Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, December 19, 2010

Amy Mastura 'Kaku' Kerana Misteri


Penyanyi dan pelakon Amy Mastura Suhaimi, 39, berkata faktor yang menyebabkan dia jarang muncul di dalam filem selama beberapa tahun adalah berpunca daripada jadual kerja yang sering bertindih dengan tawaran yang diterima.

Amy yang kali terakhir muncul sebagai pelakon utama filem Bintang Hati (2004) berkata, minat untuk membintangi filem tidak pernah pudar.

Namun, beberapa tawaran lakonan yang diterima sebelum ini sering bertindih dengan jadual kerja yang sedia ada, memaksa ibu kepada dua puteri ini menolak tawaran tersebut.

"Bukan saya sudah bersara atau tidak berminat untuk berlakon filem lagi, cuma beberapa tawaran yang diberikan sering bertindih dengan jadual kerja.

"Jadi saya terpaksa tolak tawaran tersebut. Hakikatnya, saya masih teruja untuk berlakon cuma masa yang tidak mengizinkan," katanya.

Selepas hampir enam tahun tidak muncul di layar perak, tahun 2010 menyaksikan Amy kembali dengan dua buah filem iaitu Aku Tak Bodoh dan terbaru, Damping Malam (DM) yang akan ditayangkan pada 30 Disember ini.

Dalam filem arahan Ahmad Idham itu, Amy menggalas watak Ku Khalira iaitu isteri kepada Wadi (lakonan Ahmad Idham).

Memainkan watak seorang isteri yang penuh misteri, Amy mengakui kelainan yang ditawarkan oleh skrip filem seram itu menarik minatnya untuk turut serta.

"Skrip DM yang istimewa dan berbeza itu menarik minat saya untuk membintangi filem ini. Dalam filem ini, watak saya juga berbeza daripada mana-mana watak yang pernah saya jayakan.

"Saya perlu menterjemahkan watak seorang isteri yang menyimpan satu misteri menerusi emosi dan air muka yang kaku dan mengelirukan. Misteri itulah yang menjadi nadi penceritaan filem ini," katanya.

google: Amy mastura facebook, gambar terkini Amy mastura, gosip terkini Amy mastura, skandal terkini Amy mastura, Amy mastura artis seksi, Amy mastura artis hot

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...