Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, December 4, 2010

Ayu Raudhah Tidak Edar Kad Kahwin Kepada Pekin


Aktres Ayu Raudhah belum mengedarkan kad undangan perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.

Mereka dijadual bernikah pada 20 Januari depan.

Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan bekas kekasihnya, pelakon Pekin mengatakan dia telah menerima kad undangan daripada Ayu seperti yang dilaporkan sebuah akhbar, Jumaat.

“Saya belum menempah kad undangan kerana semuanya masih dalam proses. Jadi, saya agak terkejut apabila dia mengeluarkan dakwaan seperti itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Namun Ayu berkata dia masih menganggap Pekin sebagai kawannya dan tidak menolak jika lelaki itu mahu menghadiri majlis perkahwinannya nanti.

Ini kerana, dalam sebuah akhbar melaporkan Pekin berharap untuk hadir ke majlis bersejarah itu jika mempunyai kelapangan dan tiada penggambaran drama dan filem.

“Saya belum membuat keputusan sama ada akan menjemput dia atau tidak tetapi saya rasa tiada masalah untuk menjemputnya kerana kami tidak pernah bermusuh,” jelas Ayu lagi.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setar Kedah manakala majlis resepsi pula akan berlangsung sehari selepas itu di lokasi yang sama.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor.

google: Ayu Raudhah facebook, Ayu Raudhah artis seksi, Ayu Raudhah artis panas, Ayu Raudhah artis hot, gambar terbaru Ayu Raudhah, skandal terbaru Ayu Raudhah

M.Nasir Menang Anugerah Nadi Cipta MACP 2010


Komposer tersohor, M.Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed memenangi tiga anugerah di Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2010 di Hotel Crown Plaza, di sini, Jumaat.

Buat kali ke-10, penyanyi dan penerbit lagu ini mengungguli anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak.

Paling membanggakan, buat pertama kalinya, dia memenangi anugerah Nadi Cipta. Selain itu, syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Seiring dengan kejayaan M. Nasir, MACP turut mengiktiraf kejayaan sahabat karib dan gandingannya dalam membuat lagu baru iaitu penulis lirik Allahyarham Rosli Khamis (Loloq) apabila lelaki itu memenangi anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak berturut-turut.

Sementara itu, Noh Hujan atau nama sebenarnya Mohd Noh Salleh memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi (25 tahun ke bawah), anugerah Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak dimenangi oleh EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd, Lagu Luar Negara: Kategori Persembahan Terbanyak (Hanya Kau Yang Mampu/ Aizat/ Yusni Hamid).

Turut memenangi anugerah pada malam itu adalah Lagu Melayu: Kategori Persembahan Terbanyak (Buronan Cinta/The Lima/Edry Abdul Halim), Lagu:Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi (Freak/Sandy Rivera & Haze), Lagu Inggeris:Kategori Persembahan Terbanyak (You/Too Phat & Sharifah Aini/Haze & Malique & Joe Flizzow) dan Lagu Cina:Kategori Persembahan Terbanyak (Xian Zai Hen Xiang Jian Ni/Daniel Lee/Zhang Jue Long).

Setiap pemenang membawa pulang hadiah berbentuk trofi.

Majlis yang diacarakan oleh Bob Lokman itu turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Pengerusi MACP, Habsah Hassan

Balu Shamrin Lahirkan Bayi Lelaki


Balu penyanyi Shamrin (Fotograf) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Akmal Shamrin pada 1 Disember lalu di Hospital Serdang.


Jazriatul Akma Abu Saman selamat melahirkan anaknya yang ketiga di Hospital Serdang pada 1 Disember lalu.

Semasa majlis pengebumian Shamrin pada 12 November lalu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sempat memberitahu, dia akan menamakan anak ketiganya itu dengan nama Shamrin sempena nama arwah suaminya.

Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada 11 November lalu setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Allahhyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

Hasil perkahwinan dengan Jazriatul, mereka turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Akmal Danish,5 dan Akmal Shamim, 18 bulan.

Selain itu, Shamrin turut mempunyai seorang lagi anak bernama Siti Najwa,17, hasil perkahwinan pertamanya

Siti Nurhaliza Pilih Yes Dan iPad

Servis Internet mudah alih terpantas dengan suara, Yes menjadi pilihan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk dipadankan bersama produk terbaru Apple iPad.

Datuk Siti yang ditemui ketika mengambil iPad dan Yes Huddle berkata, iPad adalah peranti yang hebat dan ia memerlukan padanan rangkaian sehebat Yes bagi mencapai penggunaan maksimum. Dengan kemampuan Yes yang lima kali lebih pantas daripada 3G, beliau mahu menggunakan iPad seoptimum mungkin.

Apabila di aju pertanyaan adakah dia akan menggunakan iPad lebih kerap selepas ini, Siti menjelaskan peralatan itu memudahkannya untuk bekerja.

"Sudah tentu, ia adalah sebuah peralatan yang begitu versatil. Ia bukan saja membantu urusan kerja, malah turut berfungsi sebagai sumber hiburan saya selepas penat bekerja.

"Kini saya boleh melakukan lebih banyak perkara menggunakan iPad yang dikuasakan oleh Yes 4G. Saya dapat menonton lebih banyak video, memuat turun lagu, memuat naik gambar, menghantar e-mel dan menghabiskan lebih banyak masa melayari Internet,” katanya.

Tambah Siti, dia begitu menitikberatkan aspek prestasi pakej jalur lebar mudah alih memandangkan dia kerap berurusan di merata tempat dan memerlukan setiap kerja itu diselesaikan ketika dalam perjalanan.

Apatah lagi, bagi pemilik sebuah syarikat produksi sepertinya, peralatan jalur lebar mudah alih yang baik adalah sangat penting bagi memudahkannya menonton fail video dan gambar yang berkapasiti besar dengan pantas ketika dalam perjalanan.

Dengan kepantasan Yes yang lima kali lebih pantas daripada 3G, Siti percaya ia akan membantunya menjadi lebih produktif tanpa sebarang kontrak atau caj tambahan.

Peranti Yes Huddle yang dilengkapi sistem 4G MiFi pertama di Malaysia dan rangkaian telefon Yes 4G membolehkan pengguna untuk menikmati penggunaan iPad secara optimum.

Peranti Yes Huddle yang bernilai RM399 adalah sangat berbaloi kerana harganya lebih rendah sebanyak RM50 berbanding pembelian iPad bersama 3G dan WiFi.

Bersempena pelancaran rasmi produk itu di Malaysia, Yes memberi peluang terbaik kepada pengguna untuk menjanakan gabungan iPad bersama Yes.

Pengguna dapat menjimatkan RM50 bagi pengaktifan ID Yes apabila membeli peranti Yes Huddle dan Apple iPad di butik Yes bertempat di pusat beli-belah Lot 10 di sini bermula sekarang hingga 31 Disember 2010.

Pengguna yang mendaftar hari ini (Jumaat) sehingga 19 Disember bakal memperoleh penggunaan data berkapasiti 10GB secara percuma, dengan nilai penggunaan serendah RM30 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Yes dengan melayari http://twitter.com/yes4g (Twitter) dan http://www.facebook.com/yes4g (Facebook).

google: Siti Nurhaliza facebook, gambar terbaru Siti Nurhaliza, skandal terbaru Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza artis panas, Siti Nurhaliza artis hot

Dedikasi Fiq untuk mangsa perang

DIAMNYA selama setahun tanpa sebarang produk seni yang menguatkan portfolio sebagai seorang penyanyi, bukan bermaksud cintanya terhadap muzik terus berkubur.

Malah, Fiq atau Mohd. Firdaus Abd. Halim, 28, sebenarnya gigih memastikan produk yang dihasilkannya memenuhi citarasa pendengar selain mampu bersaing dengan muzik yang sedang meniti zaman revolusi.

Dalam kunjungan ke Studio Utusan Malaysia baru-baru ini, dia menjelaskan, sejak Oktober tahun lalu, dia sibuk terlibat dengan proses pemilihan lagu, rakaman, penggambaran video klip dan kulit album agar ia merupakan hadiah sempurna untuk peminat.

Maka, lahirlah Diagnostik, sebuah album yang menunjukkan kematangan juara Mentor musim kedua itu setelah berkecimpung selama empat tahun dalam industri muzik tempatan.

“Album ini pasti menepati cita rasa para pengikut muzik rock tanah air,” kata Fiq tatkala ditanya mengenai buah tangan terbarunya itu.

Setelah agak lama menyepi, kelahiran album Diagnostik memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepadanya setelah mencipta populariti menerusi dua buah lagu hit, Tiga Malam Tanpa Bintang dan Bukti yang hingga kini menjadi siulan pencinta muzik tanah air.

Mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan, kelahiran Diagnostik membuktikan bahawa Fiq masih mempunyai pengikut setia dalam industri muzik tanah air.

Ditambah pula dengan elemen-elemen baru gabungan Asia Barat dan rock, Fiq berharap, strateginya kali ini boleh bersaing dengan produk artis-artis sealirannya.

