Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 15, 2011

(Gambar) Datuk Siti Nurhaliza dan Mia Sara dalam URTV



google: mia sara facebook, mia sara twitter, mia sara dalam urtv, siti nurhaliza dalam urtv, mia sara dan siti nurhaliza, gambar mia sara dan siti nuraliza

Bobo Mangsa Pertama Penyingkiran RL5


Nasib nyata tidak menyebelahi kumpulan Bobo apabila mereka menerima undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) terendah, sekali gus menjadi peserta pertama yang meninggalkan program realiti Raja Lawak 5 (RL5).

Pengumumannya dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 5, Sathia, pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 5 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (saluran 105), di sini, malam tadi.

Tiga peserta yang menduduki tangga terbawah pada minggu ini ialah kumpulan Kami, kumpulan Kopi O dan kumpulan Bobo sendiri yang tersingkir. Kumpulan Bobo dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24 dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24.

Tugasan untuk minggu kedua ini bertemakan freestyle dan kesemua peserta tampil dengan pelbagai idea yang berbeza-beza. Namun impak yang diharapkan masih belum sampai walaupun ada satu dua peserta yang menyerlah berbanidng yang lain.

Raja Lawak 5 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Afdlin Shauki, David Teo dan Sathiya.

Berikut adalah keputusan dan peratusan undian bagi minggu pertama Gelanggang Raja Lawak 5:

1) Leman - 20%
2) Lucky - 10%
3) Nazmi - 9%
4) R2 - 9%
5) Epy - 8%
6) TBO - 8%
7) Man - 7%
8) Balas - 6%
9) Pukaw - 6%
10) Kami - 5.3%
11) Kopi O - 5%
12) Bobo - 4.8%

Bagi peminat setiap peserta, anda boleh terus mengundi calon pilihan anda dengan menghantar SMS setiap minggu.

Dapatkan video-video terkini dari Raja Lawak 5 di Astro Mobile TV (AMTV). Hanya untuk pengguna Maxis dan DiGi sahaja.
1. Taip RL dan hantar ke 26000 untuk pelanggan Maxis.
2. Taip RL hantar ke 2016 untuk pelanggan DiGi.
3. Klik pada pautan untuk melanggan. RM1.50/seminggu atau RM5/sebulan.
Tiada data servis dikenakan.

TERBARU!

Dapatkan Service Aplikasi Raja Lawak yang mengandungi cerita, profil perserta, foto galeri, video, undian dan banyak lagi.
Hantar RL5 to 32999 (hanya boleh digunakan menerusi telefon Android sahaja).
Percuma dari 7 - 21 Januari 2011
22 Januari 2011 ke atas: RM3.50

google: Raja lawak musim ke 5, Video raja lawak, aksi raja lawak 2011, keputusan raja lawak 5, juara raja lawak 5 2011, kontroversi raja lawak 5 2011, finalis raja lawak 5, pemenang raja lawak 5, undian raja lawak 5, raja lawak astro musim ke 5, keputusan penyingkiran raja lawak 5, sathia di raja lawak 5, david teo di raja lawak 5,

Aznil Nawawi Maafkan Zizan Raja Lawak Atas Keterlanjuran Kata

Mujur, Aznil Nawawi akhirnya memaafkan Zizan Raja Lawak atas keterlanjuran katanya.

Mesej Aznil Nawawi mungkin pendek, namun cukup untuk melegakan hati Zizan yang gundah gulana dilanda perasaan bersalah ekoran terlajak kata



Aznil Bengang Dengan Lawak Zizan Yang Persenda Nama Arwah Ayahnya

Semalam semasa Gelanggang Raja Lawak minggu kedua, Zizan telah terlepas membuat lawak yang mempersendakan nama ayah Paknil. Instead of menyebut “Aznil Haji Nawawi”, Zizan telah melawak dengan menyebut “Aznil Haji Nawawa”. Akibatnya, Paknil mengamuk kebengangan di Twitter.

Walaupun cuba dipujuk oleh peminat-peminatnya, Paknil masih terasa hati dengan lawak Zizan yang dianggap tidak sensitif. Kalau kami pun mungkin agak bengang orang mempersendakan nama ayah kami. Lagi-lagi bila ayah Paknil sudah pun meninggal dunia.

Respek kepada Zizan kerana mengakui kesilapannya. Zizan dah pun memintak maaf melalui Twitter kepada Paknil.

Diharap Paknil dapat memaafkan Zizan. Semoga selepas ni Zizan lebih berhati-hati dalam membuat lawak...

google: Zizan raja lawak, aznil pengacara no.1, zizan salah buat lawak, gosip zizan, skandal zizan, aznil mengamuk kerana lawak zizan, aznil perang besar, skandal aznil

Ana Raffali Semakin Dibenci?


Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak.

Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu.

Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini.

"Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini.

