Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 29, 2011

(Gambar) Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus MIG

Gambar sekitar Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus MIG...



google: gambar Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus MIG, artis di penyampaian hadiah, artis MIG dapat bonus, artis MIG dapat banglo, david teo beri bonus, gambar lisa surihanu, gambar farid kamil, gambar nora danish, gambar marsha

Friday, January 28, 2011

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish


Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu.

Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini.

Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan.

Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya.

"Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk.

"Selepas bercerai, saya tidak masuk campur sebarang perkara mengenai bekas suami (Jejai), jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan sebagai orang ketiga perpisahan mereka ini.

"Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini.

"Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya.

"Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora.


Tidak Berbohong

Mengeluarkan kenyataan di sebuah media, dengan mengatakan Jejai sudah berpisah dengan Fasha lebih kurang dua bulan yang lepas seakan menimbulkan rasa tidak puas hati di sisi Fasha.

Dan ketika diajukan tentang perkara itu, Nora bagaimanapun menjelaskan dia hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada Jejai.

"Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak.

"Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah.

"Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,"luahnya lagi.

Tidak Akan Kembali

Melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya sekarang ini, Nora tidak mahu apa yang hubungan ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Tidak mungkin akan kembali bersama semula, jelas Nora dia lebih selesa dengan statusnya sekarang.

"Untuk kembali semula pada Jejai, mungkin tidak. Selepas bercerai, saya selesa begini, saya lebih suka jika hubungan kami sekadar ibu dan bapa pada Raykal, dan selain kami juga berkawan baik.

"Kami pernah menjadi suami dan isteri dahulu, dan ternyata hubungan kami lebih baik begini. Saya tidak meneruskan hubungan bersamanya bukan sahaja sebagai suami isteri malah sebagai kekasih juga begitu, jadi biarkan kami begini sahaja,"jelasnya.

Berhati-hati untuk bercinta semula

Menebak pada persoalan tentang dirinya yang kini sudah mempunyai kekasih baru, dan ia diakui sendiri oleh Jejai dalam satu media baru-baru ini, Nora bagaimanapun masih enggan memperkenalkannya kepada umum.

"Saya juga pelik dengan pengakuannya itu, sebenarnya memang benar saya ada berkawan dengan seseorang, tapi untuk memperkenalkannya kepada semua, buat masa ini masih belum sesuai lagi, sebab saya masih lagi dalam proses mengenali.

"Saya pernah berkahwin dan juga sudah mengalami perceraian, jadi sukar untuk saya membuat keputusan, dan banyak perkara perlu saya fikirkan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan orang yang istimewa itu,"jelasnya yang sekarang ini sedang bercuti daripada lakonan.

Tiz Zaqyah Tidak kenal Aizat Fikri


Tiz Zaqyah atau Siti Zaqyah Razak, pucuk muda yang mencipta nama melalui siri drama popular Nur Kasih, sering melalui jalan yang sukar dalam kerjaya seninya.

Memang benar, Tiz tidak mengalami masalah yang besar untuk menaikkan namanya dalam industri ini, tetapi populariti yang di raih sekarang ini menjadikan dia sentiasa bergelumang dengan pelbagai kontroversi.

Pernah dilabelkan sebagai pelakon yang bermasalah, Tiz Zaqyah juga pernah di cop sebagai gadis yang terlalu bersosial dan sering mabuk dilokasi sesikit masa yang lalu.

Tidak kurang juga dengan kisah cinta, selain di kaitkan bersama 'heronya' dalam siri drama popular, Nurkasih, Tiz zaqyah juga pernah dituduh cuba menganggu hubungan yang terjalin antara pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai.

Namanya tidak pernah sunyi daripada gosip, dan kini dia digosipkan bercinta dengan anak kepada ahli parlimen kawasan Nerus, Aizat Fikri. Tiz dikatakan sering menemani anak VIP itu di majlis-majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Bertemu Tiz Zaqyah di majlis pelancaran drama terbarunya, Gemilang baru-baru ini, dia hanya ketawa apabila diajukan tentang perkara ini.

"Sudah beberapa kali saya ditanya tentang perkara ini, malah ramai yang bertanyakan saya sama ada benar saya sedang bercinta dengan anak seorang ahli parlimen.

"Sebenarnya, sepanjang saya hidup di dalam dunia ini, saya sudah berkawan dengan pelbagai golongan manusia. Saya bukan seorang yang memilih dan saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa, dan kemungkinan juga saya berasal daripada Kuala Lumpur maka saya banyak mengenali orang di pelbagai taraf dan pangkat.


"Tetapi secara jujurnya saya tidak mengenali siapa lelaki bernama, Aizat Fikri ataupun saya tidak pernah berkenalan dengan anak ahli parlimen Nerus, jadi mana mungkin saya ada menemani beliau di majlis-majlis tertutup.

"Mungkin orang tersilap pandang, ataupun wanita bersama Aizat Fikri itu ada iras-iras saya, sebab itu ramai yang fikir saya bercinta dengannya,"jelas Tiz Zaqyah.

Enggan dikaitkan dengan Remy Ishak

Seperti mana Aizat Fikri, Remy Ishak juga antara lelaki yang berada di dalam senarai 'gosip' Tiz Zaqyah. Selalu kelihatan bersama dan pernah menemani pelakon popular itu melihat kawasan rumah barunya, Tiz turut menafikan ada hubungan yang terjalin antara mereka.

"Remy dan saya hanya kawan biasa, dan antara kami tidak ada sebarang hubungan perasaan. Kami mempunyai keserasian yang baik, bukan sahaja di dalam lakonan tetapi juga sebaliknya.

"Kami satu kepala dan saya selesa berkawan dengan Remy, tapi untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat, itu mungkin tidak.

"Adakalanya perkara begini mengganggu juga emosi, tapi bila ia sudah terlalu diperkatakan saya lebih suka buat tak tahu sahaja. Memang benar kami tidak bercinta, jadi mengapa takut untuk berterus terang sahaja,"luah Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah kini akan muncul di slot Zehra untuk drama bersiri Gemilang dan bergandingan bersama Shahz Jaszle, dan kamal Adli.

David Teo 'kongsi' Rezeki


Meraih keuntungan sebanyak RM42 juta sepanjang tahun 2010,menjadikan Metrowealth (MIG) menjadi antara syarikat produksi yang berjaya memberi sumbangan besar dalam menjana ekonomi negara.