Dalam pada itu, Diagnostik diakui Fiq sebagai hadiah terbaik buat peminatnya kerana mendapat sentuhan daripada komposer-komposer terkenal seperti Kuncidemak menerusi lagu Manifestasi Cinta, Amir (Tragis dan Mas Jongkong), Acap (Mencari Arah) dan Beat The System (Transisi).

Tragis beri keinsafan dan kesedaran Kegagalan menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) buat kali ketiga baru-baru ini sekali lagi menghampakan

google: fiq facebook, fiq artis panas, gambar terbaru fiq, skandal terbaru fiq, biodata fiq

Zaibo tamatkan zaman bujang

Selepas lebih setengah abad membujang, janda beranak sembilan membuka hati pelawak terkenal Zaibo untuk bergelar suami.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd. Hamid, 54, selamat diijabkabulkan dengan Hawa Shawal, 45, dengan mas kahwin RM22.50 di Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, pukul 3 petang tadi.

"Tempoh perkenalan kami sudah berusia 10 tahun namun hanya tiga tahun kebelakangan ini saya mula rapat dengan Hawa.

"Dua minggu lepas, tiba-tiba hati ini terbuka untuk memperisterikannya dan menamatkan zaman bujang saya yang sudah terlalu lama," katanya ceria ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Mengimbas detik perkenalan mereka, Zaibo memberitahu pada mulanya dia hanya menganggap Hawa sebagai adik angkat selepas diperkenalkan oleh kakak isterinya, Hajijah Shawal yang merupakan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Bagaimanapun, lama-kelamaan perasaan itu bertukar sayang sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk membina mahligai bersama.

"Buat masa ini, saya akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat memandangkan isteri mempunyai anak yang masih bersekolah di sana," katanya yang agak malu-malu untuk bercerita lanjut mengenai kisah cinta mereka.

Ditanya tentang destinasi bulan madu, Zaibo menjawab: “Itu sangat rahsia. Bagaimanapun, saya akan sibuk dengan penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan terlibat dengan program masakan Pelik Tapi Sedap musim kedua bermula minggu depan.”

Zaibo telah menetapkan untuk mengadakan majlis perkahwinan ringkas tanpa upacara persandingan.

Biarpun begitu, selepas upacara akad nikah, pasangan itu diraikan dalam satu resepsi kecil di rumah pengantin perempuan pada sebelah petangnya di mana tetamu dihiburkan dengan persembahan kuda kepang.

“Saya rasa gembira kerana telah bergelar seorang suami sekarang. Gelaran ini datang dengan maruah dan saya akan menggalas tanggungjawab perkahwinan dengan sebaiknya,” janji pengacara Pelik Tapi Sedap ini yang turut muncul dalam drama Tari Tirana dan Under One Roof

Dalam pada itu, Zaibo turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga rakan media yang selama ini banyak menyokong dan mendoakan kesejahteraannya.





google: zaibo facebook, zaibo berkahwin, skandal terbaru zaibo, gambar terbaru zaibo,

Friday, December 3, 2010

Daphne Tarik Keputusan Bersara

PELAKON, pengacara dan model, Daphne Iking menarik keputusannya untuk bersara sebelum ini bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan projek sistem solar yang diceburinya.

Sebelum ini didedahkan Daphne pernah memutuskan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni sekali gus melebarkan sayap ke bidang baru tersebut.

"Perniagaan itu belum kukuh dari segi kewangan, tetapi momentum semakin meningkat. Oleh itu, saya tidak begitu selesa melepaskan profesion utama.

"Lagipun saya perlu memastikan kos pendidikan Isobell dijaga," katanya.

Sementara itu,Daphne Iking berkata, dia akan berhenti mengacarakan program NTV7's The Breakfast Show selepas empat tahun mengacarakan program kegemaran ramai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia sedang mempertimbangkan dua program iaitu dari stesen televisyen yang sama dan stesen lain.

"Ia adalah program wanita dan dokumentari," katanya yang dianugerahkan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-23 lalu.

Dalam pada itu, Daphne yang membintangi filem Belukar akan bercuti ke negara India dari 11 hingga 18 Disember ini.

Sebelum itu, jelitawan ini akan membawa diri ke Indonesia mulai 6 Disember ini atas urusan persendirian.

"Saya tertarik dengan keindahan dan kerohanian negara India. Saya akan melawat tempat seperti Agra, Jaibur, Taj Mahal, Golden Temple serta menghadiri resepsi perkahwinan teman baik saya di Sabah yang penuh tradisi India," katanya yang mendapat ilham daripada filem dan buku Elizabeth Gilbert, 'Eat, Pray, Love'.

google: Daphne Iking facebook, Daphne Iking gadis seksi, Daphne Iking model seksi, Daphne Iking artis seksi, skandal terbaru Daphne Iking, gambar terbaru Daphne Iking, Daphne Iking artis panas, aksi panas Daphne Iking

Sudah Lima Tahun Dayang Tiada Telefon Bimbit

Penyanyi Dayang Nurfaizah,29, menjelaskan sudah lima tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.

Menurut Dayang, dia lebih selesa menjalani kegiatan harian tanpa telefon bimbit walaupun kebanyakan artis hari ini mempunyai pelbagai jenis telefon bimbit canggih.

Malah kata Dayang, tindakan tidak menggunakan kemudahan itu bukan bermakna dia dikongkong oleh keluarga mahupun pengurusnya.

"Jangan salah anggap, saya bukan dikongkong oleh pengurus saya (Shaliza), cuma saya selesa dengan hidup begini.

"Kalau orang ingin bercakap dengan saya, mereka boleh menghubungi saya melalui Shaliza atau keluarga kerana mereka sentiasa bersama-sama dengan saya.

"Apa-apa pun, saya bukanlah seorang yang tidak ambil tahu tentang gajet dan saya bukannya ketinggalan zaman. Saya juga memiliki barang-barang seperti I-Pod, permainan play station mudah alih (PSP), mahupun komputer riba, tetapi bukan telefon bimbit," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Revolusi Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di TV3 di sini, Khamis.

Tambah Dayang, dia mungkin akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih.


Bercerita mengenai AJL, penyanyi yang pernah menang bagi kategori penyanyi Etnik Kreatif Terbaik menerusi lagu Erti Hidup itu kecewa kerana AJL kali ini tiada lagi pembahagian kategori seperti sebelum ini iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif.

Ujar Dayang, sejak pembahagian kategori dihapuskan, AJL tidak lagi dilihat sebagai anugerah yang berprestij seperti sebelum ini.

"Saya harap agar kategori-kategori seperti Etnik Kreatif, Pop Rock, Balada, dikembalikan semula.

"Ia sekali gus dapat menyelamatkan genre muzik lain dan tidak tenggelam dengan trend muzik indie rock yang popular sekarang ini.

"Jangan sampai penyanyi-penyanyi tempatan sudah mula tidak kisah dan tidak berharap untuk menyertai AJL. Dulu, AJL dan Anugerah Industri Muzik (AIM) adalah sebuah anugerah berprestij yang berjalan seiring.

"Tapi bila kategori dihapuskan dan kebanyakan yang masuk ke peringkat akhir AJL hanyalah muzik-muzik jenis sama, takut satu hari nanti identiti muzik Malaysia akan hilang tanpa kita sedar," tegasnya.

Sementara itu, pada hujung tahun ini, Dayang bakal menghadiahkan sebuah album terbarunya yang berjudul, Sayang & Cahaya untuk para peminatnya.

Google: Dayang Nurfaizah facebook, Dayang Nurfaizah artis seksi, Dayang Nurfaizah artis panas, gambar terkini Dayang Nurfaizah, skandal terbaru Dayang Nurfaizah

Drama 'Hani' Ganti 'Asmara'

Selepas drama bersiri berjudul Asmara tamat, siri baru menyusuli slot Lestaryberjudul Hani.

Siri itu lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri akan bersiaran pada 7 Disember ini, pukul 9.00 malam.

Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan skrip oleh Zabidi Mohamed mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak.

Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.


Salah satu babak dalam drama Hani yang dilakonkan Ryzal Jaafar
Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.

Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.

Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

google: drama hani, drama hani preview, pelakon drama hani, pengarah drama hani, sinopsis drama hani, komen drama hani

Yana Samsudin Rasa Malu Kerana Berkemban

Pelakon Yana Samsudin menegaskan dia berasa malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham.

Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata.

Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak 'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya.

"Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi.

"Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang mengakui puas dengan watak itu.

Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya. Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran tersebut.


Barisan bintang muda yang menghiasi filem arahan Ahmad Idham itu. (Dari kiri) Ashraf Muslim, Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah dan Farid Kamil.
Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar penampilannya yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan.

"Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi.

"Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan berkemban.

"Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak menjayakan watak yang dinamik sebegitu.

"Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh masyarakat," katanya.

Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir).

Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010.

google: yana samsudin, yana samsudin blog, yana samsudin twitter, yana samsudin myspace, yana samsudin seksi, yana samsudin hot, yana samsudin blog, yana samsudin buah dada, yana samsudin bogel, yana samsudin wiki, yana samsudin berkemban, video yana samsudin berkemban, yana samsudin profile, yana samsudin biodata, yana samsudin biography, yana samsudin dan kekasih, filem yana samsudin, filem terbaru yana samsudin

Ana Raffali Tetap Pilih Baju Kurung

Penyanyi lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Ana Raffali tidak berasa janggal apabila mengenakan baju kurung moden dalam majlis-majlis tertentu dan mahu pakaian berkenaan menjadi penanda aras terhadap kejayaannya apabila berfesyen.

Malah baru-baru ini dalam sebuah acara hiburan yang dianjurkan oleh salah sebuah majalah fesyen, EH, Ana bijak mengayakan busana baju kurung moden rekaan Ariff Shukor.

“Baju kurung adalah penanda aras untuk saya berpakaian. Maknanya dari segi berpakaian saya mahu rekaan tersebut menepati ciri-ciri baju kurung iaitu selesa dan tidak seksi.

“Tidak kisahlah majlis apa pun, baju kurung masih tetap relevan untuk digayakan. Kini saya lebih selesa menggunakan khidmat pereka fesyen Ariff Shukor kerana dia faham apa yang saya mahukan,” ujarnya.

Jelas Ana, biarpun nampak mudah dengan mengayakan baju kurung, namun dia akui agak sukar kerana memerlukannya lebih kreatif mengayakannya agar bersesuaian dengan sesebuah majlis.

“Saya juga perlu sesuaikan dengan majlis apabila berbaju kurung. Pada malam parti anjuran majalah EH, saya mengayakan baju kurung moden yang disesuaikan dengan tali pinggang supaya nampak sedikit kelainan,” ujarnya yang turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) akan datang.

Dalam pada itu, Ana memberitahu persiapan ke AJL25 masih di peringkat awal. Dia yang layak dengan lagu Tolong Ingatkan Aku masih lagi mencari idea untuk memberikan yang terbaik pada malam tersebut.

“Kami sedang memikirkan kelainan dan keistimewaan di pentas AJL nanti. Buat masa ini saya hanya berlatih dari segi vokal manakala dari segi persembahan masih difikirkan lagi,” ujarnya

google: Ana Raffali facebook, Ana Raffali gadis seksi, Ana Raffali gadis gedik, Ana Raffali memang seksi, skandal terbaru Ana Raffali, gambar terbaru Ana Raffali

Zizan, Juliana mula serasi

Pasangan muda ini saling menghormati kerjaya seni masing-masing

HAMPIR tiga minggu perancangan diatur untuk menemukan dua Zizan dan Juliana Evans, dua bakat muda yang namanya semakin melonjak dalam dunia seni.

Jadual seni mereka sentiasa diisi dengan pelbagai aktiviti. Tiada sedikitpun ruang diberikan kepada penulis untuk mencuri masa mereka walaupun hanya sejam. Namun penulis terpaksa akur dan menghormati jadual kerja mereka yang terpaksa menghabiskan kerja mengikut masa yang sudah ditetapkan.

Itulah sebenarnya kerja seni yang harus dibayar mereka selepas mengambil keputusan berada di dalam dunia yang serba pancaroba termasuk membawa diri berhadapan dengan masyarakat.

Pengorbanan masa, tenaga, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya adalah lumrah yang harus dilalui mereka.

Mereka bersetuju untuk ditemubual dan digandingkan dalam satu sesi fotografi yang terpaksa diadakan pada jam 10 malam. Ini kerana itulah saja masa yang mereka ada. Dan, sesi ini berakhir dua jam selepas itu.
Kebetulan, keduanya baru saja habis menjalani penggambaran filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang menemukan mereka buat pertama kali selepas lebih setahun perkenalan.

Penerima anugerah pengacara kegemaran dalam kategori Favourite TV Personality Award di Shout! Awards 2010 yang berlangsung baru-baru ini, Zizan tidak pernah menyangka karier seninya semakin jelas.

“Syukur alhamdulillah, sejak dua tahun lalu rezeki saya tidak putus-putus, banyak tawaran saya terima baik berlakon, mengacara mahupun persembahan pentas.

“Maknanya jalan yang saya lalui kini semakin jelas hala tujunya. Tapi saya kena mengatur setiap kerjaya seni saya agar ia lebih tersusun dan profesional,” katanya akur terpaksa berkorban banyak perkara demi memastikan hidupnya dan industri seni menerima dirinya.



Jejaka yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak musim kedua empat tahun yang lalu juga merasai perubahan kehidupannya selepas kemunculannya mula diterima banyak pihak.

“Sejak akhir-akhir ini masa saya dengan keluarga semakin berkurangan, Kalau nak jumpa, merekalah yang terpaksa datang ke Kuala Lumpur. “Bila difikirkan semula, inilah yang harus saya bayar apabila berada di dalam dunia seni ini, saya tidak menyesal dan bersyukur kerana kerja ini akan berhasil apabila dalam diri kita ada tersemat minat yang mendalam apa saja kerja yang kita lakukan itu.

“Ini adalah kerjaya yang memang saya pilih, jika dulu saya tidak menjangka hidup saya akan jadi macam ini tetapi apabila merasainya sendiri barulah saya tahu ia bukan seperti yang kita jangka.

“Penat memang penat tetapi ini adalah kerjaya yang saya pilih. Mungkin saya lalui sampai akhir hayat,” katanya.

Senang berkawan dengan Zizan

Tidak pernah terlintas untuk dipertemukan bergandingan dalam satu filem bersama gadis berdarah campur Melayu-Inggeris, Juliana Evans walaupun titik perkenalan sudah berlangsung setahun yang lalu.

“Sebenarnya kami sudah berkenalan sejak setahun yang lalu dan menerusi filem Hantu Bonceng ini kami dipertemukan. Tidak pernah kami menjangka langsung lebih lagi di dalam cerita hantu.

“Pada mulanya saya agak segan maklumlah sebelum ini sekadar kenal dan jarang bersembang, lebih-lebih lagi saya dan dia masing-masing tidak tahu bagaimana cara kami bekerja.

“Akhirnya keserasian itu datang sendiri, apabila saya dapat rasakan bahawa pemikiran kami sama, dia boleh menerima lawak saya dan saya boleh menerima kenakalannya mengusik saya,” katanya.

Juliana pula menganggap keserasian bersama Zizan begitu cepat dirasai atas sebab kelucuan jejaka itu.

“Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama kenal cuma tak berpeluang kerja bersama. Apabila dapat bekerjasama dengan Zizan membuatkan hubungan kami lebih rapat.

“Saya senang berkawan dengannya sebab utamanya dia kelakar dan suka buat saya ketawa. Adakalanya ketika dalam lakonan yang serius pun boleh membuatkan saya ketawa bila dengar lawaknya,” katanya yang melakar banyak kenangan bergandingan bersama Zizan.

Menurut Juliana lagi, menerusi Hantu Bonceng, dia buat pertama kali mendapat watak yang pernah diimpikan selama ini.

“Inilah kali pertama saya membawa watak hantu walaupun selama ini pernah mengimpikan. Namun selepas membawanya barulah saya tahu bahawa bukan senang untuk membawa watak hantu ini, saya harus memakai pelengkap mata, kena solek dengan kesan khas yang berlumuran darah dan tiap kali pakai itu, saya mesti rasa sakit.

“Bagaimanapun ini adalah pengalaman baru bagi saya yang harus membawa beberapa karektor seperti watak hantu, budak kampung dan bohsia,” katanya yang pertama kali bekerja dengan Ahmad Idham selaku pengarah yang komited.

Bangga tersenarai dalam ABPBH2010

KEDUA-duanya bukanlah kali pertama disenaraikan dalam dalam percalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Biarpun belum merasai kemenangan pada anugerah ini, namun tersenarai sebagai lima pilihan awal dalam senarai akhir ABPBH atau Top 5 adalah pengiktirafan yang tidak ternilai.

“Saya tidak mahu mengharap terlalu tinggi untuk memenangi apa-apa anugerah. Dicalon pun sudah cukup baik ini kerana saya tidak pernah rasa yang saya ini layak untuk dicalonkan tetapi itu semua adalah ketentuan. Hanya berserah kepada masyarakat untuk menilai saya dan kalau dapat ia bonus.

“Apa yang penting bagi saya adalah mutu kerja saya harus meningkat dari masa ke semasa sebelum saya diiktiraf. “Selain itu juga, ABPBH inilah satu-satunya majlis penganugerahan yang memberi lalui kepada selebriti mendekati peminat dengan lebih dekat menerusi siri jelajah (roud tour ABPBH).

“Saya pernah mengikutinya dan terus terang ia adalah pengalaman yang paling best apabila kita bersama-sama artis lain diserbu oleh peminat. Ia juga menguji kebolehan saya berhadapan dengan peminat secara spontan.

“Nasihat saya kalau mana-mana artis yang dicalon dalam top 5 supaya ikutlah roud tour ini kerana inilah platform kita untuk bersama peminat yang tidak ada di mana-mana acara seni lain dalam negara kita ini,” kata Zizan yang namanya dicalonkan dalam kategori Penyampai TV Lelaki Popular, Pelakon Komedi Lelaki, Pelakon TV Lelaki dan Pelakon Filem Lelaki.