"Sejujurnya, saya tidak tertekan dengan perkara ini, itu semua hak mereka untuk memberikan pendapat, tapi hakikatnya juri-juri profesional telah pun memberikan kemenangan ini kepada saya.

"Selepas menang, saya lebih yakin dengan kemampuan saya menulis lagu, dan ia bagaikan memberi lesen yang besar untuk saya bergiat aktif dalam mencipta lagu,"jelas Ana Raffali yang tercalon tiga kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan datang.

ANA TERHARU DICALONKAN UNTUK TIGA KATEGORI DI ABPBH


Mula Besar Kepala

Dikatakan mula besar kepala dan menyusahkan segelintir pihak yang terpaksa menunggunya lama sewaktu siri jelajah AJL yang lepas. Menurut Ana, apa yang disampaikan oleh pihak berkenaan tidak benar dan cuba menjatuhkannya.

"Saya tidak lambat seperti yang dilaporkan oleh sebuah media beberapa hari yang lepas, mereka menulis saya telah membuatkan ramai artis terpaksa menungu di dalam bas kira-kira sejam lamanya, sedangkan hakikat sebenar mereka hanya menunggu saya lebih kurang enam hingga tujuh minit.

"Saya hairan, kenapa ramai yang seakan-akan cuba menjatuhkan saya sedangkan saya tidak pernah cuba untuk menyakiti sesiapa.

"Orang memperkatakan perkara yang tidak benar tentang saya, ia seolah-olah mencerminkan diri mereka seperti individu yang tidak beradap. Sejak kecil saya diajar cara menghormati orang lain, jadi tidak mungkin saya sengaja menyusahkan orang ramai dengan perkara sebegini,"luah Ana Raffali.

Harapan

Tercalon dalam tiga kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tahun 2010, Ana bagaimanapun tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi.

"Tercalon dalam tiga kategori sudah cukup memadai bagi saya, memandangkan usia saya dalam industri ini terlalu muda jadi saya tidak berani meletakkan harapan yang tinggi.

"Semua yang tercalon sangat-sangat berpotensi untuk menang, jadi saya tidak mahu terlalu berangan jauh kerana jika tidak berjaya ia akan menyakitkan saya sendiri,"jelas Ana Raffali.

(Gambar) Hanez Suraya yang Seksi


google: Hanez Suraya facebook, gambar seksi Hanez Suraya, skandal Hanez Suraya, gosip Hanez Suraya, Hanez Suraya dengan kain ketat, Hanez Suraya berbikini, bikini Hanez Suraya, biodata Hanez Suraya, siapa Hanez Suraya,

Friday, January 14, 2011

Awie Dipilih Sebab Wajah Serupa Datuk Lat Masa Muda?


Tahukah anda apakah persamaan antara penyanyi rock, Awie dan Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat? Persamaannya ialah rupa dan wajah Awie menyamai Datuk Lat semasa muda.

Dek kerana persamaan itu, pelakon dan penyanyi ini telah terpilih untuk memegang watak Lat dalam Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 16 Mac hingga 3 April ini.

Malah, Awie mengakui sendiri persamaan itu telah memberikan keyakinan untuknya menerima tawaran berlakon dalam muzikal tersebut .

"Terus-terang katakan, pada awalnya saya sendiri terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memegang watak paling besar dalam muzikal ini iaitu watak Lat. Malah, pada awalnya, saya juga terpaksa menolak tawaran ini kerana sibuk dengan komitmen terhadap konsert Double Trouble pada November dan Disember lalu.

"Ini kerana, pada asalnya produksi mahu memulakan latihan pada hujung tahun lalu. Namun setelah dipertimbangkan semula, akhirnya pihak penerbit bersedia untuk menukar tarikh dan saya terus berubah fikiran.

"Lebih-lebih lagi selepas ditunjukkan dengan gambar Datuk Lat pada usia 30-an yang nampaknya hampir serupa dengan rambut panjang dan gaya saya. Cuma beazanya, dia tidak berjanggut dan bermisai seperti saya.

"Mungkin bila ia dipentaskan nanti saya perlu mencukur misai dan janggut untuk kelihatan serupa dengannya," jelasnya yang ditemui selepas sidang media Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal yang telah berlangsung di Istana Budaya, semalam.

Menurut Awie lagi, dia turut meminta pandangan daripada adik kepada Datuk Lat iaitu pengarah filem, Mamat Khalid sebelum dia menerima tawaran tersebut.

"Bagi saya, tawaran ini amat besar dan saya terimanya sebagai satu penghargaan buat diri saya kerana bukan senang peluang ini nak datang dalam setiap pelakon dan penyanyi. Jadi saya pun menerimanya. Nyata saya mendapat maklum balas yang baik daripada sifu saya iaitu abang Mamat Khalid," katanya lagi.

