupakan segmen di mana Zizan akan mengenakan orang ramai dan menguji keprihatinan serta keikhlasan hati mereka dengan menyamar sebagai orang lain.

Zizan akan memberikan ganjaran wang tunai kepada orang ramai yang baik hati dalam membantu melayan kerenahnya.

Sementara ‘Sesi berbual bersama penonton dan tetamu jemputan’ menampilkan Zizan akan berbual mengenai pelbagai topik menarik seperti ‘Kenapa rakyat Malaysia memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan kemalangan, prihatin atau busy body?’.

Segmen ‘Zizan Di Luar Sana’ akan memaparkan aktiviti Zizan bersama orang ramai di luar sana manakala menerusi segmen ‘Anak Bayang’, Zizan akan menjemput tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti terkenal dan berbual tentang kejayaan mereka.

Selain itu, Zizan juga akan menjemput penonton di studio untuk bermain permainan bersama-sama tetamu jemputan iaitu ‘Anak Bayang’ yang bakal membuatkan para penonton terhibur. Permainan-permainan ini akan dipelbagaikan pada setiap episod.

Sebelum program berakhir, Zizan akan menyanyi dan ‘rapping’ dengan iringan muzik DJ peribadinya.

Diana Amir Tiada Hubungan Istimewa Dengan Erry Putra


Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir (gambar) menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktor kacak Erry Putra seperti mana yang digosipkan di Internet.

Jelas Diana, dia menganggap mesej-mesej mesra di laman sembang twitter antara dia dengan pelakon lelaki tersebut sekadar bahan gurauan semata-mata.

"Bukan menafikan tetapi memang kami tidak pernah kenal rapat sekalipun, saya tidak pernah berjumpa dia, malahan tidak mempunyai nombor telefonnya.

"Kami hanya berhubung melalui twitter sahaja dan sekadar bertegur sapa antara artis. Pada saya, apa yang ditulis oleh Erry hanyalah gurauan selepas penat bekerja "

Kata Diana, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia menjalinkan sebarang hubungan cinta.

"Buat masa sekarang saya belum terrfikir untuk bercinta dengan siapa-siapa pun. Saya serik untuk percaya lelaki.

"Cukuplah dengan pengalaman cinta lalu yang banyak beri pengajaran agar tidak mudah mempercayai lelaki," katanya yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Petiga arahan Farid Kamil.

Sementara itu, Diana turut menjelaskan dakwaan kononya dia hanya berkawan dengan para artis dan peminat lelaki di laman sosial Facebook miliknya.

"Saya ada dengar tentang peminat perempuan yang mendakwa saya tidak terima dia sebagai rakan Facebook.

"Sebenarnya satu akaun facebook saya sudah tidak aktif kerana saya terlupa kata laluan, manakala satu lagi sudah penuh melebihi had rakan. Saya tidak pernah memilih rakan-rakan tertentu untuk menjadikawan di situ.

"Namun jika ada yang terasa dan kecil hati tentang itu saya minta maaf sebab ia bukan sesuatu yang disengajakan. Mungkin juga saya terlepas pandang ketika itu tapi jauh sekali saya memilih rakan," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, bagi peminat yang ingin mengenalinya atau mengetahui perkembangannya boleh ke laman Facebook kelab peminatnya.


google: Diana Amir facebook, Diana Amir twitter, skandal Diana Amir, gosip Diana Amir, gambar Diana Amir, gambar seksi Diana Amir, pakaian seksi Diana Amir, drama Diana Amir, filem Diana Amir, gambar kekasih Diana Amir, Diana Amir bercinta

Farish-Zahrah Terpaksa Berpisah Sementara


Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, terpaksa berpisah sementara dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, selepas pasangan itu diijabkabulkan di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat lalu.

Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.

Lantas pasangan itu mengambil keputusan untuk tinggal berasingan buat sementara waktu dan berharap perkahwinan jarak jauh ini tidak menghalang mereka untuk mengukuhkan hubungan sebagai suami dan isteri.

Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.

“Kami telah mengenali dan bercinta selama 14 tahun. Sepanjang menjalinkan hubungan itu, kami sudah biasa berhubung secara jarak jauh dan alhamdulillah hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin.

“Ramai juga kawan yang bertanya tentang bagaimana kami menjaga hubungan. Pada saya, mudah sahaja, kami saling percaya antara satu sama lain, tidak terlalu mengongkong dan percaya pada jodoh.

“Selepas berkahwin, biarlah isteri bekerja di Sabah selama dua hingga tiga tahun dahulu kerana dia pun baru memulakan kerja selepas pulang belajar dari Australia selama lima tahun,”

Farish dan Zahrah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Hotel Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabtu.

Menurut pengacara Chopp! di TV9 itu, dia dan isteri hanya melakukan sebuah majlis resepsi di Kota Kinabalu.

“Kedua-dua majlis iaitu nikah dan sanding ditanggung sendiri oleh saya dan isteri tanpa ada tajaan mana-mana pihak. Kami memilih untuk melakukan majlis nikah di hotel kerana mahukan privasi yang dihadiri oleh 100 orang termasuk keluarga dan rakan terdekat.

“Sementara majlis persandingan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kawan-kawan yang seramai 800 orang,” ujarnya yang bercinta dengan Zahrah ketika sama-sama menuntut di tingkatan 1 di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.

Kata Farish, dia tidak pernah menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada usia sekarang tetapi setelah memikirkan hubungan mereka yang tiada penghujung dan usia yang bakal mencecah 30 tahun, lantas Farish nekad melamar Zahrah dan mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu.