Menganggap tahun 2010 sebagai tahun kemuncakkan mereka di dalam industri ini, CEO syarikat MIG, David Teo melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan yang dikecapi oleh MIG, para artis yang bernaung di bawah syarikatnya dan kakitangan yang banyak membantu.

SHAHEIZY SAM ANTARA PELAKON YANG MEMBAWA REZEKI YANG BESAR DALAM MIG

Bukan sekadar kutipan filem yang membanggakan, perancangan MIG untuk membentuk modal insan daripada industri hiburan juga menunjukkan kejayaan yang membanggakan. Malah, SKim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan pada tahun 2007 sehingga kini telah berjaya mengumpulkan tujuh orang pengarah, dan enam daripadanya subah menyumbang kepada kutipan box Office.

Melihat pada pelbagai kejayaan yang diraih oleh syarikatnya tahun 2010 ini, seperti Ngangkung yang berjaya dicatatkan dalam Malaysian Book Of Records 2011 sebagai filem dengan kutipan Box-Office paling tinggi RM8.4 Juta, dan filem Adnan Sempit yang ditayangkan awal tahun lalu dengan kutipan RM7.8 Juta dan beberapa filem lain yang berjaya merangkul kutipan antara RM2 Juta sehingga RM5 Juta, David Teo bermurah hati menganjurkan malam penghargaan dan penyampaian bonus untuk artis dan kakitangan.

Bertanyakan David tentang perbelanjaannya untuk merealisasikan malam anugerah ini, dia menjelaskan apa yang diberikannya ikhlas untuk pekerja dan artis yang banyak membantu syarikatnya selama ini.

"Rezeki yang saya terima perlu dikongsi bersama, dan untuk malam ini semua berbelanjaan termasuk hadiah adalah sekitar RM4.5 Juta.

"Saya berterima kasih pada mereka, kerana tanpa usaha mereka, MIG tidak akan berjaya seperti sekarang,"jelas David.

FARID ANTARA PENGARAH HARAPAN MIG

Antara Senarai Penerima Bonus

1. Nor Azrilah binti Abdullah, berkhidmat sejak tahun 2003 menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat

2. Norul Ashikin binti Ismail, Kordinator Pemasaran, berkhidmat sejak 2005, menerima sebuah Semi-D satu tingkat

3. Eng Chong Sam, Penasihat Kesihatan, berkhidmat sejak 1998, menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat

4. Norazlina, Eksekutif Pemasaran, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat.

5. Azahari Abdul Hamid, Pengurus Promosi dan Perhubungan, menerima sebuah kereta Merc-Bend E200

6. Shaheizy Sam Abd.Samad, Pelakon, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej mengerjakan umrah sebanyak RM30 ribu.

7. Ismail Bob Hasim, Pengarah, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah kereta toyota Alparhd 3.5

8. Brain Ng, Pengarah Eksekutif Sound, berkhidmat sejak tahun 2003, menerima sebuah banglo

9. Farid Kamil, menerima RM30 ribu

10. Lisa Surihani, menerima RM15 ribu

11. Intan Ladyana, menerima RM15 Ribu

12. Ustaz Fauzan, menerima RM10 Ribu

13. Nora Danish, Menerima RM10 Ribu

14. Angah Raja Lawak, menerima RM10 Ribu

15. Puteri Mardiana, menerima RM 10 Ribu

16. Norliyana Shamsudin, menerima RM 10 Ribu

17. Azad, menerima RM10 Ribu

18. Cat Farish, menerima RM5 Ribu

Shaheizy Sam

"Saya tak sangka penghargaan yang diberikan pada saya sebesar ini sebenarnya, malah saya tidak pernah terfikir akan diberikan hadiah sebegini rupa. Sebelum datang, saya memang terfikir mereka akan memberi hadiah dan bonus kepada saya dan artis-artis yang lain, tapi saya tidak menyangka ia sebesar ini.

"Ini rumah pertama saya, dan selain berterima kasih pada pihak MIG dan Mr David, saya juga berterima kasih banyak-banyak pada para penonton dan peminat yang meluangkan masa menonton filem-filem lakonan saya, dan kerana mereka semua jugalah saya menerima bonus sebegini.

"Setakat ini tiada perancangan untuk berpindah ke rumah itu sekiranya ia siap nanti,sebab saya sudah terbiasa duduk bersama keluarga dan agak susah untuk memulakan hidup sendiri,"jelas Shaheizy Sam

Farid Kamil

"Ini kali kedua saya terima bonus daripada MIG, dan saya rasa penghargaan yang diberikan oleh MIG banyak memberi perangsang untuk kami melakukan yang lebih baik di masa hadapan.

"Jarang sekali syarikat produksi membuat perkara sebegini, jadi apabila diberi penghargaan sebegini, saya sangat bersyukur dan sangat berterima kasih pada MIG dan David Teo,"jelas Farid.


Senarai Artis Yang Bernaung Di Bawah MIG

1. Shaheizy Sam
2.Lisa Surihani
3.Farid Kamil
4.Yana Samsuddin
5.Intan Ladyana
6.Fizo Omar
7.Kamal Adli
8. Diana Amir
9.Pierre Andre
10. Angah Raja Lawak
11. Along Cham
12.Fezrul Khan
13. Azad Jazmin
14.Adeline Anthony
15.Aeril Zafril
16. Zul Suphia'an
17.Putri Mardiana
18.Tuah Zoqarnain
19.Mon Ryanti
20.Adey
21.Shahfiez
22.Siti Chubby
23.Alex Yan
24.Boy Iman
25.Shasha Zurazie
26.Sasqia
27.Kamal Faridz
28.Nad Zainal
29.Tasha Aziz
30.Faith Zaki
31.Ery Zukhairi
32.Chloe
33.Ard
34.Azrul Anwar
35.Shima
36.Siti Aziz
37.Mimie Ernida
38.Hidayah Samsuddin
39.Fiffy Natasha
40.Wawa
41.Elmy Moin
42.Arien Yunus

google: David Teo facebook, David Teo beri bonus, filem baru David Teo, David Teo beri hadiah, gambar David Teo beri bonus, sekita penyampaian bonus David Teo, gambar mig beri bonus

Kahwin Bukan Nak Tutup Status Seksual - Awal


Pelakon dan pengacara Awal Ashaari,30, menjelaskan kekasihnya Scha Al-Yahya lebih tahu siapa dirinya yang sebenar serta hubungan yang mereka jalinkan.