Bagi Juliana, perasaan berbangga pasti lahir apabila namanya turut tersenarai dalam pencalonan awal ABPBH2010.

“Inilah membuktikan titik peluh kita selama itu dihargai. Semasa saya berusia 19 tahun, saya antara calon top 5 yang paling muda dalam senarai ABPBH dalam kategori pengacara TV Wanita Popular. Begitu juga dengan siri jelajah ABPBH yang menjadi salah satu pengisian majlis berprestij ini adalah wajib diikuti oleh setiap artis.

“Saya suka sangat roud tour ABPBH sebab saya pernah mengikutinya dua tahun lepas. Sekiranya saya masih tercalon dalam top 5 ABPBH kali ini, pasti saya akan meluangkan masa untuk turut sama bersama calon yang lain,” katanya.

Info

Zizan akan menjadi pengacara pada Mini Karnival Sukan di Mizi Sport Centre, No 8, Jalan Prima Sri Gombak 1, Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, pada 4 Disember ini. Acara yang bermula pada jam 4 petang turut dihadiri Juliana Evans, Fizo Omar, Farahdhiya, Putri Mardiyana, Yana Shamsudin serta Aidil Zafuan dan Aidil Zaquan.

google: zizan raja lawak dan juliana evans, gambar zizan raja lawak dan juliana evans, foto zizan raja lawak dan juliana evans, kisah zizan raja lawak dan juliana evans, gosip cinta zizan raja lawak dan juliana evans, foto zizan raja lawak dan juliana evans, photo zizan raja lawak dan juliana evans, kontroversi, zizan raja lawak dan juliana evans, terkini zizan raja lawak dan juliana evans, terbaru zizan raja lawak dan juliana evans, twitter zizan raja lawak dan juliana evans

Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'

Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.

Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh.

“Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",

“Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh,” katanya

Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari.

“Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.

“Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya,” katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya.

Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka.

“Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai pemiant mereka,” katanya.

google: lisa surihani, lisa surihani ditegur astro, kontroversi lisa surihani, lisa surihani gila babi, terkini lisa surihani, terbaru lisa surihani, lisa surihani nampak coli, lisa surihani nampak bra, buah dada lisa surihani, lisa surihani bogel, lisa surihani separuh bogel, kisah lisa surihani, berita lisa surihani, gosip lisa surihani

Nubhan Hilang Identiti

Tidak dinafikan Oh! Juwita menaikkan nama pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 6, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan namun dia seakan tenggelam dengan identiti sendiri. Nubhan seolah-olah terperangkap dengan bayangan lagu ciptaan 6ixth Sense dan Spider. Malah lima daripada tujuh lagu dalam album solo berjudul Langkah...Nubhan juga merupakan hasil karya kumpulan berkenaan.

Menolak dakwaan terbabit, baginya bukan satu masalah besar sekiranya lagu yang disampaikan mempunyai pengaruh 6ixth Sense dan Spider. Apa yang penting penghayatan dan cara nyanyiannya berbeza.

"Nubhan bersyukur akhirnya tiga tahun penantian berbaloi dan kini Nubhan ada produk sendiri. Lebih-lebih lagi dapat lagu yang bagus dan diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu ciptaan 6ixth Sense dan Spider. Dan bertuah sebenarnya kerana Nubhan antara artis pertama yang menerima lagu ciptaan 6ixth Sense. Tak kisah jika ada yang katakan lagu itu ada pengaruh 6ixth Sense sebab itu memang lagu mereka, namun Nubhan sampaikan dengan gaya tersendiri.

"Nubhan tak pandai bermain alat muzik dan belum bersedia mencipta lagu sendiri kerana ia bukan kerja mudah. Kami terima 45 buah lagu untuk dipilih untuk dimuatkan dalam album solo ini dan Nubhan terlibat dengan pemilihan lagu. Banyak lagu lain yang Nubhan suka namun tak bolehlah ikut kepala sendiri. Lagu yang dipilih adalah hasil persetujuan semua yang terlibat dalam pembikinan album," jelasnya yang mendapat pendidikan di sekolah Cina.

Bagi Ning Baizura yang bertanggungjawab melamar Nubhan untuk bernaung di bawah Syarikat Artistes United Record Sdn Bhd, album pertama selalunya merupakan percubaan dan Nubhan bakal mendapatkan rentak dan indentiti sendiri melalui pengalamannya selepas ini.

"Nubhan bukan seorang yang manja dan bergantung kepada orang lain. Ning tak nafikan lagu banyak terpengaruh dengan komposer namun Nubhan ada pendekatan tersendiri untuk menyampaikannya. Dia masih baru dan perlukan bimbingan dan Ning akan terus bantu dia untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Ini merupakan langkah pertama Nubhan untuk perjalanan seterusnya," ujar Ning.

Namun istimewanya Nubhan apabila dia cuba menampilkan kelainan dengan menyanyikan sebuah lagu Mandarin berjudul Ah Mei Chuo hasil ciptaan Tam Spider dan liriknya ditulis Yap Kang Heng.

ManggaOnline (MO) harus akui lagu-lagu yang terkandung di dalam Langkah...Nubhan sedap didengar dan bakal meletup di corong radio tidak lama lagi. Antara lagu pilihan MO seperti Oh! Juwita, Beri Rasa Beri Rahsia, Aku Atau Dia dan Ai Mei Chuo. Album dengan kos RM60,000 ini telahpun mula berada di pasaran sejak pertengahan Oktober lalu.

google: Nubhan facebook, Nubhan jejaka idaman, Nubhan gambar terkini, Nubhan lelaki seksi, skandal terbaru Nubhan, Nubhan artis panas

Tiada Niat Mahu Aib, Waris P.Ramlee Tak Pernah Terima Royalti

Itulah yang disuarakan kepada media sewaktu Majlis Penyampaian Royalti Siri Warisan P.Ramlee On Coin. Menurut anak sulung Nasir P.Ramlee, Gurlina Nasir, 39, sepanjang hidupnya inilah pertama kali ada pihak yang tampil memberikan royalti hasil daripada sumbangan datuknya kepada industri filem tanah air.

Menerima RM50,000 daripada KLMINT menerusi Yayasan P.Ramlee, Gurlina yang ditemani adiknya, Gurnarisasca Nasir, 33, berharap bantuan seumpama ini dapat membantu waris seniman agung itu yang ingin melibatkan diri dalam dunia seni.

Dia juga menafikan tuduhan membelakangkan ibu tirinya, Suria yang mendakwa tidak dapat menikmati sebahagian daripada hasil royalti yang diterima. Suria merupakan bekas isteri ketiga allayarham Nasir.

"Perkara ini sensitif dan tak sepatutnya dibicarakan di sini. Saya tiada niat untuk mengaibkannya atau membuka aib keluarga. Kami juga belum ada kata putus bagaimana mahu membahagikan sumbangan kepada tujuh cucu P.Ramlee.

"Sebenarnya tak pernah timbul isu kami membelakangkannya kerana selama ini kami tak pernah menerima apa-apa bayaran royalti. Malah dia sebenarnya yang membelakangkan kami dan menikmati bayaran royalti sewaktu ayah masih hidup.

"Kami tak pernah buka mulut mengenainya dan saya sendiri tak tahu bagaimana untuk menuntutnya. Apa yang dituduh Suria tidak betul," luahnya kesal dengan tindakan terbabit.

Bermula sebagai syarikat pengeluar duit syiling, Ketua Pegawai Eksekutif, Osman Abdullah menegaskan idea bermula tatkala dia terlihat ruang untuk menghasilkan syiling kenang-kenangan, sesuatu yang jarang dilakukan untuk mengenang jasa tokoh negara.

"P.Ramlee menjadi pilihan saya kerana allahyarham merupakan warisan negara yang tak ternilai harganya. Impak kejayaannya merangkumi bidang muzik dan filem. Sebagai peminat, saya mahu lakukan sesuatu untuk menghargai jasanya dan muncullah P.Ramlee On Coin," ujar Osman yang turut menyumbangkan RM50,000 kepada Karyawan.

Bagi Freddie Fernandez pula, penghormatan sebegini selayaknya dihadiahkan kepada seniman agung yang banyak berjasa kepada negara. Baginya walaupun P.Ramlee sudah tiada, namun karyanya masih hidup sehingga kini.

P.Ramlee On Coin menawarkan syiling tembaga berharga RM50, syiling perak berharga RM250 dan juga set syiling (tembaga, perak dan emas) dengan harga RM3500. Sehingga ke hari ini, sambutan ke atas syiling peringatan P.Ramlee mendapat maklumbalas yang cukup memberansangkan.

Allahyarham Shamrin Fotograf antara artis yang banyak membantu mempromosikan P.Ramlee On Coin

Isu BF Atau Suami, Tunggu Pendedahan Dari Elly Mazlein

Enggan mengiyakan atau menafikan bahawa dirinya sudah berumahtangga penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, nampaknya lebih senang membiarkan masyarakat terus membuat spekulasi atau tafsiran sendiri.