Teater terbitan bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Tall Order Production (TOP) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu merupakan teater pertama yang diadaptasi daripada sebuah novel grafik ke bentuk teater muzikal.

Menurut penerbit TOP yang juga merangkap pengarah teater tersebut, Hans Isaac berkata pementasan teater itu juga bersempena ulang tahun kelahiran Lat k- 60 yang bakal disambut pada 5 Mac 2011 ini.

"Bukan mudah untuk menerbitkan teater ini. Saya dan Harith Iskander (pengarah bersama) telah berjumpa dengan Lat di rumahnya di Ipoh, Perak dan kami tinggal di sana selama tiga hari untuk mengenali Lat secara lebih dekat.

"Kemudian, Harith telah membuat skrip tersebut dan ia kemudian diberikan kepada beberapa penggiat seni lain antaranya Mamat Khalid dan Adlin Aman Ramlie untuk dinilai serta dikaji dengan lebih teliti dulu.

"Bayangkan skrip tersebut telah ditulis semula sebanyak 15 kali, semata-mata untuk memantapkan lagi pementasan teater tersebut," katanya kepada murai.com.my.

Tambah Hans, kos teater tersebut adalah lebih besar berbanding pementasan Cuci The Musical yang diterbitkannya pada tahun lalu.

Ini kerana penggunaan barangan teknikal baru akan dimasukkan dalam teater tersebut untuk menghasilkan efek bunyi yang mantap serta visual-visual yang dilihat seperti sebuah teater animasi.

"Memang sukar untuk menggambarkan bagaimana teater ini dipentaskan kerana ia membabitkan lakonan realiti serta visual animasi yang saya sendiri juga tidak tahu hasilnya. Ini kerana kami menggunakan sepenuhnya barangan teknikal terbaru semata-mata untuk pementasan ini.

"Selain itu sebanyak 10 buah lagu baru akan dicipta khas sempena pementasan teater ini. Lagu yang dihasilkan nanti pastinya di luar jangkaan sesiapa pun," katanya.

Antara pelakon yang bakal menyertai pementasan Lat Kampung Boy ialah Awie sebagai Lat, Atilia (Faizah - isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra Sodhi sebagai Mrs Hiew.

Tiket berharga dari RM30 hingga RM230 boleh dibeli menerusi laman web Ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

Edry KRU Masuk Malaysia Book of Records


Terbaru, Edry KRU berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records untuk Most Number of Awards won in Malaysia Film Festival untuk filem Magika.

KRU yang bermula daripada bidang nyanyian dengan album Canggih, KRU kini adalah satu nama besar dalam bidang hiburan Malaysia. Dan dapat dirasakan filem terbaru KRU iaitu filem Merong Mahawangsa bakal menjadi satu filem epik Malaysia. Kami kagumi kehebatan KRU merancang masa depan mereka. Bukan senang untuk mereka yang tak berwawasan untuk menempa nama seperti KRU sekarang.

Untuk pengetahuan, KRU sudah keluarkan single terbaru yang bertajuk “GANAS”. Dan khabarnya KRU sedang mencari model ala-ala Japanese look untuk video klip mereka.

google: KRU facebook, KRU twitter, skandal KRU, gosip KRU, gambar terkini kumpulan KRU, KRU menang anugerah, magika filem KRU, video magika, video merong mahawangsa KRU, filem terbaru KRU, biodata KRU

Sah! AF9 Adalah AF Yang Terakhir


Desas-desus mengatakan bahawa Akademi Fantasia 9 (AF9) bakal menjadi program realiti AF yang terakhir sudah pun terjawab pada sewaktu majlis pelancaran pengumuman AF9 berlangsung di Restoran Delicious, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, petang tadi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi mengesahkan bahawa program realiti hiburan itu tidak akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Penganjuran AF yang terakhir bukanlah disebabkan faktor SMS yang kurang mendapat sambutan. Malah, ia juga tiada kena mengena dengan faktor bajet tinggi atau pun rating TV. Keputusan ini dibuat disebabkan kami mahu cuba membuat program baru yang lain.

"Untuk pengetua, setakat ini saya tidak boleh memberi sebarang komen. Namun, sekiranya dia adalah bukan orang Malaysia, ianya bukanlah disebabkan kami memandang orang tempatan kurang berbakat besar.

"Yang penting sekarang, segalanya masih belum ada keputusan muktamad lagi sama ada pengetua adalah orang Indonesia atau pun Malaysia," katanya

Azlin turut mengumumkan bahawa musim AF yang terakhir ini juga akan menampilkan kelainan yang mana, ia bakal menggamit nostalgia AF dari musim pertama sehingga musim ke-8 tetapi uji bakat AF9 juga nanti buat pertama kalinya akan dibuat secara online.

Menurut Azlin, uji bakat ini dibuat kerana pihaknya mahu memberikan peluang kepada mereka yang berada di luar kawasan lokasi uji bakat untuk turut sama menyertainya.