Awal berkata, Scha juga bukan jenis individu yang mudah memeprcayai kata-kata dan juga tuduhan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

"Scha lebih tahu siapa diri saya yang sebenar. Itu adalah kepercayaan yang amat paling penting.

"Kami telah berkawan selama satu tahun setengah dan saya pasti dia bukan bodoh untuk menilai tentang diri saya," ulas Awal mengenai gosip dalam sebuah portal yang mengatakan dia hanya berpura-pura bercinta dengan Scha untuk menutup dirinya seorang gay.


Kata Awal, penampilannya sebagai seorang lelaki yang bergaya ataupun lebih bercirikan metroseksual mungkin menyebabkan sesetengah pihak tersalah anggap dengan statusnya itu.

"Sebelum ini ramai lagi artis lelaki yang dilemparkan tuduhan kononnya mereka adalah gay kerana gaya dan penampilan mereka tetapi terbukti tuduhan itu tidak benar.

"Kebanyakan mereka semua sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak. Hanya kerana mengamalkan gaya hidup metroseksual tidak bererti gay," katanya selepas ditemui pada majlis pandu uji kereta model Honda CR-V di sebuah restoran di sini, Khamis.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dia dan Scha ada berbincang mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu, Awal mengakui pernah berbicara mengenainya.

"Kalau ada pihak yang termakan dengan apa yang orang cakap mungkin sekarang Scha telah meninggalkan saya tetapi percintaan kami masih kekal," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran program Rentak Bolly di India.

Pernah berangan-angan untuk mengakhiri zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun, Awal berkata apabila saat itu tiba, keputusan untuk berkahwin bukan untuk menutup cakap-cakap masyarakat mengenai status seksualnya tetapi kerana kehendak diri sendiri.

"Saya tidak akan berkahwin hanya kerana ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa saya lelaki tulen tetapi kerana kehendak diri saya sendiri.

"Saya tidak perlu buktikan bahawa saya bukan gay," katanya yang bakal mengacarakan program Fuhhh! musim terbaru di TV3.

Mengharapkan jodohnya dengan Scha panjang, Awal memberitahu apa yang diperkatakan oleh masyarakat mengenai status seksualnya adalah tidak penting kerana dia lebih mengetahui mengenai perkara itu.

"Saya tidak boleh menutup mulut orang lain untuk berhenti bercakap mengenai diri saya.

"Cukup keluarga,teman rapat dan Scha mengetahui siapa diri saya. Itu sudah memadai," katanya mengakhiri perbualan.

Shila Amzah Jayakan Persembahan Di Kazakhstan


Setelah 12 tahun berkecimpung dalam industri seni, buatpertama kalinya penyanyi Shila Amzah (gambar) akan menjayakan konsert di Kazakhstan bermula 30 Januari sehingga 5 Februari depan.

Shila merupakan satu-satunya artis Malaysia yang di undang untuk menyanyi di konsertAsia Star Session pada Festival Voice of Astana sempena temasyasukan 7th Winter Asian Games di negara itu.

Temasya itu merupakan sambutan ke-50 tahun acara sukan tersebut sejak pertama kali diadakan di New Delhi pada tahun 1951.

Pemilihan Shila ke Kazakhstan dilakukan oleh Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) agensi yang bertanggungjawab mengutip royalti persembahan artis di tempat awam.

"Selaku pihak yang dilantik oleh jawatankuasa penganjur bagi memilih wakil Malaysia ke festival tersebut, kami melihat kecemerlangan vokal Shila dan kejayaannya menjuarai pertandingan Penang-Shanghai world Star Quest pada Mei 2008," kata Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chudalam satu sidang media di Bora Ombak, Ampang, di sini, Khamis.

Shila akan berkongsi pentas bersama-sama penyanyi dari 45 buah negara seperti Korea Selatan, Jepun, China, Filipina dan negara-negara dari Timur Tengah.

Selain konsert Asia Star Session, festival itu turut merangkumi dua lagi acara besar iaitu konsert Klasikal dan Opera serta Moden dan Hip Hop.

Shila yang akan berlepas ke Kazakhstan Ahad ini akan ditemani oleh ibu bapanya dan wakil pihak Prism.

"Saya rasa teruja kerana akan membuat persembahan di hadapan ramai penonton dari luar negara. Saya akan membuat persembahan pada 3 Februari dengan memilih lagu Nirmala nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan sebuah lagu Inggeris yang belum diputuskan.

"Setakat ini, saya berlatih menyanyi lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus dan I Drove All Night nyanyian Celine Dion.

"Selain itu, saya suka melancong dan ini merupakan kali pertama saya terbang jauh," katanya yang pernah membuat persembahan di Singapura.

Selain memperkenalkan lagu Malaysia di sana, anak kepada pelakon ND Lala ini akan menonjolkan budaya Malaysia dengan memperagakan pakaian daripada tiga pereka tempatan iaitu Faizal Azraf, Salikin Sidek dan Ariff Shukor.

"Sebagai persediaan sebelum ke sana, saya telah membuat latihan nyanyian selama sebulan dan tidak lepas bersenam selama 30 minit di rumah untuk mengekalkan stamina.

"Saya juga berharap kesihatan tidak terjejas apabila berada di sana walaupun sekarang ini sedang menghidapi selesema. Bagaimanapun, saya tetap mementingkan penjagaan hidung, telinga dan tekak. Doakankesihatan saya," ujarnya yang turut tampil dengan album 3 Suara gabungan bersama-sama Jaclyn Victor dan Ning Baizura.

Album tersebut akan dilancarkan pada 18 Februari ini di Solaris Dutamas. Kini, single pertama album tersebut berjudul Di Mana Di Mana telah diputarkan di radio.

Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK


UNITED Kingdom (UK) merupakan antara negara yang menjadi tumpuan ramai penyanyi dari seluruh dunia termasuklah Malaysia bagi mengembangkan karier mereka kerana mempunyai pasaran muzik yang besar.

Altimet dan kumpulan Monoloque adalah dua kumpulan tempatan yang akan mengorak langkah itu selepas sekian ramai penyanyi lain yang pernah mencuba nasib dengan mengadakan siri persembahan bergerak di sana.

