Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 1, 2010

'Ini semua angkara dia'

MUNGKIN ada segelintir produser dan pengarah yang takut untuk mengambil Johan Raja Lawak berlakon kerana beranggapan dia tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di lokasi penggambaran drama dan filem sebelum ini.

Hakikatnya, Johan atau nama sebenar, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 26, seorang yang sangat komited pada karier lakonannya.

Justeru, apabila cerita dia tidak berdisiplin tersebar di persada seni tanah air, Johan yang sering dilanda kontroversi ini cepat-cepat membela dirinya.

Pada masa sama, pelawak terkenal ini juga meminta pengarah drama dan filem di luar sana untuk menilai sendiri dirinya sama ada dia berdisiplin atau tidak di lokasi penggambaran terlebih dulu sebelum menghukum dirinya.

“Sebenarnya, saya tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita yang ingin menjatuhkan nama baik saya.

“Pihak yang saya maksud�kan itu adalah seorang pengurus satu produksi yang tidak dibalas cintanya sebelum ini.

“Tidak payahlah saya sebutkan namanya. Kepada pengurus produksi yang dimaksudkan itu, hentikanlah menyebarkan cerita yang tidak betul itu kerana ia sia-sia saja.

“Saya juga berharap pengarah di luar sana tidak percaya dengan cerita yang tidak betul itu kerana saya serius ketika bekerja dan tidak suka main-main di lokasi penggambaran,” katanya.

Diminta komen mengenai perkembangan kesnya yang cedera dibaling gelas oleh seorang pengarah, kata Johan, dia tetap meneruskan kes samannya itu.

“Saya sudah memaafkannya, tapi tidak berjumpa dengan pengarah itu untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. “Sebaliknya, saya tetap meneruskan kes saman itu untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara sama.

“Saya juga tidak dapat komen lebih lanjut lagi kerana sudah serahkan kepada peguam untuk mengendalikan kes saman itu,” katanya.

Johan cedera selepas kepalanya terkena gelas kaca dilemparkan seorang pengarah dalam satu pertengkaran di sebuah restoran di Taman Sri Pulai Sikamat pada Mei lalu.

Johan juga turut menjayakan filem seram terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid yang akan ditayangkan di pawagam pada 9 Disember ini.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Mamat dalam filem itu, Johan mengakui dia berasa takut untuk bekerja dengan pengarah filem Estet itu.

“Sebelum terima tawaran Mamat, saya sudah buat kajian mengenai dirinya. Hasil maklum balas dari mereka yang pernah bekerja dengannya, Mamat seorang yang tegas dan garang di lokasi.

“Namun, selepas bekerja dengannya saya dapati Mamat seorang yang kelakar. Apa yang penting, kita dapat beri lakonan seperti yang dikehendakinya,” katanya.

Johan berkata, dia terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana ingin menimba pengalaman bekerja dengan Mamat.

“Saya memang meminati karya Mamat seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang sebelum ini. Bila ditawarkan untuk buat filem ini, ia memang peluang keemasan buat saya,” katanya.

Katanya lagi, dia juga cuba bergurau dengan mengambil alih kerja Mamat menjadi pe�ngarah di lokasi penggambaran filem itu baru-baru ini.

“Saya dapat tahu Mamat tidak suka pelakon bergurau ketika di lokasi penggambaran. Namun sebaliknya pula bila saya cuba bergurau dengannya di lokasi filem itu pada jam 4 pagi.

“Ketika itu, semua kru dan pelakon termasuk Mamat sudah penat dan mengantuk dan saya cuba buat lawak dengan menjadi pengarah untuk menghiburkan suasana. Apa yang melucukan, saya juga kena tahi ayam ketika menjayakan satu babak dalam filem itu,” katanya.

Sebagai pelakon, Johan percaya, dia sudah memberikan yang terbaik seperti dikehendaki pengarah.

“Saya juga serahkan pada Mamat sendiri untuk menilai hasil lakonan saya sebagai Abi Hurairah dalam filem itu.

“Karakter Abi Hurairah menarik kerana ia baru dan tidak ada dalam filem Zombi Kampung Pisang. Mamat juga beri sepenuh kebebasan pada saya untuk menjiwai karakter itu mengikut cara saya sendiri,” katanya

google: Johan Raja Lawak facebook, Johan Raja Lawak twitter, gambar terkini Johan Raja Lawak, skandal terbaru Johan Raja Lawak, Johan Raja Lawak biodata

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...