“Perkahwinan ini memberikan lembaran baru dalam hidup saya yang akan dilalui oleh semua orang. Saya mahukan anak dan mempunyai sebuah institusi kekeluargaan yang baik untuk membina kehidupan ke tahap yang lebih baik,” ujarnya yang tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini tetapi berkemungkinan pada hujung tahun.

(GAMBAR) Sekitar Malam Anugerah Sri Angkasa 2010 (ASA2010)




Google: keputusan Anugerah Sri Angkasa 2010, majlis Anugerah Sri Angkasa 2010, artis di Anugerah Sri Angkasa 2010, gambar sekitar Anugerah Sri Angkasa 2010, pemenang Anugerah Sri Angkasa 2010, kemeriahan Malam Anugerah Sri Angkasa 2010, artis-artis di Malam Anugerah Sri Angkasa 2010, gambar di Malam Anugerah Sri Angkasa 2010, artis seksi di ASA2010, gambar artis di ASA2010, pemenang ASA2010, calon-calon ASA2010, keputusan ASA2010, gambar menarik ASA2010

Drama Perempuan Dinobat Drama Terbaik ASA 2010

Pengarah drama Perempuan, Mohd Fahmi Sarindi ketika menerima Anugerah Drama TV Terbaik oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri.

Drama Perempuan yang berkisar tentang cabaran wanita dalam masyarakat diangkat sebagai Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) selain turut merangkul Anugerah Skrip Terbaik pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, Sabtu.

Dalam acara tersebut juga, pengarah drama Apakah Dosaku, Bernard Chauly dinobatkan sebagai pengarah terbaik dan pelakon Eleine Daly merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Drama Lelaki Terbaik dimenangi oleh Fauzi Nawawi melalui drama Sebelum Akhirat, manakala Pelakon Drama Komedi Terbaik dimenangi oleh Abby Yus untuk drama Masak Lomak Cili Api.

Ashwad Ismail menerima dua anugerah pada majlis tersebut.

Selain itu, ASA 2010 turut menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengungguli kemenangan keseluruhan anugerah rancangan radio dan televisyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu malam.

Dalam acara yang berlangsung pada malam kedua ini, RTM mendominasi kemenangan apabila meraih sebanyak enam dari 17 anugerah yang dipertandingkan menjadikan jumlah sebanyak 23 anugerah keseluruhannya.

Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul tujuh anugerah antaranya Buletin TV Terbaik, Dokumentari TV Terbaik dan Candawara TV Terbaik.

Sementara itu, Media Prima berjaya membawa pulang empat anugerah pada malam ini menjadikan 10 anugerah keseluruhannya.

Elaine Daly pertama kali menerima anugerah selepas berlakon hampir lapan tahun.

Tidak ketinggalan juga stesen radio Bernama memenangi tiga anugerah, Thr FM (1) dan Suria FM (2).

Selain itu, bagi anugerah yang menjadi perhataian DJ Radio Terbaik dimenangi oleh Chong Keat Aun (Ai FM) bagi kategori lelaki dan Roslinda Abdul Majid (Suria FM) bagi kategori wanita.

Bagi Anugerah Khas Juri kali ini diberikan kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail. Manakala, Anugerah Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta diterima oleh Datuk Affendy , sementara Anugerah Tokoh SeriAngkasa diterima oleh Datuk Abdullah Mohammad.

Sebanyak 53 anugerah dipertandingkan bagi setiap program terbitan radio dan televisyen bagi ASA 2010 yang bertemakan Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia yang bertujuan menggalakkan persaingan sihat dikalangan penyiar bagi menghasilkan karya-karya bermutu dan kreatif untuk para pendengar dan penonton.

Fauzi Nawawi kali kedua menerima Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Sebelum Akhirat selepas kali pertama di Anugerah Skrin baru-baru ini.

ASA 2010 dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan Komunikasidan Kebudayaan, Media Prima, RTM dan ASTRO selepas diadakan pada 2006.

Majlis dihadiri oleh Menteri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, kedua-dua Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang dan Datuk seri Kamarudin Siaraf serta Ketua pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Datuk Sharifah Aini.

Senarai Pemenang Anugerah:

DJ Lin menerima Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik pada majlis itu.

Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik-Roslinda Abdul Majid ( Suria FM )

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik-Wan Syahrina Wan Ab Rahman ( Bernama Radio 24 )

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik-Chong Keat Aun ( Ai FM )

Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik-Ashwad Ismail, Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pengulas TV Terbaik-Mohd Hafizal Hamad, Pahlawan Akhir Sukan Sea (RTM TV1)

Anugerah Pengacara TV Terbaik-Sarimah Ibrahim Konsert Akademi Fantasia 8 (Astro Ria)

Anugerah Majalah TV Terbaik-Agrotek - Kelapa: Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi ( RTM TV1)

Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik-Showdown 2010 ( Episod 9 )

Anugerah Candawara TV (Game Show) Terbaik-Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)£)

Anugerah Hiburan TV (Muzikal) Terbaik-Shout Award 2009 (8TV)

Anugerah Buletin TV Terbaik-Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik-Abby Yus Masak Lomak Cili Padi (RTM TV2)

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik-Siti Jaslina Ibrahim, Perempuan (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik-Elaine Daly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik-Fauzi Nawawi, Sebelum Akhirat ( TV3)

Pengarah Drama TV Terbaik-Bernard Chauly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Drama TV Terbaik-Perempuan, (RTM TV2)

Anugerah Dokumentari TV Terbaik-Malaysia My Home : Story Of Sabah & Sarawak ( Astro 301)

Anugerah Buletin TV Terbaik-Awani 7.45 ( Astro Awani )

Anugerah Khas Juri-Ashwad Ismail

Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta-Datuk Affendy Nawawi

Anugerah Tokoh Seri Angkasa-Datuk Abdullah Mohammad

Gambar Sekitar ASA2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...