Menurut Altimet, tawaran yang diterimanya daripada sebuah agensi yang dikenali sebagai Kugiran Negara Ke UK bagi mengadakan persembahan-persembahan bergerak di negara itu sukar untuk dilepaskannya begitu sahaja.

“Ini adalah kali pertama saya dijemput mengadakan persembahan di empat buah bandar di UK iaitu Warwick, Nottingham, Dublin dan London mulai 16 sehingga 28 Februari ini bersama kumpulan Monoloque.

“Saya sukar melepaskan undangan itu kerana ini adalah salah satu cara saya menimba pengalaman selain mengintai peluang dalam bidang nyanyian di negara seperti UK yang terkenal dengan industri muziknya di dunia.

“Saya teruja untuk mengadakan persembahan-persembahan ia merupakan tempat yang paling penting pernah saya adakan setakat ini,” katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas penyanyi pop, R&B dan hip hop ini, dia berasa bertuah kerana menjadi antara penyanyi tempatan yang diberi peluang oleh Kugiran Negara Ke UK mengadakan persembahan berbayar di negara tersebut.

Katanya, undangan itu berdasarkan populariti yang sedang diraihnya selain atas permintaan ramai peminat termasuklah para pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajian mereka di kebanyakan bandar utama di UK.

“Saya difahamkan ini adalah tahun keempat Kugiran Negara Ke UK menganjurkan persembahan bergerak untuk para penyanyi dari Malaysia.

SEMENTARA itu, vokalis dan gitaris Monoloque, Loque turut teruja dengan jemputan daripada Kugiran Negara Ke UK yang disifatkannya sebagai peluang keemasan bagi mereka menorak langkah lebih jauh dalam bidang muzik.

Apatah lagi ujar bekas gitaris kumpulan Butterfingers itu, Monoloque kini sedang dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu.

“Bagi saya, ini adalah peluang kami untuk mempromosikan lagu-lagu dalam album itu di UK nanti. Antara lagu yang akan kami persembahkan di sana nanti bertajuk Badang Kotaraya dan Penghormatan Terakhir.

“Namun, kami juga akan menyanyikan lagu-lagu lama Butterfingers seperti Mati Hidup Kembali. Ini kerana saya yakin ramai yang mengenali Butterfingers berbanding Monoloque yang baru ditubuhkan beberapa tahun lalu,” jelasnya.

Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang dirakamkan di Studio Kilang Menjahit Bunyi milik Loque itu yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini katanya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Kesibukan dengan pelbagai aktiviti termasuklah setelah menjayakan Konsert Analoque - Ana Raffali dan Monoloque di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menyebabkan rakaman album itu perlahan.

“Sekarang ini tumpuan kami adalah untuk empat persembahan Monoloque di UK nanti bersama-sama Altimet. Kami sudah mula berlatih sejak seminggu lalu selama dua jam tiga atau empat kali seminggu.

“Antara fokus kami adalah lagu-lagu terbaru Monoloque seperti Penghormatan Terakhir dan Kita Semua Perlukan Cinta yang akan dipersembahkan dalam persembahan kami di UK nanti,” katanya.

Raja Lawak 5 fokus bakat peserta

TAHUN ini pertandingan mencungkil bakat pelawak, Raja Lawak Astro menyaksikan banyak peningkatan daripada segi kualiti persembahan para pesertanya dan fokus pengisian dalam rancangan terbitan Astro Prima itu.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, sejak empat musim rancangan itu diterbitkan, Raja Lawak Astro musim ke-5 (RL5) yang kini memasuki minggu ketiga adalah yang paling mantap berbanding sebelumnya.

"Contohnya tahun ini, RL5 tidak menampilkan aktiviti-aktiviti para pesertanya yang tiada kaitan dengan pertandingan ini. Semua aktiviti santai atau yang dibuat diluar ditiadakan sehinggalah minggu kelima dan ke atas.

"Tujuannya supaya setiap peserta RL5 memberi fokus dengan berlatih sebelum menunjukkan bakat mereka pada Gelanggang Raja Lawak yang diadakan pada setiap Jumaat. Aktiviti luaran itu boleh menganggu tumpuan latihan mereka.

"Bagaimanapun selepas lima minggu ke atas kami mungkin akan menyediakan aktiviti luaran supaya mereka dapat berehat sedikit," katanya kepada Hits semasa ditemui pada pertandingan itu yang diadakan di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Empat musim RL sebelum ini tidak ketinggalan menampilkan pelbagai aktiviti luaran sejak minggu pertama rancangan itu ke udara di mana ia disiarkan sebagai selingan dalam salah satu segmen pengisiannya.

Ekoran segmen yang dikemaskinikan itu, para peserta RL5 bukan sahaja lebih memberi fokus kepada latihan berlawak, malah mutu persembahan mereka juga semakin meningkat menerusi Gelanggang Raja Lawak.

"Masa para peserta kini lebih banyak berlatih dan berjumpa dengan ramai pelawak undangan yang kami jemput bagi memberi tunjuk ajar kepada mereka. Antaranya Mr. Os, Farouk Hussain, Afdlin Shauki dan Sathiya.

"Sebab itu, saya lihat kualiti persembahan para peserta RL5 semakin meningkat kerana para penonton sekarang semakin bijak menilai. Mereka mahukan lawak yang lebih pelbagai dan bahan-bahan yang berbeza setiap minggu.

"Kami menetapkan tema-tema bahan lawak yang berbeza pada setiap minggu. Ia bagi memastikan supaya para penonton tidak jemu. Kami telah merangka semua itu sejak Mei tahun lalu selepas dua bulan berakhirnya RL4," ujarnya.

Selain kualiti persembahan para peserta dan fokus pengisian rancangan itu tambah Nizam, hadiah untuk para pemenang RL5 juga akan mengutamakan hadiah berbentuk wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM180,000.

Jelasnya, hadiah sampingan berupa barangan seperti peralatan audio dan elektronik juga mungkin akan disediakan sebagai tambahan atas kemenangan setiap peserta pada pertandingan 100 peratus undian SMS penonton itu.

"Tahun ini ada sedikit kelainan di mana kami lebih mengutamakan hadiah wang tunai. Juara RL5 akan menerima wang tunai RM100,000, naib johan (RM50,000) dan tempat ketiga berjumlah RM30,000 serta hadiah-hadiah iringan lain.

"Hadiah wang tunai lebih mudah untuk diberikan dan terpulanglah kepada setiap pemenang untuk menggunakan wang kemenangan yang mereka terima itu. Bermakna tahun ini tiada lagi hadiah kereta untuk pemenang utamanya," katanya.