Acapkali dilihat bersama dengan seorang lelaki yang dikatakan arjuna cintanya, pemilik nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini lebih selesa membiarkan masyarakat berteka taki mengenai hubungannya dengan lelaki itu.

Jujur Elly mengakui, dia perlu menjaga hati pelbagai pihak, sekaligus keadaan tersebut menyebabkan dia lebih selesa mengunci mulut.

"Saya tak ada masalah jika ada pihak yang sering kali ternampak atau terjumpa dengan saya bersama lelaki tersebut dan kami kelihatan mesra persis pasangan bercinta atau pun suami isteri. Siapa dia, saya tak boleh nak jelaskan kepada umum. Saya tak kisah dengan apa yang difikirkan oleh orang ramai jika terserempak dengan kami.

"Sama ada, lelaki itu suami atau kekasih, saya enggan komen lanjut kerana ada ia terlalu peribadi dan banyak hati yang perlu dijaga," katanya tenang mengulas mengenai lelaki yang sering kali ditemui bersamanya.

Mengakui belum bersedia untuk mendedahkan status dirinya kepada umum, lafaz pelantun lagu Bakawali ini, kalau segalanya sudahpun dapat disahkan dan semuanya sudah berjalan dengan baik, baru hal itu akan diuar-uarkan.

."Saya perlu memastikan kedua-dua belah pihak bersedia barulah segala persoalan akan dirungkaikan," katanya Elly Mazlein kepada murai.com.my.

Bakal menginjak ke usia 30 tahun pada 17 Disember 2010ini, Elly mengakui amat teruja kerana impiannya untuk kembali mewarnai dunia nyanyian terlaksana dengan penghasilan dua buah single baru iaitu Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You.

"Alhamdulillah setelah lima tahun tanpa album, kini saya dalam proses untuk menghasilkan produk baru. Buat masa ini dua buah single saya telah pun siap dan akan dapat didengari oleh peminat tidak lama lagi.

"Album penuh mungkin akan keluar sekitar tahun depan yang akan memuatkan lima buah lagu sahaja. Paling menarik saya akan menampilkan sebuah perubahan khas buat peminat dan diri saya sendiri," katanya yang masih selesa memilih aliran muzik pop sebagai tunjang utamanya

google: Elly Mazlein facebook, Elly Mazlein gambar terbaru, Elly Mazlein memang seksi, skandal terbaru Elly Mazlein, aksi panas Elly Mazlein, Elly Mazlein artis panas

Siti NorDiana: Tak Mahu Cari Penganti Arwah Achik

Selesa bersendirian tanpa rakan duet yang baru, penyanyi Siti NorDiana menjelaskan tidak akan ada penganti yang secocoknya dengannya selain Allahyarham Achik Spin.

Bukan mahu menidakkan kebolehan penyanyi lagi, luah Siti Nor Diana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu, dia sendiri tidak mampu menerima rakan duet yang lain.

"Sejak Nana mula menyanyi kami memang dah serasi bersama. Pemergiannya tak mungkin akan ada ganti jadi Nana rasa biarlah Nana bergerak seorang diri tanpa penganti yang baru kerana Nana hanya selesa bersamanya. Bukan nak riak tapi memang tak akan ada yang sama dengannya dan hanya suara arwah sahaja yang sesuai dengan Nana," katanya tenang membuka bicara mengenai rakan duetnya itu.

Mengakui pemergian arwah sebagai satu kehilangan yang besar, jelas ibu tunggal kepada seorang anak ini, mana mungkin sekelip mata keserasian dan keselesaan akan mampu dicipta bersama rakan duet yang baru.

"Kalau nak cari yang serasi macam kami memang tak akan ada. Nana yakin memang susah nak cari lagi penganti sebab itu Nana lebih selesa bergerak solo selepas ini tanpa projek nyanyian berduet lagi," lafaznya.

Menyambung perbualan ucap penyanyi berusia 26 tahun ini lagi, single terbarunya, berjudul Tak Tahan akan menemui peminat tidak lama lagi dan menampilkan sisi kelainan daripadanya.

"Single kali ini sememangnya amat berbeza daripada saya. Lagunya berentak alternative rock dan Nana sendiri tak pernah mencuba rentak tersebut. Demi sebuah kelainan Nan mahu mencubanya kerana peminat dah biasa dengan irama pop sahaja," katanya yang mahu cuba menarik perhatian peminat genre tersebut untuk menerimanya.

Sementara itu, selepas setahun hidup bersendirian, jujur Nana mengakui masih belum terbuka hati untuk mencari lelaki baru sebagai pendamping hidupnya. Baginya kehidupan yang dilaluinya kini lebih terisi dengan kehadiran anak lelaki tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie.

google: Siti Nordiana facebook, Siti Nordiana seksi, skandal terbaru Siti Nordiana, Siti Nordiana memang seksi, Siti Nordiana mantap, Siti Nordiana artis panas

"Memang ada yang cuba mendekati Nana namun Nana belum terbuka hati mahu serius dengan sebuah ikatan yang lebih serius. Nana akui memang serik dengan apa yang telah berlaku dan kalau tak mahu perhatian Nana terhadap Rayyan akan terjejas semat-mata dengan kehadiran orang baru dalam hidup Nana. Buat masa ini biarlah dahulu kerana Nana belum terdesak untuk mencari penganti," jelasnya

Adibah Noor atau Afdlin Shauki Jadi Juri Raja Lawak 5?

Selepas tamat menyandang tugasan sebagai juri Raja Lawak 4 (RL), pelawak Din Beramboi telah meninggalkan kita tanpa memberikan sebarang tanda. Pun begitu, setelah diteliti dengan baiknya segala apa yang dikomen arwah untuk peserta RL4, Murai Batu sendiri dapat melihat arwah ada meninggalkan pesanan terakhir bahawa dia akan pergi selamanya buat pemenang tempat ketiga RL4 iaitu Alex.

Namun, bagi Murai Batu, ia hanyalah tinggal kenangan dan Murai Batu mengharapkan roh arwah berada bersama orang-orang yang beriman. Nak cakap lebih tentang RL5, Murai Batu tahu sehingga kini ramai sudah tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempat arwah untuk menjadi juri tetap RL5.

Setakat ini, Murai Batu masih belum mengetahui pengesahan sebenar. Pun begitu, ada pihak terdekat telah memberi bayangan bahawa salah seorang yang akan menyandang jawatan tersebut merupakan seorang artis yang berbadan besar dan popular. Siapa tu?

Malah, sumber itu telah memaklumkan bahawa artis yang dimaksudkan itu merupakan orang yang komennya suka sangat didengari penonton. Terus mengorek rahsia itu, Murai Batu bertanya kepada sumber itu, apa jantina artis yang di maksudkan itu. Namun, tiada jawapan yang diberikan. Sekadar ia mengatakan artis tersebut pandai menyanyi dan berlakon.

Memikirkan semula pembayang yang diberikan kepada Murai Batu, berkemungkinan besar orang yang dimaksudkan itu adalah Afdlin Shauki, Adibah Noor, Bob Luqman, Enot dan Syanie. Tapi, Enot dan Syanie tidak pula diketahui pernah menyanyi. Namun, kuat suara hati Murai Batu mengatakan Afdlin Shauki atau Adibah Noor yang akan berada di kerusi panas itu. Sebabnya mereka berdua ni melengkapi segala pembayang.

Yelah, kalau berdasarkan undian yang telah dijalankan di murai.com.my pun, Adibah dan Afdlin Shauki yang mendapat undian yang tertinggi. Begitu juga dengan Saiful Apek. Jadi, tidak hairanlah kalau nama-nama mereka ini tersangkut.

Apa kes pun, Murai Batu diberitahu, dari barisan juri yang akan diumumkan kelak, ada seorang juri yang bakal membuat kejutan. Namun, juri ini merupakan seorang individu yang setiap kata-katanya menjadi bahan ajukan. Juri ni dikatakan seorang yang pemurah.

Yang penting, tak kisahlah siapa orangnya..namun, Murai Batu dah tak sabar nak lihat keletah baru pasangan pengacara RL iaitu Johan dan Zizan. Lebih-lebih Zizan yang baru saja memenangi anugerah. Tahniah Zizan

google: Adibah Noor facebook, Adibah Noor seksi, gambar terbaru Adibah Noor, skandal terbaru Adibah Noor, Afdlin Shauki facebook, Afdlin Shauki seksi, gambar terbaru Afdlin Shauki, skandal terbaru Afdlin Shauki

Sheila beri peluang artis bertudung

MENGENALI produser wanita yang cukup produktif ini, sering kali dia tidak pernah gagal memberikan santapan terbaik menerusi karya-karya terbitan syarikatnya, JS Pictures.

Bukan hanya menerapkan dakwah dan mesej menerusi drama-dramanya, tetapi Sheila Rusly juga amat menitik beratkan kelainan yang ingin ditonjolkan.

