Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, April 14, 2011

Saya Mahu Dibimbing KRU - Neelofa


Juara pertandingan Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa Mohd Noor, 22 tahun kini mengikat kontrak selama setahun sebagai artis residen KRU. Usahasama itu melibatkan bidang pengacaraan dan lakonan. Terbaru gadis yang lebih dikenali sebagai Nealofa itu akan mengacarakan program eksklusif Paparazzi yang kini boleh ditonton di Saluran KRU TV, di platform Tonton.

“KRU merupakan satu empayar yang besar. Sebagai artis baru, saya anggap KRU boleh menjadi platform yang terbaik untuk saya memulakan kerjaya saya dalam dunia hiburan. Setakat ini banyak peluang yang saya terima dan lebih bagus sekiranya jalan itu dipandu oleh KRU sendiri yang saya anggap sangat berpengalaman dalam industri hiburan tempatan.”

Mula menerima tawaran sebaik sahaja selesai pertandingan Dewi Remaja baru-baru ini, gadis yang berasal dari Kelantan ini turut tidak terlepas dari sebarang gossip. Menceritakan pengalamannya mengacarakan program Paparazzi, Neelofa berkata ia sebuah program yang bukan berniat untuk menjatuhkan artis.

“Saya tidak mahu mengehadkan bakat saya pada sesuatu bidang sahaja. Sebolehnya saya mahu mencuba semua bidang. Apabila pernah melalui pengalaman dalam setiap bidang, barulah kita akan membuka mata dan tahu bagaimana setiap satunya berfungsi dengan baik. Mana tahu satu hari kelak, saya akan turut menceburi bidang perniagaan juga melihatkan kejayaan yang telah dikecapi KRU.” Jelas Neelofa lagi.


Masih menuntut di Tahun Kedua dalam bidang International Trade & Marketing di Sunway University College, pelakon utama filem Azura 2011 itu turut terkena tempias digosipkan dengan pelakon Shahz Jazle yang turut berlakon filem yang sama.

“Gosip itu perkara biasa dalam dunia artis. Apa yang perlu saya fikirkan sekarang adalah meningkatkan mutu kerja saya. Saya diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran sejak akhir-akhir ini. Setakat ini tidak menjejaskan kerja saya bersama Shahz di lokasi. Walaupun ada terbaca kenyataan balas dari pihak Maria Farida sendiri, namun saya anggap kenyataan itu dilakukan sewaktu dia sedang emosi. Saya hormatinya sebagai artis yang senior.” ujar Neelofa dengan tenang.

Neelofa yang kini masih meneruskan penggambaran filem Azura 2011 ditemui sewaktu majlis pelancaran KRU TV di The Curve, Mutiara Damansara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...