Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, February 21, 2011

Drama Perempuan Dinobat Drama Terbaik ASA 2010

Pengarah drama Perempuan, Mohd Fahmi Sarindi ketika menerima Anugerah Drama TV Terbaik oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri.

Drama Perempuan yang berkisar tentang cabaran wanita dalam masyarakat diangkat sebagai Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) selain turut merangkul Anugerah Skrip Terbaik pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, Sabtu.

Dalam acara tersebut juga, pengarah drama Apakah Dosaku, Bernard Chauly dinobatkan sebagai pengarah terbaik dan pelakon Eleine Daly merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Drama Lelaki Terbaik dimenangi oleh Fauzi Nawawi melalui drama Sebelum Akhirat, manakala Pelakon Drama Komedi Terbaik dimenangi oleh Abby Yus untuk drama Masak Lomak Cili Api.

Ashwad Ismail menerima dua anugerah pada majlis tersebut.

Selain itu, ASA 2010 turut menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengungguli kemenangan keseluruhan anugerah rancangan radio dan televisyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu malam.

Dalam acara yang berlangsung pada malam kedua ini, RTM mendominasi kemenangan apabila meraih sebanyak enam dari 17 anugerah yang dipertandingkan menjadikan jumlah sebanyak 23 anugerah keseluruhannya.

Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul tujuh anugerah antaranya Buletin TV Terbaik, Dokumentari TV Terbaik dan Candawara TV Terbaik.

Sementara itu, Media Prima berjaya membawa pulang empat anugerah pada malam ini menjadikan 10 anugerah keseluruhannya.

Elaine Daly pertama kali menerima anugerah selepas berlakon hampir lapan tahun.

Tidak ketinggalan juga stesen radio Bernama memenangi tiga anugerah, Thr FM (1) dan Suria FM (2).

Selain itu, bagi anugerah yang menjadi perhataian DJ Radio Terbaik dimenangi oleh Chong Keat Aun (Ai FM) bagi kategori lelaki dan Roslinda Abdul Majid (Suria FM) bagi kategori wanita.

Bagi Anugerah Khas Juri kali ini diberikan kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail. Manakala, Anugerah Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta diterima oleh Datuk Affendy , sementara Anugerah Tokoh SeriAngkasa diterima oleh Datuk Abdullah Mohammad.

Sebanyak 53 anugerah dipertandingkan bagi setiap program terbitan radio dan televisyen bagi ASA 2010 yang bertemakan Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia yang bertujuan menggalakkan persaingan sihat dikalangan penyiar bagi menghasilkan karya-karya bermutu dan kreatif untuk para pendengar dan penonton.

Fauzi Nawawi kali kedua menerima Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Sebelum Akhirat selepas kali pertama di Anugerah Skrin baru-baru ini.

ASA 2010 dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan Komunikasidan Kebudayaan, Media Prima, RTM dan ASTRO selepas diadakan pada 2006.

Majlis dihadiri oleh Menteri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, kedua-dua Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang dan Datuk seri Kamarudin Siaraf serta Ketua pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Datuk Sharifah Aini.

Senarai Pemenang Anugerah:

DJ Lin menerima Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik pada majlis itu.

Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik-Roslinda Abdul Majid ( Suria FM )

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik-Wan Syahrina Wan Ab Rahman ( Bernama Radio 24 )

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik-Chong Keat Aun ( Ai FM )

Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik-Ashwad Ismail, Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pengulas TV Terbaik-Mohd Hafizal Hamad, Pahlawan Akhir Sukan Sea (RTM TV1)

Anugerah Pengacara TV Terbaik-Sarimah Ibrahim Konsert Akademi Fantasia 8 (Astro Ria)

Anugerah Majalah TV Terbaik-Agrotek - Kelapa: Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi ( RTM TV1)

Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik-Showdown 2010 ( Episod 9 )

Anugerah Candawara TV (Game Show) Terbaik-Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)£)

Anugerah Hiburan TV (Muzikal) Terbaik-Shout Award 2009 (8TV)

Anugerah Buletin TV Terbaik-Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik-Abby Yus Masak Lomak Cili Padi (RTM TV2)

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik-Siti Jaslina Ibrahim, Perempuan (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik-Elaine Daly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik-Fauzi Nawawi, Sebelum Akhirat ( TV3)

Pengarah Drama TV Terbaik-Bernard Chauly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Drama TV Terbaik-Perempuan, (RTM TV2)

Anugerah Dokumentari TV Terbaik-Malaysia My Home : Story Of Sabah & Sarawak ( Astro 301)

Anugerah Buletin TV Terbaik-Awani 7.45 ( Astro Awani )

Anugerah Khas Juri-Ashwad Ismail

Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta-Datuk Affendy Nawawi

Anugerah Tokoh Seri Angkasa-Datuk Abdullah Mohammad

Gambar Sekitar ASA2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...