Sebagai penerbit yang terkenal dengan drama yang berkualiti, Sheila tidak mahu penonton berasa bosan dengan jalan cerita yang klise.

Biar susah mana sekalipun, Sheila enggan menjadikan ia sebagai satu halangan dalam melahirkan drama yang mampu meninggalkan impak kepada audiens.

Begitu juga tentang perihal imejnya yang bertudung. Di awal kemunculannya dengan imej tersebut, ramai yang agak skeptikal dengan kemampuan anak jati Kuala Lumpur itu meneruskan karier seninya sebagai seorang aktres.

Sekali lagi, Sheila membuktikan itu bukannya satu masalah besar asalkan dia bijak memilih dan mewarnakan watak yang dijayakannya dengan baik.

Meskipun pernah dikritik hanya mampu berlakon di bawah terbitan syarikat miliknya sahaja, Sheila sedikit pun tidak pernah melatah mahupun melenting.

Menerusi JS Pictures, kata Sheila, dia mempunyai sepenuh kebebasan untuk berkarya dalam memikirkan apa jua watak yang sesuai dengan penampilannya.

"Selalunya masyarakat menganggap kalau pelakon yang sudah memakai tudung, sukar sekali mendapat watak yang benar-benar memberikan kepuasan.

"Tetapi, kalau kita berfikir di luar kotak fikiran kita, saya percaya tiada yang mustahil dalam menghasilkan watak khusus untuk wanita bertudung.

"Sebagai anak seni, kita seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan untuk audiens kita," jelas Sheila bersungguh ketika ditemui di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Sheila sendiri sudah membuktikan sebelum ini apabila membawakan watak antagonis, Malika dalam drama bersiri Anak Betong dan Cucu Betong.

Menerusi drama bersiri terbaru, Sakti Dilema yang bakal menghiasi slot Lagenda di TV3 bermula 3 Januari depan, Sheila sekali lagi menampilkan kelainan yang pasti akan menarik perhatian audiens kelak.

Mana tidaknya, kali ini Sheila telah mengumpulkan artis-artis wanita yang bertudung untuk menerajui Sakti Dilema termasuk dirinya sendiri yang membawakan watak Siti Anggerik.

Lima aktres pilihan Sheila untuk drama ini ialah Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya'cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari).

"Inilah salah satu kelainan dalam drama ini dan saya memang mewujudkan watak-watak yang ada dalam drama ini khusus untuk kesemua pelakon ini.

"Sebagai teman seperjuangan, kadang-kala saya sedih mendengar keluhan mereka yang sukar mendapat watak yang sesuai dengan mereka.

"Sering kali watak yang diberikan kepada mereka begitu klise. Atas alasan itu, saya mahu membuka peluang kepada mereka dengan membuktikan kepada masyarakat bahawa tidak semestinya bertudung ia mampu menyekat bakat lakonan mereka," kata Sheila mempertahankan pendiriannya saat diajukan tentang rasional dia berbuat demikian.

Berbicara lanjut tentang Sakti Dilema, Sheila tidak menafikan sebagai penerbit, dia juga berdepan dengan situasi yang merumitkan dalam menjadikan Sakti Dilema sebagai karya terbaik.

Walaupun pernah menerbitkan drama bersiri untuk slot Lagenda sebelum ini, kelainan Sakti Delima terletak pada genre epik yang pertama kali diterbitkan oleh JS Pictures.

"Memang cukup mencabar menghasilkan sebuah drama epik secara total kerana segala aspek perlu dititik beratkan dari lokasi, busana sehinggalah ke tata rias.

"Tetapi, saya harus akui ia merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan kerana berpeluang berlakon dengan pelakon yang kali pertama muncul dalam drama terbitan saya.

"Juga, seluruh krew yang menjalankan tanggungjawab dan kerja masing-masing seperti mana yang dirancang menjadikan penggambaran drama ini semuanya berjalan lancar," ujarnya tentang Sakti Delima yang merupakan adaptasi daripada kisah klasik Panca Delima.

Malah, Sheila juga sanggup mengeluarkan bajet yang besar dengan menyediakan busana khas untuk semua watak utama tersebut.

Begitu juga dengan pemilihan lokasi iaitu Sungai Congkak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor yang bertepatan sekali dengan konsep penceritaan Sakti Delima.

Ketika ditanya tentang harapannya, tiada lain yang Sheila harapkan melainkan drama bersiri 20 episod itu akan meninggalkan impak yang luar biasa dan menghiburkan audiens seperti drama-dramanya sebelum ini.

Pelakon lain yang turut membintangi Sakti Delima hasil tulisan Sofia J. Rhyland itu ialah Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).

Bienda tiada masalah

Berbanding dengan Safura dan Catriona Ross, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Penantian ini tidak berdepan dengan masalah meskipun dia bertudung.

Barangkali semua itu ada kaitan dengan personalitinya yang memang sedari awal sudah bertudung sejak menceburkan diri dalam bidang seni.

Bienda menjelaskan dia bertuah kerana sepanjang lebih lima tahun menjadi artis, dia tidak berdepan dengan masalah besar dalam membawakan pelbagai watak yang diberikan kepadanya.

Katanya, pengarah yang menggalas tanggungjawab tersebut benar-benar memahami kedudukannya sebagai wanita bertudung.

"Tetapi, dalam masa yang sama saya juga sebenarnya mengharapkan lebih ramai penerbit drama dan filem membuka mata bahawa apa yang penting adalah bakat.

"Adakah kerana seseorang itu bertudung rezekinya perlu disekat dan tidak boleh diberikan watak yang mampu mencabar kredibiliti mereka sebagai seorang aktres," ujar Bienda atau nama penuhnya, Nor Razlinda Razli memberikan pendapatnya.

Mengenai wataknya sebagai Siti Melur dalam drama itu, Bienda memberitahu, dia tidak ada masalah berlakon bersama pelakon lain.

Katanya, kali pertama berlakon di bawah arahan Jinggo memberikannya pengalaman berbeza dan pengarah itu cukup faham dengan situasinya sebagai wanita bertudung

Thursday, December 2, 2010

Azwan kuruskan badan

BERSELUAR pendek dipadankan dengan kemeja-T, penampilan terbaru Azwan Ali, 42, tampak lebih ‘slim’ berbanding sebelumnya.

Menolak dakwaan berdepan masalah kesihatan, pengacara kontroversi ini menegaskan dia sedang dalam proses menurunkan berat badan.
Katanya, dia baru balik dari gimnasium dan harap dapat mencapai berat badan ideal sebelum program Satu Satu�nya disiarkan.

Program realiti terbaru terbitan RTM ini bakal disiarkan setiap Jumaat, jam 10 malam di TV1 bermula 14 Januari nanti.

“Azwan Ali kembali dengan satu permintaan daripada RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) yang meminta saya menurunkan berat badan sebagaimana penampilan ketika mengacarakan Muzik Muzik dulu.

“Syarat ini satu cabaran besar buat saya, namun berjanji cuba memenuhi kehendak RTM itu.

“Pembabitan saya dalam program ini tidak terbatas sebagai pengacara, tetapi juga perunding dari segi idea.

“Kepercayaan diberikan RTM ini membuatkan saya terharu dan teruja. Ia juga cabaran baru buat saya kerana tidak pernah mengendalikan program realiti sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya dan pasangan pengacara, Didie Alias berusaha mewujudkan satu bentuk pengacaraan yang menghiburkan, selain menerapkan unsur yang bermain dengan emosi penonton,” katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai program ini, Azwan berkata, ia bertujuan mencari penyanyi hebat yang mampu mencetuskan fenomena seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.

“Negara kita kekurangan penyanyi hebat dan berkualiti. Justeru, kewujudan program ini untuk mengembalikan kegemilangan penyanyi tanah air.

“Mereka yang dipilih menjadi 30 peserta terbaik kami mestilah berbakat besar, boleh membawakan lagu-lagu dengan baik dan mempunyai personaliti menarik.

“Seramai 10 ikon akan terbabit membimbing peserta dan yang sudah memberi persetujuan ialah Jamal Abdillah, Mas Idayu, Aishah, Noraniza Idris, Datuk Jeffrydin, Uji Rashid dan Hail Amir, Datuk A Rahman Hassan dan isteri, Datin Azizah serta Datuk M Daud Kilau.

“Khidmat artis berpengalaman dan veteran digunakan dalam program ini, bukan saja untuk berkongsi pengalaman, tetapi mereka mempunyai pencapaian yang cukup cemerlang dalam bidang seni suara.

“Diharapkan melalui platform yang disediakan, matlamat untuk mempopularkan kembali nama penyanyi lama di kalangan anak muda akan tercapai.

“Selain artis berpengalaman, program ini juga menampilkan pelapis muda sebagai artis jemputan,” katanya.

Pencarian uji bakat sudah pun dijalankan bermula 20 dan 21 November lalu di Angkasapuri, Kuala Lumpur diikuti Plaza Angsana, Johor Bahru (27/28 November); RTM Pulau Pinang (4/5 Disember).

