Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, December 25, 2010

Antara Garisan, Muallaf Ungguli ASK2010

Norkhiriah dan Fauzi Nawawi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010 di PWTC, Jumaat.

Drama arahan Shahrul Ezad Mohamedin, Antara Garisan berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat malam.

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Azma Aizal Yusoof, Norkhiriah dan Ungku Ismail itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Sebelum Akhirat, Dalil Cinta, Kaki dan Perempuan.

Sharifah Amani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Muallaf.

Drama ini turut memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Norkhiriah yang sebelum ini pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK2007, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azma Aizal Yusoof) dan Lakon TV Terbaik (Shahrul Ezad Mohamedin).

Kategori Pengarah Terbaik Drama dianugerahkan kepada Murali Abdullah menerusi drama Sebelum Akhirat.

Fauzi Nawawi pula berjaya menewaskan Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Syed Ali dan Ungku Ismail bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya di dalam drama Sebelum Akhirat.

Sementara kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Muallaf arahan Yasmin Ahmad.

Bront Palarae meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Belukar.

Filem tersebut turut memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Filem (Sharifah Amani).

Turut memenangi anugerah ASK2010 adalah Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Bront Palarae menerusi filem Belukar.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima trofi serta hadiah lawatan ke Los Angeles.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Fouziah Gous dan Fizz Fairuz.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, isteri Datin Seri Maznah Rais, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.

Drama rantaian Nur Kasih memenangi anugerah Drama Rantaian Terbaik.

Acara tersebut telah dihoskan oleh Vanidah Imran dan Awal Ashaari serta disiarkan secara langsung di TV3.

Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan 24 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman.

Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan termasuk Anugerah VideografiTerbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas.

Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2010 ini mempertandingkan 17 buah drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi. Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.

Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

Keputusan Penuh ASK2010


google: Anugerah Skrin 2010, senarai terkini Anugerah Skrin 2010, pemenang terkini Anugerah Skrin 2010, siaran langsung Anugerah Skrin 2010, senarai pemenang Anugerah Skrin 2010, drama terbaik Anugerah Skrin 2010, filem terbaik Anugerah Skrin 2010, red carpet Anugerah Skrin 2010, best dressed Anugerah Skrin 2010, Artis seksi ASK2010

AC Mizal Tolak Tawaran Lain Demi Muzikal Tun Mahathir 2


Pelakon Datuk AC Mizal mempunyai dua sebab mengapa beliau sanggup menolak tawaran teater dan filem lain demi menjayakan watak Aziz dalam teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim kedua.

Teater yang turut dilakonkan oleh Elly Mazlein, Esma Daniel, Ezany Nizariff, Misha Omar dan Sarimah Ibrahim tersebut akan dipentaskan di Istana Budaya pada 21 hingga 30 Januari 2011.

Pertama, AC tidak malu mengaku amat meminati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan yang kedua kerana teruja berlakon di pentas Istana Budaya.

Namun begitu perasaannya bercampur baur antara kecewa sedikit dan bertuah apabila mendapat tahu tidak berpeluang membawakan watak idolanya itu sebaliknya watak rakan kepada Tun Mahathir bernama Aziz.

Elly Mazlein, Ezany dan Misha merupakan antara muka baru dalam MTM2.

Bagaimanapun, segala-galanya berbalik kepada komitmen setiap individu yang bekerja dalam teater tersebut.

“Saya cuma mewarnakan lagi teater ini. Alhamdulillah, saya menganggap tawaran berlakon dalam teater ini pada bulan lalu sebagai satu anugerah yang besar.

“Setakat ini, saya belum memulakan latihan. Tetapi setelah meneliti skrip yang diberikan, saya perlu menyanyikan sebuah lagu dalam sebuah babak.

“Walaupun muncul seketika, saya tetap akan melakukan yang terbaik. Harap-harap Tun Mahathir dapat menonton persembahan ini nanti,” katanya yang turut menyertai kelab penyokong Tun Mahathir.

Bercerita lebih lanjut tentang peranan Aziz dalam teater tersebut, lelaki itu merupakan seorang yang rapat dan sentiasa bersama-sama Tun Mahathir dalam kerjaya politik.

