Bukan kekayaan yang dicari sebaliknya rasa cinta yang tulus suci telah membuahkan keinginan yang tekad buat vokalis Hujan, Noh untyk memiliki penyanyi Mizz Nina yang kini telah pun menjadi tunangannya.
Menyedari perbezaan status kedudukan di antara mereka, Noh mengakui ia sedikit-sebanyak membuatkan dirinya berasa tertekan sebelum meneruskan hajatnya untuk melamar anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim ini.
"Saya memang tertekan sebelum berjumpa dengan ayah Nina. Pada awalnya memanglah saya sering terfikir mampukah saya 'masuk' dengan mereka. Wujudlah isu darjat dalam fikiran sebab saya sedar saya ini budak kampung.
"Namun apabila dah jumpa dengan ayahnya, saya tak sangka dia seorang yang relaks dan cool. Segala tekanan yang dihadapi semuanya hilang," kata Noh yang ditemui murai.com.my sejurus selepas berakhirnya majlis pelancaran album ketiga mereka, Lonely Soldier Boy (LSB), di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, petang semalam.
Menyambung perbualan, jelas lelaki kelahiran Sarawak ini, dia sendiri tidak menyangka segala perkara negatif yang lahir dari minda dan hatinya terlupus setelah diterima dengan baik oleh keluarga Nina.
"Penerimaan bapa Nina membuatkan saya bersemangat untuk membuktikan kepadanya bahawa muzik memang ada masa depan. Saya mahu bekerja dengan lebih keras bagi membina sebuah keluarga yang sempurna. Bapa dia juga seorang yang begitu menghormati misi dan visi pemuzik seperti saya," tegasnya.
Jelas Noh lagi, dia sememangnya menyedari bahawa masyarakat sekeliling tidak henti daripada mengeluarkan kata-kata yang negatif apabila dia menyunting bekas anggota The Tarik Crew itu sebagai kekasih, tunang dan bakal isterinya.
"Saya tahu macam-macam orang cakap mengenai hubungan kami. Masyarakat kita memang macam itu dan saya tak kisah pun. Malas nak layan benda-benda macam ini jadi saya tetap akan teruskan perhubungan ini," luahnya.
Malah luahan rasa Noh terhadap Nina telah disampaikan menerusi lagu Walaupun Jauh yang turut diselitkan sama dalam album terbaru tersebut.
"Lagu ini ini saya cipta khas untuk Nina. Ia mengisahkan tentang tipikal masyarakat kita yang sering memikirkan mtentang soal darjat dalam sesebuah perhubungan. Dengar dahulu lagu ini, barulah anda anda akan mengerti,"ujarnya.
Berbicara mengenai kelahiran album baru mereka Lonelu Soldier Boy, Noh berkata: "Album ini masih mengekalkan identiti Hujan. Album ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana ia menyelitkan lagu-lagu berunsur balada yang sememangnya digemari ramai."
Mengakui album ini lebih matang serta lebih mahal pembikinannya berbanding yang terdahulu, Noh yakin ia akan mendapat tempat di hati semua peminat Hujan.
"Album ini mengandungi 14 buah lagu. 10 lagu baru antaranya Inspektor Remos, Bahgia dan Kasihan. Tiga lagu dari album terdahulu antaranya Kotak Hati dan Jangan Kejutkan Dia serta 1 lagu cover version yang dirakam semula iaitu LSB. Pemilihan lagu LSB kerana kami sememangnya peminat animasi Jepun tersebut dan lagu itu memang menepati selera kami " kata Noh lagi.
Album edaran Warner Music Sdn Bhd itu telah pun berada di pasaran bermula semalam
google: noh hujan facebook, skandal terbaru noh hujan, noh hujan dan mizz nina bercinta, gambar terbaru mizz nina, mizz nina seksi
No comments:
Post a Comment