Seterusnya, The Borneo, Sabah (11/12 Disember), Kuantan Parade (18/19 Disember) dan Boulevard, Kuching, Sarawak (25/26 Disember). Uji bakat diadakan dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan penyertaan terbuka pada warganegara Malaysia yang berumur lingkungan 18 hingga 45 tahun

google: Azwan Ali facebook, gambar terbaru Azwan Ali, skandal terbaru Azwan Ali, gosip Azwan Ali, Azwan Ali seksi,

Tak sangka Sofea Jane ‘meletup’

NAMA dan populariti juara Mentor musim ketiga, Black naik mendadak kerana lagu dendangannya Sofea Jane meniti di bibir peminat hari ini.

Lebih bermakna, lagu Sofea Jane ciptaan komposer Iswandi ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke -25 (AJL25) pada Januari depan.
Siapakah sebenarnya Sofea Jane di hati penyanyi berbakat besar dan berkulit hitam manis ini?

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 23, sendiri terkejut kerana lagu itu mendapat sambutan hangat daripada peminat.

“Terus terang, ketika �merakamkan lagu ini di studio, saya, Sham Kamikaze dan syarikat rakaman Monkey Bone memang tidak menjangka lagu ini akan 'meletup' macam ini kerana ringkas, tetapi maksudnya cukup mendalam.


“Kami juga berbincang mencari judul lagu yang sesuai untuk lagu itu yang pada mulanya diberikan judul Kubur. Akhirnya, saya cadangkan nama Sofea Jane untuk lagu itu,” katanya.

Tambahnya, dia memang meminati lakonan Sofea Jane yang juga pelakon filem Perempuan, Isteri dan... itu sejak dulu.

“Dari situ, timbullah idea untuk memberikan judul lagu saya Sofea Jane. Lagu ini memang tiada kaitan dengan diri Sofea Jane mahupun sesiapa.

“Cuma lirik lagu ini untuk seseorang yang kita suka, tapi kita tidak akan dapat memilikinya. Pada masa sama, saya juga mengikut konsep album terdahulu yang menggunakan judul semua nama perempuan. Saya sendiri yang pilih lagu untuk dimuatkan dalam album ini dan tiga lagi lagu ciptaan Monkey Bone.

“Lagu lain dalam album itu, Dewi Aliya, Gina dan Natalia. Lagu bonus yang dimuatkan dalam album ini, Aku Rindu Sayang Kamu,” katanya.

Black juga sangat bersyukur kerana lagu Sofea Jane berjaya mara ke peringkat akhir AJL25.

“Inilah saat yang saya nantikan dalam karier seni. Insya-Allah, saya akan cuba mempertahankan kategori Vokal Terbaik pada AJL25 nanti. Namun, saya tidak menaruh harapan tinggi untuk menang dalam AJL25.

“Saya bersyukur apabila lagu itu masuk ke peringkat akhir. Seperti tahun lalu, saya cuma sasarkan vokal dan tahun ini pun saya tak mahu fikir soal menang kerana dengan cara itu nyanyian saya akan jadi lebih baik,” katanya.

Dari segi peluang pula, Black berkata, ia memang saingan yang sangat sengit.
“Kebanyakan penyanyi yang berjaya ke AJL25 adalah mereka yang pernah beraksi pada AJL24 dan semuanya ada kehebatan tersendiri.

“Semua lagu yang masuk peringkat akhir ada potensi untuk menang. Calon yang bakal memberi saingan sengit pada saya, Faizal Tahir dan Yuna,” katanya.

Menyentuh mengapa kemunculan album itu mengambil masa setahun, jelas Black, sebagai artis dia terpaksa menunggu giliran kerana memberi laluan pada album seorang lagi artis Monkey Bone, Tomok.

“Ketika menunggu album keluar, saya buat lagu raya dulu dengan artis lain bagi mengubat kerinduan peminat. Lagu Rindu Yang Telah Pergi bersama bintang AF Akim dan penyampai HotFm, AG dalam album Hangatnya Raya,” katanya yang mengakui hidupnya berubah dalam sekelip mata.

“Saya memakai kereta yang saya menang dulu dan dalam proses untuk membeli rumah. Impian saya untuk menjadi artis yang berjaya seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin,” katanya.

Black juga sudah mempunyai teman wanita yang bukan daripada kalangan artis.
“Kami sudah kenal selama tiga tahun iaitu sebelum saya menjadi artis. Dia banyak menyokong minat,” katanya.

Jika Black popular kerana lagu Sofia Jane, Mohd, juara Mentor 4 yang juga protege kepada Ziana Zain ini pula mula merasai tempias populariti selepas bergelar juara program realiti TV musim keempat itu.

Mohd Izwan Mohd Nor, 22 atau Mohd, yang bernaung di bawah payung Monkey Bone juga mengakui kemenangan dalam Mentor 4 menjadi tapak buatnya menempa nama
di persada seni tanah air.

“Saya percaya kejayaan hanya dapat dicapai menerusi kerja keras. Sebab itu saya akan terus berusaha memantapkan nama di persada seni sebaris dengan artis muda lain.

“Sekalipun sudah bergelar juara Mentor 4, saya masih berlatih menyanyi dan memperbaiki teknik menyanyi dengan lebih mendalam lagi. Saya juga terus mempraktikkan ilmu yang ditimba dalam Mentor 4 dulu,” katanya.

Berkaitan album sulungnya pula, jelas Mohd yang popular dengan single pertamanya, Cinta (ketika peringkat akhir Mentor 4), mengikut perancangan dia akan muncul �dengan lagu single terlebih dulu sebelum bingkisan album penuhnya nanti.

“Saya juga ingin bekerjasama dengan Iswandi untuk single saya yang seterusnya nanti yang masih berkonsep pop. Saya senang bekerja dengannya ketika buat lagu Cinta dulu,” katanya.

Sebagai artis baru, Mohd mengakui dia perlu bersabar menanti single baru dan album penuhnya berada di pasaran khusus buat peminat setianya.

“Sementara menanti single baru itu siap, saya sibuk memenuhi undangan persembahan di serata tanah air,” katanya

google: Black mentor facebook, gambar terbaru Black mentor, skandal terbaru Black mentor, Black mentor biodata, Black mentor artis panas

DiGi bantu Search, Wings

KUMPULAN rock legenda tanah air, Search dan Wings sebelum ini seringkali merungut apabila sukar mendapatkan penaja terutama syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) dalam konsert-konsert yang mereka adakan.

Ekoran tiadanya penaja, dua kumpulan itu sukar untuk mengadakan konsert mereka di seluruh negara yang biasanya menelan kos penganjuran yang tinggi sehingga mencecah lebih RM500,000 setiap kali ia diadakan.

Bagaimanapun, Wings dan Search kini mampu menarik nafas lega apabila konsert mereka DiGi Live - Konsert Gemuruh DT Search & Wings yang akan diadakan pada bulan depan mendapat kerjasama daripada DiGi.

Menurut vokalis Wings, Awie dia bersyukur kerana DiGi sudi bekerjasama menjayakan konsert itu di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember dan Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor 25 Disember ini.

"Kami lega kerana selepas sekian lama barulah ada syarikat telco seperti DiGi yang berani tampil bekerjasama membantu kami menjayakan konsert seperti ini. Sebelum ini mereka lebih banyak menaja artis luar negara," komennya.

Awie yang ditemui selepas sidang akhbar DiGi Live - Konsert Gemuruh DT Search & Wings di Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu berkata, ia mungkin ekoran daripada kejayaan Konsert Double Trouble yang mereka adakan sebelum ini.

Secara tidak langsung kejayaan konsert bergerak dua kumpulan itu katanya, telah membuka mata pihak-pihak tertentu terutama syarikat-syarikat telco bahawa mereka masih mampu menarik ramai peminat setiap kali beraksi di atas pentas.

"Konsert Double Trouble yang dijayakan oleh Search dan Wings berjaya menarik ramai penonton setiap kali ia diadakan. Setakat ini ia telah diadakan di Sabah, Johor, Kuala Lumpur dan Kuantan. Sambutannya amat baik.

"Kami juga telah mengeluarkan DVD (cakera video digital) rakaman daripada konsert-konsert itu dan sambutannya juga bagus. Ini secara tidak langsung menambahkan lagi kepercayaan syarikat-syarikat telco kepada kami," katanya.

Konsert anjuran Rye Production Sdn. Bhd., dengan kerjasama DiGi itu kata Awie, turut mendapat kepercayaan daripada dua penganjur itu bagi membawakan kelainan daripada segi persembahan untuk menarik ramai peminat.

Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman ini menambah, menerusi konsert di Sunway Lagoon itu, Wings dan Search akan tampil menyanyi sambil diiringi para pemuzik orkestra di mana ia pertama kali mereka lakukan.

"Kami telah diberi tugas oleh penganjur untuk mengadakan sebahagian daripada persembahan itu dengan menggunakan para pemuzik orkestra. Tetapi ia bukannya seperti Kumpulan Orkestra DBKL atau Filharmonic Orchestra.