“Apa sahaja yang Tun Mahathir cadangkan, mesti dia akan lakukan. Dalam teater ini, saya perlu melakonkan babak menampal poster yang lebih kepada corak komedi.

“Saya akan cuba menampilkan kelainan dalam lakonan saya dengan aksi bersahaja dan wajib adlib dalam dialog yang dituturkan,” ujarnya yang menganggap teater ini sebagai salah satu mercu tanda agar diingati oleh semua.

Tambahnya, MTM2 merupakan teater ketiganya di Istana Budaya selepas teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan Muzikal Cuci.

Dalam perkembangan lain, AC masih terikat sebagai salah seorang wajah eksklusif Astro dalam bidang pengacaraan dan melakukan bisnes korporat.

Pada tahun depan, AC akan mengacara beberapa program televisyen terbitan Astro.

Selain itu, dia akui belum dipanggil untuk menghadiri majlis istiadat pengurniaan gelaran Datuk daripada Istana Pahang.

Bagaimanapun, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu sekaligus dibenarkan untuk menggunakan gelaran tersebut.

Wani Juara Kamilah Bintang


Berkat kesungguhan dan keazaman Syazwani Sapari atau Wani, 10, dia berjaya menjadi juara bagi program pertandingan nyanyian realiti yang pertama ditayangkan di Astro Ceria, Kamilah Bintang.

Wani menewaskan lima rakan-rakannya iaitu, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi, 12, Mohammad Aiman Azli Aziz, 14, Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, 13, Dayang Nazillah Awang Astillah, 14 dan Qistina Amira Rohaizad, 13.

Dari kiri: Faisal, Wani dan Farhan

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu membawa pulang hadiah utama tabung pendidikan bernilai RM15,000, pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia untuk sekeluarga termasuk hotel dan tiket penerbangan, sebuah komputer riba berjenama VAIO™, dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah IPod Shuffle.

Faisal pula mendapat tempat kedua diikuti dengan Farhan yang berada di tempat ketiga. Bagaimanapun, persembahan dari Dayang, Qistina dan Aiman tidak mengecewakan dan mendapat sambutan penonton.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, pihak Astro Ceria berbangga dengan pencapaian kesemua peserta Kamilah Bintang kerana telah menunjukkan potensi yang membanggakan sepanjang berada dalam program ini.

"Kualiti nyanyian dan persembahan pentas mahupun tahap keyakinan mereka telah meningkat berbanding kali pertama mereka membuat persembahan di pentas enam minggu lalu.

”Kami juga amat berterima kasih kepada Amy Search, Kumpulan Hujan, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin yang telah menjadi mentor dan berkongsi pengalaman luas mereka dalam bidang seni dengan bintang-bintang muda ini.

"Kehadiran mereka telah meningkatkan motivasi dan menjana daya kreativiti para peserta untuk mengembangkan bakat terpendam dan potensi yang ada dalam diri mereka.” katanya.

Pada Konsert Akhir Kamilah Bintang, artis-artis tersebut turut mempersembahkan lagu masing-masing manakala Jaclyn Victor pula hadir sebagai penyanyi jemputan program itu.

Kamilah Bintang yang diacarakan oleh Zoey dan Nora Danish merupakan pertandingan nyanyian musim cuti sekolah yang julung kali ditayangkan di Astro Ceria dan merupakan satu-satunya program realiti di Malaysia yang tidak menyingkirkan pesertanya.

Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan bersiaran termasuk konsert akhir.
Juri Adibah Noor dan Aznil terharu melihat persembahan peserta-peserta Kamilah Bintang


”Kami juga berbangga kerana telah mengisi masa lapang anak-anak muda ini sepanjang cuti sekolah dengan akttiviti yang berfaedah. Pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada dalam program ini amat berguna setelah kembali ke sekolah nanti.

"Selain dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan, keyakinan dan motivasi yang diperoleh untuk membuat persembahan boleh disalurkan pula ke arah pelajaran mereka selepas ini," kata Evon.

Menurutnya lagi, program Kamilah Bintang bukan sahaja telah menyediakan platform untuk para peserta menunjukkan bakat terpendam tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk berbakti dan menyumbang kepada sekolah masing-masing.

”Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada tiga orang juri tetap iaitu Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, Syafizawati Sharif atau Cikgu Syafi dan Adibah Noor yang telah melaksanakan tugas dengan baik.

"Mereka telah memberikan banyak tunjuk ajar terutamanya daripada aspek kualiti vokal, keaslian dan kreativiti, mutu persembahan dan pemilihan lagu yang sesuai," ujar Evon

10 Aktor Peraga Sut Lord’s Tailor Di ASK 2010


Sepuluh aktor kacak memperagakan sut berjenama Lord’s Tailor pada majlis Anugerah Skrin (ASK) 2010 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat malam.

Mereka adalah Fahrin Ahmad, Gambit Saifullah, Shahz Jazle, Sharnaaz Ahmad, Zamarul Hisham, Kamal Adli Shamsul Yusof, Syed Aiman, Iqram Dinzly dan Fizz Fairuz.

Pada sebelah pagi hari yang sama, 10 aktor tersebut turut diraikan pada sebuah majlis sempena menyambut perayaan Hari Krismas bersama pemilik butik Lord’s Tailor iaitu Robert Loh dan isterinya, Loh Lee Lee di Alexis, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Mereka turut menggayakan sut yang direka khas dari butik terkenal itu.

Menurut jurucakap butik tersebut, Bill Bora, ini merupakan kali pertama Lord’s Tailor menaja sut sempena ASK2010.

Sebelum ini, Lord's Tailor sudah beberapa kali menaja untuk Anugerah Bintang Popular.

Friday, December 24, 2010

(GAMBAR) Ziana Zain Bergaya Untuk Majalah InTrend


Lisa Surihani (Perghh..)

ASK2010 - Best Dressed



google: Anugerah Skrin 2010, senarai terkini Anugerah Skrin 2010, pemenang terkini Anugerah Skrin 2010, siaran langsung Anugerah Skrin 2010, senarai pemenang Anugerah Skrin 2010, drama terbaik Anugerah Skrin 2010, filem terbaik Anugerah Skrin 2010, red carpet Anugerah Skrin 2010, best dressed Anugerah Skrin 2010, Artis seksi ASK2010

ASK2010 - Red Carpet




google: Anugerah Skrin 2010, senarai terkini Anugerah Skrin 2010, pemenang terkini Anugerah Skrin 2010, siaran langsung Anugerah Skrin 2010, senarai pemenang Anugerah Skrin 2010, drama terbaik Anugerah Skrin 2010, filem terbaik Anugerah Skrin 2010, red carpet Anugerah Skrin 2010, best dressed Anugerah Skrin 2010

Keputusan Terkini Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010


Drama

Drama Terbaik: Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi - Sebelum Akhirat
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nor Khiriah - Antara Garisan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Isma Yusoof - Antara Garisan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fadzillah Mansor - Sebelum Akhirat
Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah - Sebelum Akhirat
Lakon TV Terbaik: Antara Garisan - Shahrul Ezad Mohameddin
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik: TV3 Simpang Tiga
Videografi Terbaik: Datang Bulan

Filem

Filem Terbaik : Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae - Belukar
Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani - Mualaf
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz - Evolusi KL Drift 2
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura - Pisau Cukur
Pengarah Terbaik Filem : Allayarham Yasmin Ahmad Abdullah - Muallaf
Lakon Layar Terbaik : Shamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2

Penerbitan Dalaman

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Rancangan Bual Bicara Terbaik - Isu Khas GAZA Palestin Kami Bersamamu
Rancangan Hiburan Terbaik : Anugerah Bintang Popular
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24
Rancangan Realiti Terbaik : 8TV Showdown 2010 Episod 10
Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik : Aduan Rakyat (Berbumbung Langit)

Anugerah Khas Juri

Anugerah Yasmin Ahmad: Shahiezy Sam





google: Anugerah Skrin 2010, senarai terkini Anugerah Skrin 2010, pemenang terkini Anugerah Skrin 2010, siaran langsung Anugerah Skrin 2010, senarai pemenang Anugerah Skrin 2010, drama terbaik Anugerah Skrin 2010, filem terbaik Anugerah Skrin 2010, red carpet Anugerah Skrin 2010

Insiden Dipukul, Tom Bawa Kes Ke Mahkamah


Penyanyi Tom (My Starz LG) tidak akan menarik semula keputusannya untuk mengambil tindakan selepas dipukul sekumpulan lelaki pada 11 Julai lalu.