Konsert Aznil Inspirasi Persembahan Sudirman


Selepas 21 tahun bertapak dalam bidang seni, pengacara Aznil Nawawi, 48, buat julung kalinya bakal mengadakan Konsert Hore Hore pada 12 Mac ini di Taman Tasik Titiwangsa, pukul 8.45 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkonsepkan kekeluargaan dan ia diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Aznil, dia gembira kerana berpeluang mengadakan konsert tersebut kerana sebelum ini dia hanya sekadar mengendalikan sesebuah konsert sebagai pengacara atau artis jemputan.

"Saya bersyukur diberi peluang sebegini kerana belum pernah lagi seorang pengacara melakukan konsert sendiri. Tambah pula saya tidak pernah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert.

"Walaupun tidaklah sehebat dengan konsert-konsert artis lain, saya tetap akan menghiburkan penonton dengan nyanyian serta lawak jenaka saya untuk memastikan konsert saya meriah.

"Setakat ini saya bersama pihak produksi ada membincangkan tentang kejutan-kejutan yang akan dibuat serta pecahan segmen dan salah satunya ialah segmen penghormatan untuk Allahyarham Sudirman," katanya pada sidang media acara itu di Bukit Kiara Equastrian Park, di sini, Khamis.

Tambah pengacara itu, dia juga ingin membuat beberapa gimik serta menempah kostum khas rekaannya sendiri.

Malah Aznil akan membuat latihan senaman untuk menguatkan stamina sebagai persiapan awal konsert tersebut.

"Saya menjadikan konsert Sudirman sebagai inspirasi saya dan mahukan satu kelainan dalam konsert ini agar ia akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu saya akan menempah sebanyak 4 pasang baju menggunakan rekaan saya sendiri.

"Saya juga akan memaparkan keperibadian sebenar saya serta berkongsi cerita tentang susah senang saya dengan pendekatan yang tidak membosankan penonton," ujarnya.

Pada konsert tersebut Aznil juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Toyol, Teramat Sangat, Jangan Cepat Marah serta beberapa lagu popular daripada penyanyi wanita dan muzik-muzik indie.

Selari dengan konsert tersebut, Karnival Hore Hore turut diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Kaunter penjualan tiket boleh didapati di Istana Budaya, Pejabat Ticket2u di Taman Melawati, Hulu Kelang, Triways Travel Network KLCC, Sri Amera Holiday (Shah Alam dan Putrajaya), My Axis Travel (Shah Alam,Kinrara dan Klang) atau layari www.ticket2u.biz.

Untuk pertanyaan mengenai tempahan tiket, sila hubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.

Tiket dijual dengan harga dari RM15 hingga RM200.

Benarkah Qhaud AF7 Tidak Minat Menyanyi?


Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Qhaud yang semakin aktif di pentas lakonan menafikan sudah tidak berminat pada bidang nyanyian lagi.

Hampir dua tahun selepas AF7, kecenderungan pemilik nama sebenar Mohd Qhaud Abd Rashid itu menghiasi pelbagai drama televisyen, teater dan filem dilihat seolah-olah meminggirkan kerjaya nyanyiannya yang suram.

Menurut Qhaud, tawaran lakonan yang berterusan telah memaksa dia untuk menangguhkan seketika perancangan untuk muncul dengan lagu atau album sulung.

"Saya masih meminati nyanyian sebenarnya. Cuma buat masa ini, beberapa tawaran lakonan yang hadir menyebabkan saya tidak sempat untuk menumpukan perhatian pada perancangan mengeluarkan lagu atau album pertama.

"Bagaimanapun, seboleh mungkin saya akan cuba keluarkan album pertama atau sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam tahun ini juga.

"Konsep lagu masih lagi saya usahakan untuk mencari kelainan buat peminat muzik," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Sini Ada Hantu di GSC Mid Valley, di sini, Rabu.

Bercerita tentang filem arahan James Lee itu, Qhaud mengakui pembabitannya dalam produksi filem tersebut sangat menyeronokkan walaupun gementar untuk berlakon.

Menjayakan watak sebagai pelajar sekolah bernama Yaakub, Qhaud mengakui tidak berdepan sebarang kesulitan atau 'gangguan' ketika penggambaran filem seram komedi itu.

"Saya seronok terlibat dalam filem ini. Sebenarnya ini bukan pengalaman pertama bekerja di bawah James.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dalam sebuah telefilem di bawah arahannya juga. Dari situlah James menawarkan saya peluang ini.

"Walaupun ia filem seram tetapi saya tidak hadapi sebarang masalah atau 'gangguan' sepanjang penggambaran berlangsung," katanya yang turut terlibat dalam muzikal Terima Kasih Cinta yang bakal dipentaskan bermula 17 Februari hingga 6 Mac ini di Istana Budaya.

'Carefree' Cari Wanita Untuk Jadi Pelakon


Jenama tuala wanita Carefree kini sedang mencari wanita muda yang berbakat untuk berlakon bersama-sama Scha Al-Yahya, dalam siri drama televisyen baru yang akan disiarkan pada bulan Jun ini.

Carefree Girl Bebaskan Bakatmu telah diumumkan semasa sidang media hari ini, di mana dutanya, Scha Al-Yahya sendiri mempamerkan lambang dan logo pencarian pelakon gandingannya.

Pencarian tersebut dikatakan sebagai “jalan pantas” untuk menjadi bintang dan Scha menyeru wanita berumur antara 18 hingga 35 tahun untuk menyertai sesi uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir Februari ini.

“Pencarian bakat Carefree menawarkan peluang keemasan yang jarang dilakukan untuk wanita muda menjadi bintang televisyen dalam sekelip mata. Sekiranya anda seorang yang berbakat dan ingin menjadi seorang pelakon seperti saya, inilah cara mudah untuk mendapat peluang berlakon dalam siri drama televisyen,” kata Scha.

Menceritakan hadiah-hadiah yang akan ditawarkan,Gadis Carefree bakal memenangi wang tunai RM10,000 serta produk itu.

Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Stanford Guo, pihaknya sememangnya komited untuk memenuhi keperluan wanita supaya berasa segar sentiasa setiap hari tanpa perlu risau mengenai ketidakselesaan selain membolehkan wanita untuk meluahkan ekspresi dengan bebas.