"Persembahan kami bukanlah secara orkestra penuh tetapi ia antara gimik bagi menunjukkan kelainan. Lagu-lagu dalam bentuk orkestra pula hanya tertumpu kepada yang berentak balada atau slow rock sahaja," ujarnya.

Vokalis Search, Amy pula berkata, dia dan Search serta Wings berbangga apabila diberi peluang beraksi di Sunway Lagoon kerana mereka merupakan artis tempatan pertama yang diberi peluang tersebut.

Sambil menyifatkan selain sokongan syarikat telco seperti DiGi, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan taman tema air itu yang memberi kerjasama kepada artis tempatan mengadakan konsert di situ.

"Sebelum ini Sunway Lagoon hanya memberi peluang kepada artis-artis dari luar negara beraksi di sana. Saya harap konsert ini dapat menarik 20,000 penonton hadir bagi menyaksikannya. Ini suatu tanda positif buat artis-artis tempatan.

"Pada 5 Ogos lalu, Sunway Lagoon mengundang saya sebagai artis pembuka tirai bagi persembahan gitaris, Slash. Saya harap selepas ini akan ada lebih banyak konsert untuk artis-artis tanah air," katanya.

Sementara itu, Ketua Segmen Pemasaran DiGi Telecommunications Sdn. Bhd., Moharmustaqeem Mohammed berkata, konsert seperti itu merupakan platform untuk DiGi terus menyokong industri muzik tempatan.

Enggan mendedahkan jumlah tajaan yang dihulurkan bagi mempromosikan DiGi Live - Konsert Gemuruh DT Search & Wings, beliau menjelaskan DiGi memberi kerjasama pada konsert itu berdasarkan permintaan peminat.

"Semua itu berdasarkan permintaan daripada para peminat Search dan Wings serta para pelanggan kami. Kalau permintaannya semakin tinggi tidak mustahil DiGi akan memberi kerjasama untuk konsert ini di Sabah dan Sarawak pula.

"Demi pelanggan DiGi juga kami akan memberi potongan harga tiket sebanyak 30 peratus daripada tiket berharga RM70. Ini salah satu cara kami menghargai sokongan para pelanggan kami selama ini," jelasnya.

Selain pelancaran dan sidang akhbar konsert itu, pihak penganjur turut membuat kejutan sempena ulang tahun hari lahir Awie yang ke-42 pada 24 November lalu pada majlis itu yang turut mendapat kerjasama daripada RapidKL.

Pada konsert di Sunway Lagoon kelak, bas RapidKL akan menyediakan perkhidmatan membawa pulang para penonton ke stesen-stesen seperti di Kelana Jaya, Subang Mewah, Pasar Seni dan Subang Parade

Wednesday, December 1, 2010

Artis-Artis Wanita Di Parti 20 Eh! Yang Anggun 2010


google: gambar artis di parti eh, gambar artis malaysia, gambar juliana evans, gambar lisa surihani, gambar marsha, Juliana Evans, Lisa Surihani, nita, wan sharmilla, gambar artis seksi, artis malaysia gebu, gambar panas artis malaysia, artis malaysia seksi

Didie Alias Pun Nak Jadi Lady Gaga





google: didie alias, gambar azab didie alias, gambar didie alias, gambar lady gaga didie alias, gambar seksi didie alias, gambar terbaru didie alias, gambar terlampau didie alias

Dah rezeki Miera Leyana...

Pengarah yang sorang ni tersangatlah kontroversinya. Siapa? Shuhaimi Lua lah, si pengarah Chukang tu. Satu-satu masalah datang menimpanya. Terbaru berdepan dengan artis wanita yang tak ada disiplin dan menyusahkan orang.

Dah elok-elok janji sedia berlakon dalam sebuah drama bersiri, tiba-tiba menghubunginya (melalui abang sebagai wakil) sehari sebelum penggambaran di luar Kuala Lumpur bermula. Katanya tak dapat menerima tawaran tersebut. Boleh macam itu? Siapa pelakon tu? Bekas finalis Pilih Kasih musim pertama rupa-rupanya.

Macam ini ceritanya. Shuhaimi yang dilantik sebagai pengurus produksi terpaksa mencari seorang pelakon wanita bagi menggantikan tempat Sazzy Falak yang tidak dapat turut serta kerana ada hal tertentu. Setelah ditanya dengan rakan-rakan media yang rapat dengannya, nama pelakon baru itu yang naik.

Pada mulanya dia dah bersetuju. Tapi dek kerana produksi sudah mahu memulakan penggambaran untuk watak lain, maka tak sempat untuk bertemunya untuk menandatangani kontrak dan memberikan bayaran pertama.

"Adakah patut... abang dia mengatakan mereka tak mahu bekerja dengan saya kerana cara saya menguruskan tawaran itu tidak profesional. Saya dah uruskan banyak pelakon popular sebelum ini tapi tak ada masalah pun.

"Memang kami tak sempat nak menyediakan kontrak sebab sedang sibuk menguruskan penggambaran. Saya dah suruh dia ke pejabat untuk menandatangani kontrak dan menerima bayaran pertama di pejabat. Tapi tiba-tiba saja dia tarik diri. Tak apalah saya tak rugi pun. Apatah lagi saya dapat pengganti yang lebih glamor dan berbakat daripada dia, iaitu Miera Leyana.

"Miera hanya dihubungi melalui telefon setelah saya mandapatkan nombor telefonnya daripada seorang wartawan majalah hiburan dan kebetulan dia tengah free. Dia terus datang ke lokasi untuk penggambaran satu babak sahaja. Selepas ini babak melibatkannya akan dijalankan di tempat lain.

"Di lokasi itulah Miera tandatangani kontrak dan menerima bayaran pertamanya. Sekarang siapa yang rugi? Saya puji cara Miera yang tidak banyak songeh itu walaupun namanya semakin popular," puji Shuhaimi.

Google: Miera Leyana facebook, Miera Leyana gadis seksi, gambar seksi Miera Leyana, gambar terbaru Miera Leyana, skandal terbaru Miera Leyana, Miera Leyana artis panas

Sazzy Falak Mengandung Anak Kembar

Empat tahun usia perkahwinan, akhirnya Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus dikhabarkan dengan berita gembira yang semestinya dinanti-nanti pasangan ini. Sazzy kini hamil empat bulan dan bakal menimang cahayamata sekitar April tahun depan. Dan apa yang lebih menggembirakan apabila Sazzy disahkan mengandung anak kembar. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Sazzy ketika ditemui di majlis pelancaran ToyWatch semalam.

"Saya bersyukur sangat apabila segalanya mengikut perancangan. Memang kami mahukan anak setelah beberapa tahun berkahwin dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menimang cahayamata. Memang selalu orang kata tak baik merancang nanti tak dapat, tapi pada awal perkahwinan dulu kami masih muda dan ada matlamat yang harus dicapai.

"Dapat anak kembar ini memang satu anugerah yang tak dijangka. Dan saya pernah berseloroh mahukan anak kembar sebab keluarga sebelah suami memang ada keturunan kembar dan ibu mertua saya sendiri ada pasangan kembar.

"Jantinanya akan diketahui bulan depan dan lagi seronok kalau saya dapat sepasang anak," ujarnya yang masih bergaya walau sarat mengandung.

Mengutip pengalaman bergelar ibu daripada sahabat baiknya, Dynaz dan Aishah Sinclair, pengacara popular ini mengakui sering menghubungi mereka untuk mendapatkan nasihat sementelah ini merupakan pengalaman pertamanya melangkah ke alam baru. Menurut Sazzy lagi, suaminya banyak membantu dan menyokong sepanjang proses kehamilannya.

"Kalau dulu saya melihat dan menjaga mereka ketika mengandung, kini saya dapat merasainya sendiri. Memang lain sangat dan excited.

"Saya anak sulung dalam keluarga dan sudah biasa independent. Namun keadaan berubah bila berbadan dua, suami dan ibu turutkan segala kemahuan dan manjakan saya. Memang seronok sangat. Bertuah bila ramai yang ambil berat dan saya suka dimanjakan begitu," katanya yang mengidam mee fan kuew masakan ibu tirinya sewaktu awal kehamilan.

Usia kandungan masih baru, namun Sazzy kini lebih berhati-hati demi memastikan keselamatan anak kembarnya. Sazzy juga tidak menolak anaknya bakal mengikut jejak langkah lantaran telah terdedah dengan media sejak berada di dalam perut.

"Saya masih lagi aktif cuma aktiviti sudah dikurangkan daripada sebelum ini. Dan bersyukur kerana saya bekerja dengan individu yang sangat memahami.

"Dan kalau nak tahu anak di dalam perut ini sudah buat pelbagai aktiviti bersama saya seperti fesyen show, lakonan dan sesi fotografi.

"Impian saya cuma satu, saya harap anak saya sihat dan membesar menjadi insan yang berguna dan beriman," tutur Sazzy yang sedang menjalani penggambaran Dari Kerana Mata"

google: Sazzy Falak facebook, Sazzy Falak tetap seksi, gambar terbaru Sazzy Falak, gambar seksi Sazzy Falak, skandal terbaru Sazzy Falak, Sazzy Falak biodata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...