"Kami mahu lebih ramai lagi yang menyertai uji bakat ini. Sebab itulah kami mengadakan uji bakat secara online bermula 13 Januari 2011 ini. Bagi yang melepasi uji bakat online nanti, mereka tidak perlu berdepan dengan ujian stage pertama.

"Sebaliknya, mereka perlu menjalani stage kedua hingga keempat di 2 lokasi uji bakat kami iaitu Sabah dan Kuala Lumpur. Konsep uji bakat ini juga membuktikan kami menyokong teknologi terkini.

"Setakat ini, juri yang terlibat untuk 2 lokasi uji bakat kami ini nanti adalah Cikgu Shafi, Cat Farish dan Edry Hashim. Bagi peserta yang mahu menyertai uji bakat secara online pula, kami harap mereka tidak tipu dari segi wajah, butir dan vokal," ujarnya.

Lokasi uji bakat:

Sabah: Hotel Promenade, Kota Kinabalu/28, 29 dan 30 Januari 2011
Kuala Lumpur: Stadium Nasional, Bukit Jali/11, 12 da13 Februari 2011

Anda boleh menghantar video uji bakat anda secara menerusi langkah- langkah dibawah:

Pilih lagu yang di senaraikan di laman web ini.
Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
Muat naik video anda di www.youtube.com
Muat turun borang uji bakat yang terdapat di laman web ini.
Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.
Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.
Tempoh uji bakat secara ONLINE, 13 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011
Untuk maklumat lanjut, layari www.akademifantasia.com.my

Syarat uji bakat:
1. Peserta lelaki dan wanita
2. Umur 18-45 tahun (pada Januari 2011)
3. Terbuka buat warganegara Malaysia, Singapura dan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.

google: AF9 yang terakhir, AF9 bermula, konsert AF9, finalis AF9, calon-calon AF9, gambar peserta AF9, gambar finalis AF9, keputusan AF9, juara AF9, juara akedemi fantasia, pengetua AF9, pengetua akedemi fantasi musim ke-9, lokasi uji bakat AF9, lokasi AF9, gambar pelajar-pelajar AF9, gosip AF9, skandal AF9

Eja serik berlakon cerita hantu


SELAMA 14 tahun bergelar pelakon, filem Janin merupakan filem seram lakonan pertamanya, dan mungkin ini menjadi filem seram terakhir baginya.

Bukan tidak mampu menghayati watak kerana kemampuan Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin,39, dalam bidang lakonannya terutama dalam membawa watak yang berat sememang tidak dapat disangkal.

Tetapi dia serik untuk berlakon filem genre begitu kerana waktu penggambaran yang kebanyakannya dilakukan tengah malam dan awal pagi.

“Janin arahan Hitler Zami mungkin lakonan genre seram yang pertama dan terakhir.

“Tidak dapat dinafikan memang seronok berlakon filem ini tetapi kalau boleh saya tidak mahu berlakon filem sebegini kerana terlalu penat.

“Kalau boleh biarlah Janin menjadi filem seram terakhir saya kerana selain penat, watak fiem sebegini juga agak berat.

Cerewet

“Saya punya anak yang masih kecil dan keluarga saya juga perlukan perhatian. Filem seram banyak menguji kesabaran apabila terpaksa berhadapan dengan kemungkinan diganggu makhluk-makhluk halus," ujar Eja ketika ditemui di studio Utusan baru-baru ini.

Cerita Eja lagi, dia dan keluarganya pernah diganggu makhluk halus membuatkan dia lebih kuat mempercayai kewujudan alam ghaib dan harus berhati-hati dengan apa yang di lakukan.

Pernah sekali, anak kesayangannya menangis tanpa henti berhari-hari. Apabila dirujuk kepada ustaz, nyatalah ada yang 'menumpang' rumah mereka dan mengganggu si kecil itu.

Selama tiga bulan dia memainkan cakera pada bacaan surah Al-Baqarah di rumahnya dan dia serta suami sering mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga atas nasihat orang tua serta ustaz.

Menurut Eja, dia menerima tawaran berlakon filem itu kerana mesej yang disampaikan sungguh bermakna, bukan sekadar seram semata-mata.

Mengakui agak cerewet dalam memilih watak, ujar Eja, dia merupakan seorang pelakon yang menilai skrip dan hanya menerima tawaran jika jalan cerita itu meninggalkan kesan dengan sekali baca sahaja.

Menafikan dirinya mengada ataupun terlalu eksklusif, Eja cuma mahu berhati-hati dengan kerjayanya selain tidak mahu penonton bosan dengan dirinya andai terlalu kerap muncul.

“Saya merupakan pelakon watak serius. Setiap kali berlakon saya akan pastikan watak saya meninggalkan kesan.

