Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 15, 2011

Bobo Mangsa Pertama Penyingkiran RL5


Nasib nyata tidak menyebelahi kumpulan Bobo apabila mereka menerima undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) terendah, sekali gus menjadi peserta pertama yang meninggalkan program realiti Raja Lawak 5 (RL5).

Pengumumannya dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 5, Sathia, pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 5 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (saluran 105), di sini, malam tadi.

Tiga peserta yang menduduki tangga terbawah pada minggu ini ialah kumpulan Kami, kumpulan Kopi O dan kumpulan Bobo sendiri yang tersingkir. Kumpulan Bobo dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24 dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24.

Tugasan untuk minggu kedua ini bertemakan freestyle dan kesemua peserta tampil dengan pelbagai idea yang berbeza-beza. Namun impak yang diharapkan masih belum sampai walaupun ada satu dua peserta yang menyerlah berbanidng yang lain.

Raja Lawak 5 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Afdlin Shauki, David Teo dan Sathiya.

Berikut adalah keputusan dan peratusan undian bagi minggu pertama Gelanggang Raja Lawak 5:

1) Leman - 20%
2) Lucky - 10%
3) Nazmi - 9%
4) R2 - 9%
5) Epy - 8%
6) TBO - 8%
7) Man - 7%
8) Balas - 6%
9) Pukaw - 6%
10) Kami - 5.3%
11) Kopi O - 5%
12) Bobo - 4.8%

Bagi peminat setiap peserta, anda boleh terus mengundi calon pilihan anda dengan menghantar SMS setiap minggu.

Dapatkan video-video terkini dari Raja Lawak 5 di Astro Mobile TV (AMTV). Hanya untuk pengguna Maxis dan DiGi sahaja.
1. Taip RL dan hantar ke 26000 untuk pelanggan Maxis.
2. Taip RL hantar ke 2016 untuk pelanggan DiGi.
3. Klik pada pautan untuk melanggan. RM1.50/seminggu atau RM5/sebulan.
Tiada data servis dikenakan.

TERBARU!

Dapatkan Service Aplikasi Raja Lawak yang mengandungi cerita, profil perserta, foto galeri, video, undian dan banyak lagi.
Hantar RL5 to 32999 (hanya boleh digunakan menerusi telefon Android sahaja).
Percuma dari 7 - 21 Januari 2011
22 Januari 2011 ke atas: RM3.50

google: Raja lawak musim ke 5, Video raja lawak, aksi raja lawak 2011, keputusan raja lawak 5, juara raja lawak 5 2011, kontroversi raja lawak 5 2011, finalis raja lawak 5, pemenang raja lawak 5, undian raja lawak 5, raja lawak astro musim ke 5, keputusan penyingkiran raja lawak 5, sathia di raja lawak 5, david teo di raja lawak 5,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...