Sehubungan itu Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25, akan menunggu satu tarikh yang akan dimaklumkan untuk kes itu dibawa ke mahkamah.

"Kejadian itu membuatkan saya trauma selama seminggu dan saya tidak berhasrat menarik balik keputsan saya membawa kes berkenaan ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Redha di Hard Rock Café, pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, dia redha dengan apa yang berlaku dan sebolehnya tidak mahu terlalu mengingati kontroversi yang dianggap berlaku secara kebetulan itu.


Kata Tom setidak-tidaknya, dia mahu memulihkan semula semangatnya dengan mempertaruhkan bakat yang ada berbanding kontroversi silam.

"Saya mahu bersungguh-sungguh menceburi bidang nyanyian ini dan berharap semua ini dapat menutup kontroversi yang ada.

"Tetapi saya mengaku secara kebetulan, lagu-lagu yang saya nyanyikan untuk album terbaru ini iaitu Redha dan Cinta (Firdausi) mempunyai kaitan dengan pengalaman sendiri," katanya.

Album edaran Warner Music Malaysia tersebut memuatkan lima buah iaitu Lagu Untuk Kuala Lumpur ciptaan Noh Hujan/ LY dan lirik oleh Rafidah, Redha (LY dan Baiduri), Nokhtah Sandiwara (Taja Meet Uncle Hussain dan Tun Teja), Cinta (Firdausi) (LY dan Baiduri) dan Harus Akhiri (Manusia Putih, Nawfas dan Yoya).

Tom juga berasa lega apabila single pertamanya, Lagu Untuk Kuala Lumpur baru sahaja diputarkan di corong radio tempatan.


Menceritakan tentang kisah sebalik pembikinan album tersebut, Tom yang lebih terdedah kepada muzik pop mengakui agak sukar menyanyikan lagu bergenre balada.

"Bayangkan, saya perlu menghabiskan masa selama sembilan jam untuk merakamkan sebuah lagu balada iaitu Redha dan Cinta (Firdausi) kerana LY mahukan saya betul-betul menghayati lagu tersebut.

"Sebaliknya, Lagu Untuk Kuala Lumpur dirakam bersama Noh tidak sampai setengah jam. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan lagu-lagu dalam album ini kerana ia mencerminkan diri-sendiri. Selain itu, setiap lagu tersebut mempunyai mesej tersendiri," ujarnya yang merasakan berbaloisetelah setahun menunggu penghasilan album tersebut.

Tidak dinafikan, ramai juga komposer yang menawarkan lagu-lagu mereka kepada Tom. Namun dia hanya mampu memilih yang terbaik.

Pengalaman dapat bekerjasama dengan komposer terkenal, Taja juga memberikan satu kenangan indah buat Tom kerana telah lama dia menyimpan cita-cita untuk menyanyikan lagu ciptaan Taja.

Malah, dia tidak segan mengaku untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dari luar negara pula selepas ini.

Tampil dengan imej ringkas dan bersinglet, Tom yakin dirinya mampu membawa diri dalam industri muzik ini selaras dengan imej sebenarnya di luar.

"Saya tak nak hipokrit dan menjadi diri orang lain dengan menukar imej yang berlainan daripada apa yang saya pakai di luar," kata ibu tunggal kepada Megat Aril Shakur, 2, ini.

Tom pernah berkahwin pada tahun 2007 dan bercerai pada April lalu.

google: Tom facebook, tom artis seksi, tom artis panas, tom my starz LG seksi, gambar terbaru tom, skandal terbaru tom, tom kene pukul, gosip terbaru tom my starz.