“Janin ini lain kerana ia bukan sekadar seram tetapi ada ciri-ciri kekeluargaan, sesuatu yang jarang ada dalam filem seram tempatan," terang Eja yang turut berlakon drama seram arahan Ahmad Idham, Durja Ningsun.

google: Eja facebook, Eja twitter, gambar seksi Eja, skandal Eja, gosip eja, eja dan suami, gambar terkini Eja, drama terkini Eja, eja biodata

Fasha Sandha Belum Mohon Maaf - Pereka Fesyen


Pereka fesyen Hazree Wahid, 29, masih belum menerima permohonan maaf daripada pelakon Fasha Sandha yang gagal mengayakan baju rekaannya pada Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green, yang diadakan Selasa lalu.

Kata Hazree, sehingga kini, dia masih menunggu Fasha meminta maaf mengenai perbuatannya itu untuk memperbaiki semula persahabatan mereka.

“Saya masih menunggu kata-kata maaf daripada dia agar boleh perbaiki hubungan kami, tapi belum ada apa-apa lagi mesej daripada dia.

“Malah dia pula seperti marah kepada saya dan membuang saya dari dalam senarai rakan BBM telefon Blackberry miliknya.

Hazree Wahid

“Sejak kejadian Selasa lalu dia langsung tidak menghubungi saya, segala urusan berkaitan dengannya hanya diserahkan kepada pengurusnya sahaja.

“Pagi semalam (Rabu), dia menyerahkan baju Anugerah Skrin 2010 yang digayakannya melalui pemandunya sahaja,” ujar Hazree yang membelanjakan hampir RM1,500 untuk menghasilkan pakaian Ceongsam tersebut.

Dalam pada itu, kata Hazree dia tidak menyangka kejadian itu berlaku kepada dirinya memandangkan dia sudah biasa berurusan dengan Fasha selama ini.

“Sebelum ini dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah ketika bekerjasama dengan saya, dia juga merupakan artis yang saya hormati kerana berdisiplin.

“Saya juga sudah beberapa kali bekerjasama dengan dia, malah saya sentiasa menyangkal pendapat segelintir orang yang menganggap artis ini bermasalah,” katanya.

Biarpun agak kecewa dengan tindakan artis tersebut, Hazree tidak menolak kemungkinan untuk memaafkan dan bekerjasama dengan pelakon Chinta itu lagi.

“Saya tidak terlalu menyalahkan dia kerana mungkin dia mempunyai alasan tersendiri, jika dia minta maaf dengan ikhlas dan bukan melalui pengurus atau orang lain saya akan memaafkan dan bekerjasama semula dengannya,” kata Hazree.

google: Fasha Sanda twitter, kontroversi Fasha Sanda, gosip Fasha Sanda, gambar seksi Fasha Sanda, Fasha Sanda berbikini, gosip Fasha Sanda, Fasha Sanda dan pereka fesyen

Rabecca Nur Islam Selamat Jadi Isteri


Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.

Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.

Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).

google: Rebecca facebook, Rebecca twitter, gambar kahwin Rebecca, gambar sanding Rebecca, gambar Rebecca dan suami, gambar seksi Rebecca, skandal Rebecca, gosip Rebecca, biodata Rebecca, gambar kahwin Rebecca Nur Islam, gambar nikah Rebecca Nur Islam, video kahwin Rebecca Nur Islam, persandingan Rebecca Nur Islam

Thursday, January 13, 2011

(Gambar) Scha di Bali - Shooting Awan Dania



google: Scha facebook, Scha twitter, gambar seksi Scha, Scha di bali, gambar Scha di bali, Scha dan jehan miskin bercinta, skandal Scha, Scha Awan Dania, awan dania episod baru, awan dania episod akhir, video awan dania, youtube awan dania, buah hati Scha, Scha nak berkahwin, Scha di red carpet, gambar kekasih jehan miskin

"No Comment"- Fasha Sandha


Bergelut dengan kontroversi berbikini di Bali, Indonesia baru-baru ini, Fasha Sandha sekali lagi diheret dengan kontroversi baru.

Dia dikatakan memungkiri janjinya bersama seorang pereka fesyen tempatan, Hezri Wahid apabila menarik diri daripada hadir di majlis Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green di The Weld, Kuala Lumpur. Pereka terkenal itu gagal memamerkan busana Cheongsamnya yang dicipta khas untuk Fasha di hadapan khalayak.

Namun selepas kejadian itu, Fasha terus menghilangkan diri daripada media. Biarpun pelbagai usaha dijalankan oleh pihak media sama ada menghubunginya melalui panggilan telefon mahupun datang ke rumahnya, Fasha tetap tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, Fasha kemudiannya muncul pada majlis memperkenalkan senarai lima finalis Anugerah Bintang Popular yang berlangsung semalam.

