Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, December 21, 2010

Masalah Disiplin : Shahir (AF8) Balik Kampung, Ibu Beri Penjelasan


Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi yang dikatakan menghadapi masalah disiplin sejak kebelakangan ini sedang berehat di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, kesihatan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran.

“Buat masa ini, biarlah dia berehat dahulu dan apabila tiba masanya nanti dia akan memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang diperkatakan terhadapnya selama ini.

“Saya minta maaf bagi pihak Shahir dan berharap semua pihak memberikan masa kepadanya dan memberikan kerjasama sebaiknya,” jelas Mahanum ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Penyanyi itu dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 baru-baru ini selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 pada malam Ahad lalu di I-City, Shah Alam, Selangor.

Menurut Mahanum, kegagalan Shahir muncul dalam konsert di Shah Alam itu kerana dia mengalami migrain dan pihak Astro telah memberi kebenaran untuk Shahir tidak terlibat dalam acara itu.

Berhubung masalah Shahir yang tidak muncul di sesi fotografi pula Mahanum berkata anaknya mempunyai sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui di kalangan mereka sahaja.

Sementara itu, pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ketika diminta menjawab perkara tersebut berkata mereka akan memikirkan perancangan lain tentang Shahir selepas ini.

google: Shahir facebook, skandal terbaru Shahir, gambar terbaru Shahir, gosip Shahir, Shahir artis pujaan, masalah displin Shahir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...