'Bujang Sepah' Kembali


Juara program Raja Lawak musim ketiga, kumpulan Sepah kembali dengan drama bersiri Bujang Sepah Si Lalalitamplom musim kedua yang bakal menemui penonton bermula 3 Januari 2011, setiap Isnin pukul 10 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Drama komedi 26 episod arahan Mohd Danial Hasbullah ini dijayakan oleh barisan pelakon baru dan lama tanah air dan masih diterajui oleh kumpulan Sepah yang terdiri daripada Mohd Nadzri Zainal Abidin (sebagai Jep), Mohd Noor Murad (Mamat) dan Shahmira Mohamed (Shuib) selaku Bujang Sepah.

Mereka turut dibantu oleh Nonny AF (Zara), Zizie AF (Anita), Ely Sarimah (Mila), Hamid Gurkha (Wak Gurkha), Imuda (Daim Handsome), Sheila Mambo (Puan Sheila) dan Lufya AF (Cikgu Saleha).

Pengurus saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, "Pada musim lalu, kisah Bujang Sepah Lalalitamplom telah berjaya meraih jumlah penonton yang emberangsangkan di antara drama-drama yang pernah ditayangkan di Astro Prima.

"Sebelum ini juga, kami banyak menerima maklum balas yang positif selepas penayangan tiga telefilem komedi iaitu Bujang Sepah Si Lalalitamplom, Lemang Si Bujang Sepah dan Dodol Si Bujang Sepah.

"Ini membuktikan kisah Bujang Sepah telah berjaya memikat hati dan mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri."

Bujang Sepah Si Lalalitamplom musim kedua mengisahkan ragam tiga bujang hartawan segera yang ingin mencari jodoh setelah memiliki harta peninggalan ibu mereka.

Namun, satu kejadian yang berlaku telah menyebabkan mereka memutuskan tali persaudaraan sewaktu pembahagian harta.

Jep dan Mamat menjadi lupa diri setelah mewarisi harta tersebut. Mereka ditipu oleh ramai perempuan sehinggakan kesemua harta mereka dikikis.

Hasil perancangan bijak oleh seorang usahawan yang bijaksana iaitu Daim Handsome, Jep dan Mamat menjadi muflis.

Mereka mengambil keputusan untuk mencari Shuib dan bersatu semula.

Sewaktu Shuib dipinggirkan oleh abang-abangnya, dia telah terjumpa sesuatu yang berharga di dalam dokumen harta miliknya.

Rupa-rupanya terdapat sebuah keratan peta yang menceritakan tentang harta milik moyang mereka iaitu Jamal Pak Tongko.

Menurut peta itu, terdapat 12 butir berlian yang tersembunyi di Daerah Nami. Shuib memberitahu kedua abangnya dan mereka bersetuju untuk mencari berlian tersebut.

Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka tempuhi kerana berlian-berlian yang ditinggalkan moyang mereka bukan kesemuanya tertanam di dalam tanah. Malah ada juga berlian yang berada di dalam simpanan individu tertentu.

Sepanjang pengembaraan tersebut, Jep, Mamat dan Shuib juga sering digoda oleh ramai gadis cantik di setiap kampung yang mereka kunjungi.

Kesudahan cerita komedi ini bakal terungkai dalam drama komedi Bujang Sepah Si Lalalitamplom musim kedua, bermula Januari 2011, setiap Isnin pukul 10 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Erra Cadangkan Elly Mazlein


"Elly terkejut sangat bila Kak Rosminah (pengarah) beritahu Erra Fazira yang cadangkan Elly untuk watak Tun Dr Siti Hasmah sewaktu usia muda. Rasa bertuah dan dihargai kerana antara ramai pelakon hebat yang lain, Elly diberi peluang memegang watak yang berprofil tinggi. Ini hadiah hari lahir Elly yang paling bermakna.

"Elly tak berpeluang menonton Teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) yang pertama namun dalam waktu yang singkat ini Elly yakin semuanya akan jadi baik," ujar Elly Mazlein yang baru sahaja menyambut hari lahir ke-29 pada 17 Disember lalu.

Bagi Elly, rezeki yang tak terduga ini adalah pembuka tahun 2011 yang terbaik bagi kariernya. Tak pernah terlintas untuk turut terlibat sama dalam MTM namun tuah manusia siapa dapat menjangka.