Seiring dengan kepercayaan jenama ini, untuk melahirkan bakat wanita muda, idea mengadakan pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu diperoleh bagi mencari seorang gadis yang penuh semangat dan berkeyakinan untuk memainkan peranan dalam drama siri televisyen itu.

Pemenang pencarian itu nanti akan berpeluang berlakon bersama-sama barisan pelakon muda dan terkenal iaitu Scha Alyahya, Marsha Londoh dan Awal Ashaari.

Pencarian bermula dengan pusingan kelayakan untuk menjadi finalis melalui sesi uji bakat di seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac, diikuti dengan pencarian pada peringkat akhir di Kuala Lumpur, akhir bulan April.

Pemenangnya akan terus menerima latihan untuk mengambil peranan yang bakal dilakonkan sebelum memulakan penggambaran dalam produksi drama televisyen yang akan ke udara di Astro Ria pada akhir bulan Mei.

Sesi uji bakat di seluruh negara untuk pencarian ini akan diadakan di empat buah cawangan pasar raya besar Giant.

Ia Bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 & 27 Februari seterusnya di Giant City Mall, Kota Kinabalu (6 dan 6 Mac) dan Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang, (12 & 13 Mac).

Sementara di Selangor pula akan diadakan di Giant, Bandar Kinrara, 19 dan 20 Mac.

Terdapat dua cara untuk menyertai sesi uji bakat iaitu:

Pertama, beli pek permulaan Carefree dengan panty liner Ultra Thin & Super Dry bernilai RM8.90 atau panty liner Acti-Fresh & Healthy Fresh bernilai RM11.90.

Kemudian layari www.facebook.com/mycarefree atau dengan mencari “Pink Daisy”. Melalui laman sosial itu, peserta berpeluang menghantar permohonan berpandukan syarat yang dinyatakan termasuklah menyertakan bukti pembelian dengan memuat naik imbasan atau foto resit.

Peserta juga dikehendaki menyertakan sekeping gambar sendiri yang terkini.

Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia


Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.

Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi.

“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.

“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.

"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.

Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Wednesday, January 26, 2011

Nora Dan Jejai Tak Mungkin Bersatu Semula


Tidak pernah masuk campur urusan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, jauh sekali mahu menganggu, jelas aktres jelita Nora Danish, apa yang berlaku antara Jejai dan aktres Fasha Sandha di luar kotak kehidupannya.

Enggan mengambil peduli segalanya, bagi Nora, Jejai berhak untuk memilih permaisuri baru di hatinya. Malah percutiannya bersama Jejai dan keluarga baru-baru ini ke Jepun bukanlah penyebab kepada perpisahan tersebut kerana hubungan itu telah pun berkubur dua bulan lalu.

"Saya tak ada hak untuk menghalang dia (Jejai) daripada berkawan dengan sesiapa. Dari mana datangnya info yang mengatakan saya punca perpisahan mereka, saya tak tahu, tapi ingin saya tegaskan bahawa semua itu tak benar belaka dan saya bersyukur kerana Jejai telah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar tabloid semalam untuk membuktikan perkara sebenar,"

Mengakui berkawan baik dengan Jejai dan sering berkongsi masalah bersama, tegas Nora, hubungan baik tersebut tidak akan sama sekali berakhir ke alam perkahwinan semula.

"Kami memang baik dan dia juga sering bercerita masalah cintanya dengan saya. Tapi saya hanya mampu mendengar dan tak mahu masuk campur dengan urusannya. Apa yang terjadi dalam hidup kami telah mengajar kami banyak perkara dan yang terbaik untuk kami adalah seperti ini iaitu yang hanya baik sebagai kawan dan semuanya demi anak kami (Putera Rayqal). Kami tak mungkin akan bersatu semula sebagai suami isteri kerana rasanya kami lebih baik begini," katanya lagi.

Menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia cuba menggunakan anak dan keluarga Jejai sebagai pancing untuk merobohkan hubungan cinta mereka, kata wanita berusia 29 tahun ini, perkara tersebut tidak pernah terlintas dibenak fikirannya.Tambahnya lagi dia juga kini dalam proses mengenali hati budi seseorang.

"Saya, Jejai dan keluarga dia memang rapat. Kami juga duduk di kawasan rumah yang berdekatan jadi apabila saya ada penggambaran saya akan hantar anak ke rumah mertua. Jadi tak timbul isu mahu menggunakan mereka kerana kami memang rapat. Saya tak pernah halang Jejai atau famili untuk berjumpa Rayqal.

"Memang kami tak akan bersama semula sebagai suami isteri kerana ini adalah takdir dan yang terbaik untuk kami. Malah saya sendiri dalam proses berkawan dengan seseorang. Tapi masih lagi fasa permulaan dan biarlah masa menentukan segalanya," tuturnya yang juga menafikan menerima hadiah rumah daripada mertuanya.

Dalam pada itu, kata pelakon filem Cuti-Cuti Cinta ini, bakal kekasihnya kelak juga perlu menerima hakikat hubungannya bersama Jejai akan baik sehingga ke akhir hayat demi anak mereka.

"Semua kena terima hakikat bahawa kami memang akan baik sampai bila-bila jadi tak kisah sama ada kekasih saya atau kekasih Jejai perlu menerima kenyataan tersebut. Kami memang saling memahami dan semua itu kami lakukan demi Rayqal," katanya yang akan bercuti sehingga bulan Mac depan sebelum kembali ke lokasi penggambaran seterusnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kisah dirinya yang dikatakan meminati dan cuba mendekati dua pemain bola sepak kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali, Nora sama sekali menafikannya.

"Semuanya berlaku kerana komen saya dalam laman twitter. Saya bukanlah peminat bola sepak dan buat pertama kalinya saya melihat perlawanan bola sepak semasa perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 itu. Saya terlalu excited kerana permainan mereka yang cemerlang dan menulis macam-macam di twitter saya. Tapi yang akhir itu bertulis, Fahmi dan Safee call me XOXO. Ayat itu tak membawa maksud saya nak berkawan atau mengatal dengan mereka.

"Saya sendiri tak letak pun nombor telefon saya untuk dihubungi. Kalau mereka telefon saya pun, saya hanya nak cakap saya amat bangga dengan permainan dan kejayaan pasukan bola sepak kita. Tak ada niat nak mengatal atau merosakkan hubungan mereka dengan pasangan masing-masing dan saya mengaku sedih dengan pelbagai tohmahan yang diberikan kepada saya mengenai hal itu," katanya yang mengharapkan spekulasi mengenai perkara tersebut akan berakhir.

