Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, December 20, 2010

Babak ‘panas’ Ady Putra, Nanu



MELIHAT sedutan babak filem Haq The Movie yang boleh diikuti menerusi laman web khas dan juga laman sosial Facebook agak menarik dan menjanjikan kelainan kepada orang ramai untuk menontonnya ke pawagam apabila ditayang�kan kelak.

Masakan tidak, melihat penampilan aktor utamanya Ady Putra menayangkan susuk tubuhnya yang kekar mampu mencairkan hati ramai wanita. Aksi dan juga kuasa sakti ditampilkan menerusi imej janaan komputer (CGI) menjadi tunjang dan kekuatan filem diterbitkan KasihDia Pictures Sdn Bhd.

Selain itu kemewahan ditampilkan seperti penggunaan kereta mewah, jet peribadi dan helikopter menambah lagi warna kepada Haq The Movie.

Menurut penerbit bersama dan juga heroin Haq The Movie, Sabaranu Baharudin atau Nanu, 41, yang ditemui baru-baru ini menjelaskan Ady menayangkan tubuhnya dan segala kemewahan cuba ditampilkan dalam filem terbabit adalah bersesuaian dengan skrip dan kehendak jalan cerita.

“Siapa kata filem Haq tidak realistik?. Bukan tidak ada orang Melayu yang hidup mewah seperti digambarkan dalam Haq, cuma kita tidak pernah didedahkan.

“Lagipun kemewahan ditunjukkan dalam filem ini penting kerana mahu menunjukkan watak utamanya mewarisi kekayaan sudah dimiliki bapanya,” katanya.

Melihat daripada kemewahan ditampilkan seperti penggunaan kereta Ferrari, jet peribadi dan helikopter sudah tentu belanja pembikinan Haq besar.

Ia tidak termasuk dengan pembikinan CGI yang digunakan hampir 30 peratus dalam filem berkenaan.

Kata Nanu, pihak produksi berterima kasih kepada penaja seperti Sime Darby, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Bufori Motor, Carcosa Seri Negara dan BMW Malaysia yang membantu KasihDia Pictures dalam pembikinan filem sulung produksi itu.

Haq menceritakan mengenai pasangan adik-beradik angkat yang mempunyai kuasa luar biasa. Konflik bermula apabila mereka diuji dengan keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan keliru dengan tindakan dibuat sama ada ia benar atau tidak.

Selain Ady Putra yang memegang watak antagonis ia turut diterajui Zul Huzaimy, Nanu dan Raja Farah.

“Ia sudah hampir siap sepenuhnya dan menanti untuk tayangan pada 27 Januari depan. Kami menjalin kerjasama dengan KRU Movies untuk mengedarkan Haq. Begitu juga dengan promosi,” katanya.

Nanu turut menambah pihaknya berpuas hati dengan komitmen diberikan pelakon terbabit, malah walaupun terpaksa memikul dua kerja bagi menjayakan filem berkenaan, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Rimba Malam itu rasa puas.

“Menghasilkan filem ini memberi cabaran besar kepada saya sebagai penerbit dan pelakon dalam waktu sama. Tidak timbul layanan istimewa untuk saya, sebaliknya saya yang harus memberikan layanan istimewa kepada aktor yang membintangi filem ini.

“Bayangkan ketika sibuk di lokasi bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, tiba-tiba pengarah panggil untuk masuk set bagi penggambaran watak saya.

“Mujur watak saya tidak besar kerana ia bertunjang kepada Ady dan Zul Huzaimy. Kalau wataknya berat dan besar tidak mungkin saya akan berlakon dalam filem ini,” katanya.

Nanu juga meluahkan perasaan lega apabila teman artis yang membintangi filem berkenaan seperti Zul Huzaimy memuji cara kerja produksi dan layanan diterima.

“Zul pernah berkata kepada saya, setiap kali sampai saja di lokasi, dia berasa seperti pelakon Hollywood kerana melihat suasana kerja yang begitu berbeza. Malah, setiap pelakon turut diberikan treler,” katanya.

Kata Nanu, dia memastikan kebajikan pelakon terjaga agar mereka dapat memberikan tumpuan kepada watak dilakonkan.

Lagipun sebelum ini sewaktu membabitkan diri dalam filem diarahkan Datuk Paduka Shuhaimi Baba, dia banyak belajar terutama bagaimana menguruskan pelakon. Ilmu diperoleh digunakan Nanu sepenuhnya sepanjang pembikinan Haq The Movie.

Mengulas aksi panasnya bersama Ady dalam filem itu, jelas Nanu, ia perlu bagi menunjukkan watak jahat yang dibawakan pelakon itu.

Bagaimanapun, ia turut menjadi kebimbangan Nanu sekiranya babak yang dianggap penting itu tidak dibenarkan ditayangkan kelak.

Melihat kepada modal dikeluarkan KasihDia Pictures sebanyak RM2.5 juta, timbul persoalan mampukah ia pulang modal apabila ditayangkan kelak?

Nanu dengan tenang berkata, dia menyerahkan sepenuh�nya kepada penonton filem tempatan.

“Filem ini mempunyai segala elemen yang dirasakan mampu menarik perhatian penonton filem tempatan. Ia ada aksi, kesan khas dan juga cinta.

“KasihDia Pictures memang mengharapkan ia memperoleh pulangan besar kerana perancangan kami besar untuk filem ini. Sekiranya berjaya kami akan menghasilkan trilogi.

“Kami akan menyambung, sekali gus menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam Haq The Movie. Bagi membolehkan, ia dilaksanakan kami mengharapkan filem ini dapat membuat kutipan paling kurang RM5 juta,” katanya.



google: Nanu facebook, nanu artis seksi, skandal nanu, skandal ady putra, ady putra facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...