Ditebak dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kontroversinya di Bali dan masalahnya bersama pereka fesyen berkenaan, Fasha bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

"No comment! itu sahaja jawapan saya untuk semua yang berlaku dalam masa dua hari ini," jelasnya sebaik sahaja ditemu ramah.

"Maaf, saya tidak ada sebarang komen tentang perkara itu semua, dan untuk apa saya memberikan komen sekiranya ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Jadi saya minta maaf, saya tidak akan menjawab pertanyaan ini.

"Biarlah orang di luar sana meletakkan apa-apa persepsi terhadap saya, kerana saya tetap tidak akan memberikan sebarang komen. Saya sudah berfikir panjang, dan pada saya, lebih baik saya tidak bercakap mengenai perkara ini, kerana jika saya menerangkannya sekalipun, ia tetap akan disalahertikan.

"Saya bersyukur, walaupun dalam keadaan sekarang, saya masih mempunyai peminat yang sokong karier saya dan mereka faham dengan keadaan saya sekarang ini," jelas Fasha yang akan menjalani penggambaran drama terbarunya untuk slot Samarinda, Samson Dan Delaila.

Lancar Chinta Hair Salon & Beauty

Di sisi lain, Fasha kini sibuk dengan perancangannya membuka salon kecantikan dan rambut yang diberi nama Chinta Hair Salon & Beauty. Bakal dilancarkan pada 14 Februari 2011 ini bersempena hari kekasih, jelas Fasha dia sudah lama bercita-cita untuk membuka perniagaan sebegini.

"Sebenarnya saya sudah mula berfikir tentang perniagaan ini sejak empat bulan yang lepas, tapi saya tidak memberitahu pada sesiapa kerana ia masih dalam perancangan dan bimbang ia tidak menjadi. tapi setelah ianya pasti barulah saya yakin untuk menceritakannya kepada umum.

"Ia terletak di Wangsawalk dan sekarang ini masih berada dalam proses penyelenggaraan. Sekiranya tiada aral melintang, ia akan dirasmikan pada 14 Februari ini," cerita Fasha.

google: Fasha Sanda facebook, skandal Fasha Sanda, Fasha Sanda di bali, gambar seksi Fasha Sanda di bali, gosip Fasha Sanda, Fasha Sanda biodata, Fasha Sanda berbikini, Fasha Sanda bikini, drama Fasha Sanda

(Gambar) Lisa Surihani dan Scha di ABPBH 2010



google: Lisa Surihani facebook, Lisa Surihani twitter, gambar seksi Lisa Surihani, gambar seksi scha, gosip Lisa Surihani, skandal Lisa Surihani, keputusan ABPBH 2010, Lisa Surihani di ABPBH 2010, Scha di ABPBH 2010, artis seksi di anugerah bintang popular, pemenang anugerah bintang popular 2010 2011, hadiah utama abpbh 2010

Noraniza rancang kahwin lelaki Singapura Jun depan


Selepas dua kali gagal dalam melayari bahtera rumah tangga, penyanyi irama etnik, Noraniza Idris, sebetulnya telah berjanji untuk tidak berkahwin lagi.

Namun manusia hanya boleh merancang dan siapalah dia untuk menolak ketentuan Tuhan yang membuka pintu hatinya untuk menerima lelaki bergelar suami setelah lima tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Jika tiada aral, Noraniza sekali lagi akan mendirikan rumahtangga pada Jun ini.

Lelaki yang berjaya mencuri hatinya ialah seorang ahli perniagaan dari Singapura, Jeffri Iman, 51, yang merupakan bapa tunggal kepada empat orang anak.

Noraniza, 42, yang kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada Akademi Tatihseni yang berpusat di Johor Bahru, Johor, memberitahu setelah perkahwinan keduanya gagal, beliau seolah-olah tertutup hati untuk berkahwin.

Ibu kepada Mohd. Aliff Haikal, 22, dan Mohd. Alfeeq Haikal, 17, yang dihubungi hari ini memberitahu;

"Setelah dua rumah tangga yang saya bina musnah terutama yang kedua hanya bertahan 12 hari, saya berjanji pada diri ini tidak mahu berkahwin lagi.

"Namun sebagai manusia kita hanya merancang dan saya tidak pernah menduga kunjungan saya ke sebuah masjid di Johor Bahru dengan niat untuk memberi sumbangan telah mengubah segala-galanya.

"Saya tidak sangka, niat ikhlas saya memberi sumbangan pada bulan Ramadan hasil jualan barangan dari akademi milik saya telah menjadi titik tolak kepada pertemuan kami."

Menurut Noraniza, dalam pertemuan yang tidak disangka itu, Jeffri yang menjadi bilal bebas di Singapura tidak bercakap sekadar menerima kad namanya untuk urusan sumbangan akademi kepada masjid itu.

''Pada pertemuan pertama itu, kami memang tidak bercakap. Tetapi apabila urusan sumbangan akademi akan dihantar barulah kami berhubungan,'' katanya.