Ahmad Dhani Pengetua AF9?


Nampaknya desas-desus yang kami dengar sebelum ini iaitu Ahmad Dhani akan menjadi pengetua Akademi Fantasia untuk musim ke-9 (AF9) mungkin menjadi kenyataan apabila salah sebuah radio tempatan seolah-olah mengesahkan yang Ahmad Dhani adalah pengetua rancangan realiti nombor satu Malaysia itu pada pagi tadi.

Kami cuba mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini kat pihak yang berkaitan namun mereka masih enggan mengesahkannya dengan memberi jawapan “nantikan pengumuman rasmi“. Jadi, sah atau tidak yang Ahmad Dhani akan menjadi pengetua AF9 hanya akan diketahui apabila pihak produksi membuat pengumuman rasmi.

Apa pendapat anda sekiranya benar yang Ahmad Dhani adalah pengetua AF9?

>> Lagii berita Ahmad Dani jadi pengetua AF


google: Ahmad Dhani facebook, Ahmad Dhani pengetua af, sah Ahmad Dhani pengetua af, pengetua af Ahmad Dhani?, album baru Ahmad Dhani, Ahmad Dhani masuk AF, gambar Ahmad Dhani, lagu Ahmad Dhani, mp3 Ahmad Dhani

Nurul serik jaja kisah cinta


PASTINYA bukan mudah untuk seorang wanita yang berstatus janda atau Miss J untuk berdepan dengan situasi yang cukup menyulitkan.

Apatah lagi apabila terbit kata-kata sinis yang dihamburkan kepadanya gara-gara memegang status itu yang ada kalanya sukar untuk ditelan.

Ditambah pula kisah kegagalan episod cintanya bersama jejaka bernama Ryzal Marzuki beberapa bulan lalu yang didakwa berpunca daripada mulut individu yang dengki padanya.

Lantaran itu, penyanyi hitam manis, Noorul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul lebih berhati-hati menjaga tutur katanya terutama tentang kisah peribadinya.

Katanya, dia kini serik untuk berkongsi hal peribadinya kerana takut disalahertikan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan haru-biru dalam hidupnya.

Bagi Nurul, rutin kehidupannya lebih tenteram apabila ruang privasinya tidak diceroboh dan diketahui umum.

Pengalaman yang dialami sebelum ini memberikannya seribu satu pengajaran yang penuh makna dan membuatkannya semakin tabah.

"Apabila kisah cinta saya dipaparkan di dada akhbar, ia menjadi modal orang yang berniat jahat untuk memburukkan saya.

"Jadi, biarlah saya sendiri sahaja yang mengetahui sama ada saya sudah berpunya atau pun belum.

"Dengan cara ini, saya lebih selesa untuk bergerak tanpa memikirkan cemuhan orang lain. Siapa saya nak menutup mulut mereka?" luah Nurul.

Menyelak sedikit cerita yang pernah mengguris hatinya, Nurul memberitahu, dia pernah dilabelkan dengan pelbagai andaian negatif gara-gara dikatakan menjaja kisah peribadinya.

Jelas Nurul, perkara sebegitulah yang membuatkannya terasa hati. Lantas, dia bertekad untuk mengunci rapi mulutnya daripada terus berkata-kata perihal 'kain sendiri'.

"Kain saya, biarlah saya sahaja yang jaga. Saya pun tidak mahu menjaga tepi kain orang. Jika sudah sampai jodoh, barulah saya akan uar-uarkan.

"Mulai sekarang, saya cuma ingin berkongsi cerita mengenai karier seni saya sahaja. Nanti, tidak ada agi orang bercakap saya cari publisiti murahan," luah penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kerana Terluka itu tentang apa yang terbuku di hatinya selama ini.

Duta kanta lekap Colour View

DALAM pada itu, Nurul kini telah pun menandatangani kontrak bersama pengeluar kanta lekap jenama Colour View selama dua tahun.

Dia yang mula menggunakan produk tersebut sejak April tahun lalu memberitahu, kanta lekap tersebut amat selesa digunakan.

"Ia terlalu lembut sehinggakan saya tidak sedar yang saya sedang memakainya.

"Kanta lekap ini juga tahan lama sehingga 12 jam sehari dan mata saya tidak cepat kering ketika menggunakannya," jelas Nurul yang mula memakai kanta lekap sejak 1996 lagi.

Tiz Zaqyah Tekejut Fasha Putus Cinta


Pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan bekas pasangan kekasih Fasha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) memberitahu terkejut dengan berita tentang perpisahan itu.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut adalah hal peribadi pasangan berkenaan dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya.

“Tipulah kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membacanya saya berasa begitu terkejut.

“Namun itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan mereka,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, din sini Rabu.

Sementara itu, Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak seorang VIP bernama Aizat Fikri dan kontroversi tinggal sebumbung dengan pelakon kacak Remy Ishak.

“Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.

“Selepas itu gosip beli rumah dengan Remy Ishak dan dakwaan kami tinggal sebumbung ia tidak benar sama sekali. Saya masih duduk dengan keluarga saya dan seperti yang pernah saya beritahu Remy hanya kawan sepertimana kawan-kawan saya yang lain,” ujarnya.

Jelas Tiz, dia menganggap apa juga kontroversi dan fitnah yang berlaku terhadap akan terbukti jika ianya tidak benar.

“Banyak kontroversi yang saya hadapi tapi saya percaya bahawa kebenaran akan terbukti,” katanya yang tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi lagi.

Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan bi bawah arahan pengarah tersebut.

“Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya.

“Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang,” katanya.

Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3.

Ia turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi.

google: Tiz Zaqyah facebook, gambar seksi Tiz Zaqyah, gosip Tiz Zaqyah, skandal Tiz Zaqyah, Tiz Zaqyah biodata, kekasih Tiz Zaqyah, buah hati Tiz Zaqyah

(Gambar) Chinta Salun Rambut & Kecantikan Fasha Sandha

Fasha Sandha, baru-baru ini telah melancarkan sebuah salun rambut & kecantikan Chinta yang diambil sempena tajuk drama lakonan dia sebulan yang lepas. Chinta Hair Saloon & Beauty akan dilancarkan pada 14 Februari 2011 di Wangsa Walk, Wangsa Maju.


google: Fasha Sanda facebook, salun Fasha Sanda, saloon Fasha Sanda, gambar seksi Fasha Sanda, gamabr Fasha Sanda, Fasha Sanda hot, gambar Fasha Sanda dan jejai, Fasha Sanda buka salun, Fasha Sanda biodata

Riz (AF6) Tertanya-Tanya Kenapa Tidak Popular?