"Sewaktu pementasan Sri Mersing dulu, Elly hanya melintas di depan poster MTM. Tak sangka pula Elly akan menggantikan Erra untuk watak Tun Dr Siti Hasmah.

"Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan Elly kalau bersua depan mata dengan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah, mesti Elly menangis. Elly dilahirkan pada zaman pemerintahan Tun namun belum pernah ada peluang untuk berjumpa secara peribadi.

"Watak ini merupakan perkara besar yang cukup bermakna dalam hidup Elly. Tak dapat nak digambarkan apabila membawakan watak bekas wanita pertama negara yang dikagumi selama ini," kata Elly yang kini semakin mencurah-curah rezekinya.

Kata wanita jelita ini lagi, jadualnya sepanjang 2011 padat dengan aktiviti seni terutamanya apabila single terbaru, Please Forgive Me bakal ke udara di corong-corong radio tidak lama lagi. Berkat kerjasama dan disiplin yang ada pada dirinya, tanpa disedari karier Elly telah bertahan selama 13 tahun dalam industri ini.

google: Elly Mazlein facebook, Elly Mazlein artis seksi, gambar terkini Elly Mazlein, skandal terkini Elly Mazlein, gosip terkini Elly Mazlein

Thursday, December 23, 2010

Pierre Andre Mula Dalami Islam


Pelakon Pierre Andre, 25, kini mengaku mula mendalami agama Islam secara lebih mendalam selepas melalui kontroversi yang membabitkan dirinya berselisih faham dengan penerbit David Teo, dua tahun lalu.

Beritahu Pierre, terlalu banyak kejadian-kejadian pelik yang berlaku pada dirinya pada ketika itu sehinggakan dia nekad untuk kembali ke jalan yang benar.

"Setahun selepas kontroversi, saya telah ke Jakarta dan bertemu dengan seorang pakcik dan dia telah membuka mata saya tentang agama saya sendiri iaitu Islam yang pernah saya abaikan sebelum ini.

"Oleh itu, saya kini mula mendalami Islam secara berperingkat. Apa yang telah berlaku pada diri saya sebelum ini ternyata mematangkan dan membuka mata saya tentang kehidupan yang sebenar.

"Kadang-kala, saya berasa cemburu dengan kehidupan baru pelakon Azmeer Mustapha yang ke arah memperjuangkan agama Islam. Harap-harap, saya juga akan menjadi sepertinya," katanya selepas pelancaran drama Tiramisu, di restoran Rebung, di sini, Selasa.

Ujar pelakon itu, sebagai permulaan, dia ingin menghasilkan sebuah novel berbentuk Islamik, Aku Salahudin, sebagai permulaan untuk dirinya berdakwah kepada peminat-peminatnya.


"Selain itu, saya juga ingin menghasilkan sebuah filem berkaitan dengan dakwah Islam. Memandangkan saya kini sudah menandatangani untuk menghasilkan sebanyak 10 buah filem pada tahun depan di bawah syarikat David, Metrowealth International Group (MIG), saya akan berbincang mengenai idea saya ini kepadanya.

"Saya percaya setiap manusia ada hutang masing-masing dengan Dia (Tuhan) dan begitu juga dengan saya. Dengan memiliki bakat kreatif, saya ingin melangsaikan hutang saya dengan cara berdakwah menerusi novel dan filem yang dihasilkan," katanya.

Sementara itu, Pierre juga merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam jangka masa dua tahun lagi dengan kekasihnya yang merupakan seorang pegawai bank serta salah seorang kerabat diraja negeri Terengganu.

"Buat masa ini saya merancang untuk menamatkan zaman bujang saya sama ada pada tahun depan atau dua tahun lagi.

"Ya, dia seorang kerabat diraja, dan saya sendiri takut untuk memberi kenyataan tentang hal ini memandangkan kami belum lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing.

"Alhamdulillah, perhubungan kami baik-baik sahaja dan selesa dengannya. Sebelum ini saya pernah dilema, andai kata saya akan berkahwin nanti, adakah wanita itu menerima saya kerana Pierre Andre atau diri saya sendiri.

"Bagaimanapun, kekasih saya ini tidak seperti yang saya andaikan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...