Sejak itu, Noraniza dan Jeffri sering berhubungan dan berbicara melalui Internet yang menghubungkan mereka berdua.

Pasangan ini mencuri perhatian ramai ketika menghadiri malam akhir konsert Jamal Abdillah J2011-Lagenda di Istana Budaya, di sini Isnin lalu.

Kata Noraniza, setelah sering berbicara melalui Internet, mereka bertemu buat pertama kalinya pada 25 September sempena hari lahir Jeffri.

"Dalam pertemuan itu Abang (panggilan untuk Jeffri) menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan abang sulung saya, Mohd. Arshad, 56, yang tinggal di Kampung Kongkong, Masai.

"Sikapnya yang jujur dan nilai-nilai lelaki beriman dan berhemah tinggi menarik hati saya apalagi selepas itu pertemuan kami lebih banyak kerana tugas dan kerjaya saya sebagai tuan punya akademi," kata Noraniza.

Jeffri yang memiliki syarikat menguruskan jemaah umrah di Singapura di bawah nama Absolut U International Private Limited, kini turut bekerjasama dan membantu Akademi Tatihseni dalam memberi motivasi bersandarkan nilai-nilai Islam kepada para pelajarnya.

Jeffri yang sudah 11 tahun hidup sebagai bapa tunggal juga tidak pernah menyangka akan berkenalan dengan Noraniza.

"Saya tahu Ani seorang penyanyi tetapi saya tidak mengikuti sangat perkembangannya. Walaupun sebelum ini saya pernah berazam untuk tidak berkahwin lagi namun Allah SWT amat menyayangi saya.

"Selepas kedatangan Ani di masjid dan kemudian kami sering berbincang tentang ajaran Islam dalam kelas yang saya kendalikan di akademi, ia secara tidak langsung telah merapatkan hati kami berdua," akui Jeffri.

Jeffri yang kini rakan niaga Noraniza dan menguruskan Noraniza Idris Group Management Sdn. Bhd., berjanji tidak akan menyekat kerjaya seni bakal isterinya.

google: Noraniza facebook, gambar terkini Noraniza, gosip Noraniza, skandal Noraniza 2011, Noraniza nak kahwin 2011, Noraniza dan suami, gambar bakal suami Noraniza

Saida Enggan Komen Tentang Gosip Saerah Bersalin


Gosip mengenai seorang penyanyi realiti wanita yang baru sahaja melahirkan seorang anak biarpun usia perkahwinannya baru mencecah empat bulan menjadi antara 'hidangan' hangat pembuka tirai tahun 2011 ini.

Biarpun khabar angin itu tersebar tanpa disebut siapa sebenarnya penyanyi yang dimaksudkan, namun bayang-bayangnya sedikit sebanyak terkena tempias kepada adik penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Saerah. Apatah lagi ia juga menjadi perbualan di blog-blog di Internet.
Penyanyi yang dikatakan pernah memasuki program realiti tv, dan baru sahaja melangsung perkahwinan sekitar Ogos lalu seolah-olah ditujukan kepada Siti Saerah, apatah lagi Saerah yang pernah memasuki rancangan realiti One In A Million musim pertama dahulu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 27 Oktober yang lalu bersama Saiful Anuar.

Enggan berterusan bersangka buruk pada anak kelahiran Kuala Lipis ini, bertanyakan kakak kandungnya yang juga seorang penyanyi, SSaida. Namun malangnya, Saida enggan memberikan sebarang komen terhadap berita yang melanda adiknya itu.

SITI SAIDA (KIRI) BERSAMA ADIK KESAYANGANNYA, SAERAH

"Saya tak boleh kata apa-apa tentang perkara ini, cukuplah sekadar saya mendoakan dia bahagia bersama keluarga barunya sekarang.

"Apa yang penting dia sudah pun bernikah dan mempunyai suami, saya harap dia dapat menjaga keharmonian keluarganya sehingga ke akhir hayat," jelas Saida yang enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Tarik Balik Tuntutan Perceraian

Jika tadi cerita Saerah, Saida juga sebenarnya mempunyai kisah kontroversinya yang tersendiri.

Melarikan diri daripada media selepas berita dia memfailkan kes tuntutan ceraiannya di sebuah mahkamah di ibu kota, Saida langsung tidak membuat sebarang penjelasan terhadap perkara itu.

Ditanyakan apakah status kes itu sekarang ini, Saida melahirkan rasa syukur, kerana hubungannya dan suami semakin pulih dan kes tuntutannya itu juga dalam proses penarikan semula.

"Alhamdulillah, hubungan kami semakin baik dan kami cuba menjernihkan semula hubungan yang sedikit bergoyang dahulu.

"Antara saya dan suami, kami masih tinggal serumah dan saya mengharapkan doa daripada orang ramai agar rumah tangga kami kembali pulih seperti sedia kala.

