Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, January 12, 2011

Angelina Sah Anak Watie Elite, Bukan Anak Haram


Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.

Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.

Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.

Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?

Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.

Menjejaki Watie menemui jalan buntu apabila pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Joey ini enggan menjawab telefon dan mesej pesanan ringkas. Namun, seketika kemudian, seorang saudara terdekat menghubungi sumber untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.

"Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.

Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.

Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya (kakak Watie), dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya di halang oleh mereka."

Kata abang ipar Watie Elite lagi, ibu angkat kepada Angelina ini bermotifkan duit apabila mendedahkan hal ini. Kata abang ipar Watie Elite, ibu angkat Angelina kini adalah seorang ibu tunggal dan kesempitan wang. Jadi mereka menggunakan Angelina untuk mengugut Watie. Tetapi Watie Elite tidak mahu memberikan wang kepada ibu Angkat Angelina. Padahnya, ibu angkat Angelina keluar berjumpa media untuk menjatuhkan nama Watie Elite.

Untuk makluman, Watie telah pun berjumpa dengan anaknya 2 bulan yang lepas. Dan Watie telah berjanji untuk membawa anaknya untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur selepas segala urusan kerjanya selesai. Namun entah mengapa tiba-tiba si ibu angkat Angelina ini keluar di Melodi walaupun telah bersetuju ketika berjumpa dengan Watie Elite.


google: Watie Elite facebook, Watie Elite twitter, gambar seksi Watie Elite, skandal Watie Elite, gosip Watie Elite, Angelina anak Watie Elite, Watie Elite ada anak, Angelina cari ibu, Kisah Angelina anak artis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...