Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 22, 2010

Liyana Jasmay Akui Menagih Cinta Syamsul Yusof?



Bukan mudah untuk melahirkan rasa cinta terhadap orang yang baru pertama kali dikenali, apatah lagi bila digandingkan bersama untuk menjayakan babak cinta sebagai suami isteri dalam sebuah filem.

Hakikatnya, itulah yang dialami oleh pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay sewaktu kali pertama berkerjasama dengan pelakon serta pengarah yang telah menerima Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23), Syamsul Yusof menerusi filem seram, Khurafat.

"Terus-terang, saya memang tidak pernah berkawan dengan Syamsul sebelum ini. Apatah lagi bila berlakon bersama dengannya. Jadi bila dia beri watak isteri dan dia suaminya, saya rasakan ia satu cabaran buat saya. Oleh itu saya minta kerjasama Syamsul untuk dia lahirkan rasa cinta dan sayang dia sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus kepada saya.

"Memang agak sukar pada mulanya kerana dia seorang yang masih sedikit ego sewaktu mula-mula kami jumpa dan sangat sukar hendak mendekatinya. Tapi hari demi hari bila kami semaikan perasaan cinta itu melalui telefon serta keluar bersama, sedikit demi sedikit kami sudah boleh jadi rapat dan selesa.

"Jadi saya harap, penonton dapat rasa apa yang kami nak sampaikan disamping babak seram yang terdapat dalam filem ini. Tetapi ia hanya untuk menjayakan filem ini sahaja," jelasnya ketika ditemui dalam tanyangan media filem seram Khurafat arahan Syamsul Yusof.

Manakala anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam pula turut mengakui bahawa Liyana antara pelakon yang dapat menggembirakan harinya setiap kali menjalankan pengambaran filem Khurafat.

"Saya memang susah nak dekat dengan orang yang baru saya kenal dan bercakap. Sudah tentu ia mengambil sedikit masa. Tapi bila Liyana beritahu hasratnya untuk mewujudkan kan perasaan cinta itu sebelum pengambaran saya pun cuba sepenuhnya untuk mendapatkan mood itu.

"Terus-terang saya katakan, dia memang pandai menghiburkan hati saya ketika dalam set walaupun kami sebenarnya menjalankan pengambaran cerita seram. Saya akui Liyana memang seorang pelakon yang hebat dan saya memang nak sangat dia berlakon dalam filem saya sejak awal lagi,'katanya sambil diperhatikan oleh Liyana Jasmay.

Tambah Syamsul lagi, dia sangat teruja menghasilkan filem seramnya walaupun ini baru percubaan pertamanya serta dia juga berjanji ini bukanlah filem seram terakhir yang dihasilkan berikutan respon baik yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

"Alhamdulilah saya berpuas hati, tapi tak bermakna saya berpuas hati seratus peratus kerana saya tak akan pernah berasa puas dalam menghasilkan karya dan filem. Masih banyak lagi perkara yang saya hendak dan perlu saya improve untuk sentiasa menghasilkan filem yang lebih baik di masa akan datang.

"Menghasilkan filem seram adalah sangat berbeza daripada filem lain kerana saya akan mencari pengakhiran ceritanya dahulu supaya ia menjadi suatu cerita yang boleh membuat penonton tertanya dan berasa surprise.

"Menariknya menghasilkan filem ini, saya dapat merasa pengalaman dikapankan dan dimasukkan ke liang lahad. Walaupun agak menyeramkan tetapi Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan pengambaran dapat berjalan seperti yang dirancang tanpa ada sebarang gangguan," jelas Syamsul lagi kepada murai.com.my.

Selain Liyana Jasmay dan Syamsul Yusof sebagai peneraju utamanya filem seram yang mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia dan syaitan ini juga turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Mariani, Nur Huda dan ramai lagi.

Filem Khurafat yang mendapat pujian dari ramai media dan penonton khas yang hadir pada malam itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan bermula pada 13 Januari 2011.

google: Liyana Jasmay facebook, skandal terbaru Liyana Jasmay, gambar terbaru Liyana Jasmay, gosip terbaru Liyana Jasmay, Liyana Jasmay artis seksi, Liyana Jasmay artis panas, cinta baru Liyana Jasmay, Liyana Jasmay dan syamsul bercinta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...