"Banyak yang saya belajar daripada kes ini, yang mana sebagai suami isteri kita tidak perlu terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan, dan setiap kejadian ada hikmah yang tersendiri," jelas Saida yang kini mahu memberikan tumpuan yang lebih pada anak-anak dan suami.


google: Siti Saerah facebook, Siti Saerah twitter, gambar terkini Siti Saerah, gambar anak Siti Saerah, Siti Saerah dan anak, Siti Saerah dapat anak, skandal Siti Saerah, gosip Siti Saerah, gambar seksi Siti Saerah, gambar seksi siti saida, gosip siti saida, Gambar siti nurhaliza, Siti Saerah dan suami 2011, Siti Saerah 2011

(GAMBAR) Fazura Pakai Cheongsam, Memang Cun Melecun




google: Fazura facebook, Fazura twitter, gambar terkini Fazura, gambar seksi Fazura, skandal Fazura, gosip Fazura, Fazura biodata, Fazura di AJL 25, kekasih fazura, fazura nak kahwin, drama terbaru fazura

Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci Mulut



Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internat.

Jelas Fasha, dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.

“Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya.

“Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Fasha telah digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambarnya berbikini di pantai Bali, Indonesia ketika bercuti pada 30 Disember lalu.

Kontroversi bertambah hangat apabila Fasha tidak hadir pada majlis Pertunjukan Fesyen Ceongsam Green, Selasa lalu pada saat-saat akhir sehinggakan pereka fesyen terkenal, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.

Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.

“Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.

“Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan,” katanya.

Tambah Fasha, dia menganggap perkara tersebut sebagai ujian dan asam garam dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis.

Malah katanya, dia sudah biasa berhadapan dengan kontroversi yang lebih teruk sebelum ini.

Klik sini >> untuk melihat Kontroversi Gambar Seksi Fasha Sanda


google: Fasha Sanda facebook, Fasha Sanda seksi, gambar seksi Fasha Sanda, Fasha Sanda berbikini, bikini Fasha Sanda, parti bikini Fasha Sanda, Fasha Sanda berpakaian seksi, skandal terbaru Fasha Sanda, gosip Fasha Sanda, bikini seksi Fasha Sanda, gambar Fasha Sanda di bali, gambar seksi Fasha Sanda di bali, Fasha Sanda bali 2010, Fasha Sanda bali 2011, Fasha Sanda bikini, Fasha Sanda berbikini, Fasha Sanda in bali, fasha in bali, fasha mohon maaf

Desas-Desus Tomok Nikah Pramugari Julai Ini


Selain berazam mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 26, turut mengaku akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Bagaimanapun, kata Tomok dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut apabila sudah bersedia.

“Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.

“Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai,” katanya.

Difahamkan Tomok bakal mendirikan rumah tangga pada awal Julai ini dengan seorang wanita berusia 31 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai Ayu itu bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, juara program realiti One In a Million (OIAM) ini masih belum bersedia menceritakan mengenai persiapan yang dilakukan.

“Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Tomok yang baru sahaja melancarkan album terbarunya hujung tahun lalu juga bakal keluar dengan filem pertamanya Mantera pertengahan tahun ini.

google: tomok facebook, tomok twitter, gambar tomok, gambar sensasi tomok, skandal tomok, gosip tomok, album baru tomok, biodata tomok, tomok kahwin julai ini, tomok nak kahwin, gambar makwe tomok, gambar tomok dan kekasih, gambar kekasih tomok

Julie Woon Masih Solo Selepas Putus Cinta Dengan Kekasih Yuna


Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, masih lagi belum berjumpa dengan lelaki sesuai untuk dijadikan sebagai teman lelakinya.

Selepas putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei tahun lalu, dia lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada kariernya.

Menurut Julie, walaupun dia tidak lagi mempunyai hubungan istimewa dengan pengacara itu, mereka masih lagi berkawan rapat serta menjadi rakan kongsi dalam syarikat Popcorn Studio.

"Saya ingin fokus dalam bidang pengacaraan tahun ini dan pada masa yang sama mahu aktif berlakon semula.

"Oleh itu saya tolak ketepi dahulu soal cinta. Bagaimanapun, saya ada juga keluar dengan seseorang, cuma belum sampai ke tahap yang lebih serius.

"Menariknya tentang saya dan Qi, kami masih lagi berkawan rapat dan dia merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan,"

Sementara itu, Julie gembira kerana Qi telah pun menemui cinta baru iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna, 24, dan tidak sabar untuk melihat pasangan tersebut bersatu hingga ke jinjang pelamin.

"Saya gembira yang Qi menemui Yuna sebagai teman hidupnya. Kami pernah lepak bertiga dan saya suka dengannya (Yuna). Saya harap mereka akan kahwin secepat mungkin," ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...