Selepas hampir tiga tahun menceburi bidang nyanyian, penyanyi Riz atau nama sebenar Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 24, menyifatkan perjalanan kariernya yang masih terumbang-ambing itu mungkin disebabkan oleh faktor lagu dan rezeki.

Ujar naib juara Akademi Fantasia musim ke-enam (AF6) itu, walaupun sudah tampil dengan sebuah album penuh Bermula Semula pada hujung 2009, popularitinya masih suram sehingga hari ini.

Lebih memburukkan keadaan, satu demi satu lagu yang dihantarkan ke radio juga kurang mendapat sambutan.

Riz yang enggan menyalahkan mana-mana pihak bagaimanapun percaya keadaan itu mungkin disebabkan oleh faktor rezeki yang masih tidak memihak kepadanya, selain lagu-lagu yang tidak menepati selera pihak radio dan pendengar.

"Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi ia mungkin berpunca daripada faktor rezeki dan lagu saya sendiri. Hendak kata saya tidak keluarkan lagu, saya sudah mengeluarkan album penuh.

"Hubungan dengan rakan media juga baik kerana saya masih mendapat sokongan daripada mereka.

"Namun, entah di mana silapnya sehingga hari ini tuah masih tidak menyebelahi saya," katanya.

Namun begitu, penyanyi yang kini mempertaruhkan lagu Khilaf ini enggan menyerahkan kalah.

Terbaru, Riz merancang untuk merakamkan dua buah lagu yang dibeli daripada Indonesia untuk projeknya akan datang.

Jelasnya, keputusan untuk membeli dua lagu tersebut bukan kerana dia tidak percaya kepada kredibiliti komposer tempatan tetapi semata-mata ingin bertukar angin dan menguji pasaran dan selera pendengar.

"Saya baru saja beli dua buah lagu daripada komposer di Indonesia untuk projek akan datang saya.

"Bukan kerana saya tidak yakin dengan sentuhan komposer tanah air tetapi sengaja ingin bertukar angin dan menguji respons pendengar dan industri apabila dua lagu itu diputarkan kelak," katanya.

Aqasha berdebar menanti 'orang baru'


TIADA apa yang cukup membahagiakan bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga apabila disahkan bakal menimang cahaya mata sulung.

Begitulah yang turut dirasai oleh pelakon dan penyanyi, Aqasha, 28, dan isterinya, Noor Baizura Mohd. Sabri, 27, yang secara rasminya bergelar suami isteri pada 10 Oktober tahun lalu.

Setelah tiga bulan melayari bahtera perkahwinan akhirnya Aqasha yang bernama sebenar, Firdee Aqasha Rosli itu dikurniakan hadiah tahun baru yang cukup berharga dari Ilahi apabila doktor mengesahkan isterinya kini hamil lima minggu.

Bertemu Aqasha pada majlis ramah mesra bersama pelakon dan pengarah siri Dia Bukan Maryam di Sri Pentas, Damansara baru-baru ini, jelas Aqasha dia cukup teruja dengan khabar tersebut dan kini menggandakan tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan berita ini. Rasa selepas ini tanggungjawab saya akan jadi lebih besar. Apatah lagi nak sambut anak nanti perlukan banyak persediaan.

"Persediaan sebagai seorang ayah dalam agama Islam bagi saya banyak menyedarkan dan ini pengalaman yang cukup bagus buat saya," katanya.

Menurut Aqasha, dia telah mula menyukai kanak-kanak sejak empat tahun lalu malah, melangkah ke gerbang perkahwinan membuatkan dia banyak berdoa agar dikurniakan zuriat.

Jelas Aqasha, isterinya itu masih belum mengalami alahan yang teruk namun, dia banyak mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam menangani emosi isteri yang sedang mengalami perubahan hormon.

"Apa yang doktor sering beritahu pada saya, peringkat awal kehamilan ramai isteri yang akan berasa tidak selesa dengan suami mereka. Malah, doktor dan keluarga banyak menasihatkan saya agar tidak terikut-ikut dengan perubahan emosi isteri pada peringkat ini.

"Alhamdulillah, setakat ini isteri mahupun saya sendiri masih belum mengalami apa-apa alahan cuma selera makan semakin bertambah," kata pelakon filem Embun itu lagi.

Menyingkap perkembangan terkini kerjaya seni Aqasha, dia kini sedang mengikuti pengambaran siri terbaru arahan pengarah berpengalaman, Erma Fatima, Dia Bukan Maryam yang turut dijayakan oleh Eja, Lisdawati dan Fahrin Ahmad.

Rantaian 26 episod yang bakal memulakan siarannya menerusi slot Ratu di TV9 pada setiap hari Isnin dan Selasa, menyaksikan pelakon tersebut memegang watak sebagai Shafiq, seorang yang bersikap skeptis dengan cinta.

Bagaimanapun, kehadiran Zaimah yang dilakonkan oleh Lisdawati, mula membuka pintu hatinya untuk kembali mengenal cinta.

Bercerita tentang siri yang sarat emosi dan air mata itu kata Aqasha, dia hanya akan muncul menerusi siri tersebut pada 13 episod yang terakhir.

Dalam perkembangan lain, Aqasha bakal terlibat dalam sebuah drama berkisarkan percintaan arahan Rashid Sibir pada Mac ini.

Fasha Sandha, Jejai putus cinta!


Jejai baru-baru ini mengesahkan hubungannya dengan Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha Sandha apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai yang dikirim kepada Harian Metro itu, juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora Danish yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” kata Jejai."

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis. Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” kata Jejai lagi."

google: fasha jejai putus cinta, kisah cinta jejai fasha, gosip fasha dan jejai, kisah hot putus cinta fasha jejai, fasha jejai putus kasih, gambar fasha sanda dan jejai

Nora Danish cun dan seksi jadi model cover

Nora telah mendapat satu tawaran hebat untuk menjadi model cover depan majalah Cosmopolitan edisi Febuari 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...