Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 22, 2010

Isu Play Boy: Eira Syazira Lebih Kenal Siapa Azad!



Selepas mendedahkan hubungan cintanya dengan pelawak, Azad Jazmin, 34, kepada media dan umum pada bulan lalu, dramatis, Eira Syazira mengakui hubungannya tidak habis-habis dilanda pelbagai kontroversi serta cerita-cerita yang kurang enak mengenai kekasihnya itu.

Tidak pernah mempedulikan segala kisah tentang keburukan Azad termasuk dakwaan bahawa Azad seorang kaki perempuan serta suami orang, Eira akui semua cerita itu datang hanya untuk mencabar kekuatan hubungan cinta mereka yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu.

"Saya bukan tak ambil peduli terus mengenai segala gosip dan fitnah yang melanda Azad. Malah apa sahaja cacian dan gossip yang terpalit ke muka Azad sedikit sebanyak tempias terpalit kepada saya juga. Dah macam-macam saya dengar pasal Azad dan nampak sangat orang tak suka terhadap hubungan kami ini.

"Tetapi nak buat bagaimana, saya terpaksa telan saja segalanya dan berharap semoga satu hari nanti Tuhan akan tunjukan kebenarnan itu kepada mereka. Apa yang boleh saya katakan, saya cukup mengenali Azad dan saya juga rapat dengan keluarganya, jadi saya tahu mana cerita yang betul dan salah mengenainya. Dia juga belum berkahwin dan bukan suami orang.

"Apa-apa pun saya terima ini sebagai lumrah kehidupan sebagai seorang artis dan saya ambilnya secara positif dan tidak cepat melatah serta emosional tetang hal remah-temeh ini kerana ia hanya akan menjadi lebih teruk," jelasnya ketika dihubungi.

Apabila ditanya apakah punca gosip serta cerita tidak berasas tersebut timbul, Eira merasakan semuanya berpunca daripada seseorang yang tidak bertanggungjawab yang telah menyamar sebagai Azad dalam laman sosial Facebook dengan menggunakan nama watak Azad dalam Anak Mamak Memantu Mami iaitu Jabbar Sultan (Azad Jazmin).

"Saya terperanjat sewaktu menyedari ada orang menyamar sebagai Azad dalam laman social itu. Mana tidaknya, dalam page dan wall itu jelas sekali dia hanya melayan ramai peminat perempuan dan kata-katanya berbaur seperti seorang lelaki yang gatal. Contohnya, dia berani mengeluarkan komen seperti mempelawa seorang peminat perempuan keluar makan dan ajak kahwin.

"Perkara ini semakin serius dan saya tahu itu bukan Azad . Secara tidak langsung perkara ini membuatkan ramai orang salah anggap terhadap Azad dan saya rasa inilah puncanya yang orang mengatakan Azad sebenarnya kaki perempuan. Kami harap kami boleh ambil tindakan susulan terhadap perkara ini namun sehingga kini kami tidak dapat berbuat apa-apa," kata Eira.

Eira juga tidak menafikan, gossip yang melanda terhadap Azad dan dirinya sedikit sebanyak telah menguatkan lagi hasrat mereka untuk berumah tangga bagi menamatkan segala kontroversi.

"Memang kami ada terfikir mengenai perkara ini, tetapi setakat ini kami belum ada apa-apa perancangan untuk ke arah itu kerana baik saya mahu pun Azad, kedua-dua kami memang tengah sibuk dengan kerjaya masing-masing. Insya Allah, jika ada apa-apa perkembangan lebih lanjut tentang hubungan kami berdua nanti, saya akan sedia berkongsi dengan pihak media dan peminat," katanya lagi.

Eira Syazira yang turut membintangi filem Ngangkung kini bakal muncul dengan dua buah filem lagi pada tahun hadapan iaitu filem Sini Ada Hantu dan juga Aku Bukan Tomboy.

google: Eira Syazira facebook, azad facebook, skandal terbaru Eira Syazira, gosip terbaru Eira Syazira, skandal terbaru azad, Eira Syazira artis seksi, cinta baru Eira Syazira, Eira Syazira putus cinta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...