Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, January 13, 2011

"No Comment"- Fasha Sandha


Bergelut dengan kontroversi berbikini di Bali, Indonesia baru-baru ini, Fasha Sandha sekali lagi diheret dengan kontroversi baru.

Dia dikatakan memungkiri janjinya bersama seorang pereka fesyen tempatan, Hezri Wahid apabila menarik diri daripada hadir di majlis Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green di The Weld, Kuala Lumpur. Pereka terkenal itu gagal memamerkan busana Cheongsamnya yang dicipta khas untuk Fasha di hadapan khalayak.

Namun selepas kejadian itu, Fasha terus menghilangkan diri daripada media. Biarpun pelbagai usaha dijalankan oleh pihak media sama ada menghubunginya melalui panggilan telefon mahupun datang ke rumahnya, Fasha tetap tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, Fasha kemudiannya muncul pada majlis memperkenalkan senarai lima finalis Anugerah Bintang Popular yang berlangsung semalam.

Ditebak dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kontroversinya di Bali dan masalahnya bersama pereka fesyen berkenaan, Fasha bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

"No comment! itu sahaja jawapan saya untuk semua yang berlaku dalam masa dua hari ini," jelasnya sebaik sahaja ditemu ramah.

"Maaf, saya tidak ada sebarang komen tentang perkara itu semua, dan untuk apa saya memberikan komen sekiranya ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Jadi saya minta maaf, saya tidak akan menjawab pertanyaan ini.

"Biarlah orang di luar sana meletakkan apa-apa persepsi terhadap saya, kerana saya tetap tidak akan memberikan sebarang komen. Saya sudah berfikir panjang, dan pada saya, lebih baik saya tidak bercakap mengenai perkara ini, kerana jika saya menerangkannya sekalipun, ia tetap akan disalahertikan.

"Saya bersyukur, walaupun dalam keadaan sekarang, saya masih mempunyai peminat yang sokong karier saya dan mereka faham dengan keadaan saya sekarang ini," jelas Fasha yang akan menjalani penggambaran drama terbarunya untuk slot Samarinda, Samson Dan Delaila.

Lancar Chinta Hair Salon & Beauty

Di sisi lain, Fasha kini sibuk dengan perancangannya membuka salon kecantikan dan rambut yang diberi nama Chinta Hair Salon & Beauty. Bakal dilancarkan pada 14 Februari 2011 ini bersempena hari kekasih, jelas Fasha dia sudah lama bercita-cita untuk membuka perniagaan sebegini.

"Sebenarnya saya sudah mula berfikir tentang perniagaan ini sejak empat bulan yang lepas, tapi saya tidak memberitahu pada sesiapa kerana ia masih dalam perancangan dan bimbang ia tidak menjadi. tapi setelah ianya pasti barulah saya yakin untuk menceritakannya kepada umum.

"Ia terletak di Wangsawalk dan sekarang ini masih berada dalam proses penyelenggaraan. Sekiranya tiada aral melintang, ia akan dirasmikan pada 14 Februari ini," cerita Fasha.

google: Fasha Sanda facebook, skandal Fasha Sanda, Fasha Sanda di bali, gambar seksi Fasha Sanda di bali, gosip Fasha Sanda, Fasha Sanda biodata, Fasha Sanda berbikini, Fasha Sanda bikini, drama Fasha Sanda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...