Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 22, 2010

Farrah Adeeba Bongkar Dakwah Islam


Selepas lebih setahun tidak ke luar negara atas urusan kerja, mulai bulan Disember ini, pengacara Farrah Adeeba akan memanjang langkahnya ke Brunei untuk membongkar tentang dakwah Islam di bumi Melayu.

Farrah turut bergerak ke beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk mengacarakan program dokumentari berjudul Titian Ombak yang akan disiarkan pada tahun depan di stesen televisyen terbaru, TV AlHijrah.

Disebabkan itu juga, dia terpaksa akur untuk meninggalkan anak angkat kesayangan, Mohammad Razique Abdullah yang berusia setahun buat seketika.

Namun, dia agak bersyukur kerana team produksi memberikan sedikit kelonggaran kepadanya untuk sekali-sekala pulang bertemu anaknya jika ada kelapangan.

Titian Ombak mengisahkan tentang pendekatan dakwah yang menggunakan nilai-nilai murni di alam Melayu.

“Kita cuba mendekati dan mendalami cara saudagar-saudagar Islam menyampaikan dakwah mereka. Pembesar dan pemerintah memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan agama Islam dan saya rasa program seperti ini sangat bagus kepada anak-anak kita untuk menangkis pandangan negatif bahawa Islam itu disebarkan melalui mata pedang sedangkan pada hakikatnya tidak.

“Kita akan buktikan melalui fakta sejarah dan apa yang sebenarnya berlaku melalui teori dan kami akan pergi ke setiap lokasi bagi membongkar maklumat dan dokumentasi yang jelas,” katanya kepada mStar Online.

Penggambaran program ini melibatkan beberapa lokasi alam Melayu di Semenangjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Brunei dan dijangka mengambil masa hampir dua bulan setengah.

“Kita akan mengunjungi kawasan yang terpencil dan kampung-kampung untuk melihat jika terdapat proses gali cari artifak bagi mencari fakta yang jelas tentang kedatangan Islam di alam Melayu,” tambahnya.

Selain itu, Farrah menerbitkan program realiti kanak-kanak berjudul Sekolah Saya Hebat di bawah syarikat produksinya, Miracle Sdn Bhd iaitu pertandingan yang menggarap elemen sains dan teknologi, pidato umum serta seni persembahan.

“Saya perhatikan kanak-kanak mempunyai kepandaian yang berbeza iaitu dari segi sains, artistik, jadi kita garapkan semua elemen ini dalam sebuah pertandingan.

“Saya pun sudah bergelar ibu. Jadi, apa yang saya fokuskan lebih kepada apa yang kita mahukan untuk anak-anak agar mereka menjadi insan yang lebih baik apabila dewasa nanti.

“Kita akan membuat rakaman program ini pada Disember ini sebelum disiarkan pada Januari depan,” ceritanya yang pernah mengacarkan program Wanita Hari Ini (WHI), Akademi Al-Quran (AQ) dan Cari Menantu.

Biarpun menjalinkan hubungan kerja dengan TV AlHijrah, Farrah akui masih bekerja dengan stesen televisyen TV9 yang mencungkil bakat pengacaraannya terlebih dahulu.

“Saya hanya bekerja secara bebas dengan TV AlHijrah dan tidak sesekali melupakan TV9 yang melahirkan saya dalam bidang pengacaraan. Apa yang saya lakukan untuk TV AlHijrah lebih kepada menyediakan kandungan program seperti program kanak-kanak.

“Sekarang saya lebih berminat untuk menerbitkan program kanak-kanak,” ujarnya lagi.

google: Farrah Adeeba facebook, gambar terkini Farrah Adeeba, skandal terkini Farrah Adeeba, gosip terkini Farrah Adeeba, Farrah Adeeba artis seksi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...