Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, January 12, 2011

Ummi Nazeera 'panas' Bersama Remy Ishak


Usia penglibatannya dalam bidang seni tidaklah terlalu lama, malah setakat ini tiada lagi anugerah yang berada dalam genggamannya. Namun, populariti dan perhatian yang diberikan kepada pelakon yang pernah popular menerusi siri drama popular, Nur Kasih ini sungguh luar biasa sekali.

Sama seperti artis-artis lain, pelakon yang semakin meningkat naik Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin atau mesra di sapa Ummi Nazeera ini juga tidak ketinggalan di himpit kontroversi. Malah ekoran kontroversinya bersama aktor popular, Remy Ishak awal tahun 2010 yang lalu juga, dikatakan menjadi punca, Umi membawa hatinya ke luar negara.

Membawa diri ke Melbourne, Australia dengan alasan menyambung pelajarannya di bidang media awal tahun lalu, Ummi mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada bidang lakonan.

Bertemu di majlis sambutan hari lahir Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini, berkesempatan bertanyakan tentang perkembangan terbaru Ummi yang sudah hampir setahun mendiamkan diri daripada media.

Walaupun mengakui masih berminat untuk kembali berlakon semula, Ummi bagaimanapun masih belum bersedia untuk kembali beraksi di hadapan lense camera, lebih-lebih lagi jika diundang untuk berlakon bersama pasangan kontroversinya, Remy Ishak.

"Saya tidak terfikir lagi bila saya akan berlakon semula, jadi bagaimana saya mahu berlakon dengannya?

"Sekiranya selepas ini saya memulakan semula kerjaya saya dalam bidang ini, sebolehnya saya akan elakkan daripada berlakonnya. Saya tidak boleh berlakon dengannya semula kerana kami berdua sememangnya 'panas' bila bersama.

"Panas yang saya maksudkan bukanlah bermaksud saya dan dia sudah tidak boleh berbaik semula, tetapi antara kami tidak boleh bergandingan bersama, kerana ada aura 'panas'.

"Saya tidak pernah merajuk dengan dunia hiburan di malaysia, apatah lagi mahu terus berhenti daripada berlakon, sekiranya di beri peluang lagi, saya masih mahu berlakon di bawah arahan Khabir Bahtia," jelas Ummi yang akan menyambung pelajarannya dalam bidang perniagaan diperingkatkan ijazah.



Suka Lelaki Melayu

Walaupun sentiasa di dampingi oleh ramai lelaki daripada pelbagai bangsa di Melbourne, Australia, jelas Ummi dia masih memilih lelaki melayu untuk di jadikan kekasihnya satu hari nanti.

"Di mana pun saya berada, saya masih meminati lelaki berbangsa melayu. Tetapi malangnya, sehingga sekarang saya masih belum menemui lelaki yang benar-benar istimewa di dalam hati.

"Di sana saya berkawan dengan ramai orang,tidak kira bangsa dan agama. tetapi kerana terlalu sibuk dengan pelajaran, saya tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta," cerita Ummi Nazeera.

google: Ummi Nazeera facebook, Ummi Nazeera twitter, gambar seksi Ummi Nazeera, gambar Ummi Nazeera dan remy ishak, skandal Ummi Nazeera, gosip Ummi Nazeera, biodata Ummi Nazeera, Ummi Nazeera kembali berlakon

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...