Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 15, 2011

Ana Raffali Semakin Dibenci?


Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak.

Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu.

Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini.

"Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini.

"Sejujurnya, saya tidak tertekan dengan perkara ini, itu semua hak mereka untuk memberikan pendapat, tapi hakikatnya juri-juri profesional telah pun memberikan kemenangan ini kepada saya.

"Selepas menang, saya lebih yakin dengan kemampuan saya menulis lagu, dan ia bagaikan memberi lesen yang besar untuk saya bergiat aktif dalam mencipta lagu,"jelas Ana Raffali yang tercalon tiga kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan datang.

ANA TERHARU DICALONKAN UNTUK TIGA KATEGORI DI ABPBH


Mula Besar Kepala

Dikatakan mula besar kepala dan menyusahkan segelintir pihak yang terpaksa menunggunya lama sewaktu siri jelajah AJL yang lepas. Menurut Ana, apa yang disampaikan oleh pihak berkenaan tidak benar dan cuba menjatuhkannya.

"Saya tidak lambat seperti yang dilaporkan oleh sebuah media beberapa hari yang lepas, mereka menulis saya telah membuatkan ramai artis terpaksa menungu di dalam bas kira-kira sejam lamanya, sedangkan hakikat sebenar mereka hanya menunggu saya lebih kurang enam hingga tujuh minit.

"Saya hairan, kenapa ramai yang seakan-akan cuba menjatuhkan saya sedangkan saya tidak pernah cuba untuk menyakiti sesiapa.

"Orang memperkatakan perkara yang tidak benar tentang saya, ia seolah-olah mencerminkan diri mereka seperti individu yang tidak beradap. Sejak kecil saya diajar cara menghormati orang lain, jadi tidak mungkin saya sengaja menyusahkan orang ramai dengan perkara sebegini,"luah Ana Raffali.

Harapan

Tercalon dalam tiga kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tahun 2010, Ana bagaimanapun tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi.

"Tercalon dalam tiga kategori sudah cukup memadai bagi saya, memandangkan usia saya dalam industri ini terlalu muda jadi saya tidak berani meletakkan harapan yang tinggi.

"Semua yang tercalon sangat-sangat berpotensi untuk menang, jadi saya tidak mahu terlalu berangan jauh kerana jika tidak berjaya ia akan menyakitkan saya sendiri,"jelas Ana Raffali.

1 comment:

  1. terdapat segolongan manusia yg tak boleh lihat kejayaan org lain..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...