Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, November 29, 2010

Awie: Angka 42 Tidak Memberi Sebarang Erti

Bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik serta kehidupan yang stabil, penyanyi dan pelakon, Awie mengharapkan agar kebahagiaan yang dikecapinya itu akan berkekalan.
Jujur mengakui bahagia dengan kurnia Ilahi kepadanya, Awie yang baru sahaja menyambut hari lahir ke-42 tahun pada 24 November 2010 lalu, berdoa agar segala yang dimilikinya kini akan berterusan serta diberkati.
"Saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan keriangan yang ada pada hari ini. Harapan saya janganlah Tuhan menarik semua yang indah yang ada dalam hidup saya kini. Saya sayang dengan apa yang telah dikurniakan maka saya mahu menjaganya dengan baik agar tak dipersiakan," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my.
Tidak menganggap angka 42 tahun itu sebagai satu masalah, jelas vokalis kumpulan Wings ini, dia tidak pernah memandang usia sebagai batasan untuk dia terus mara dan maju dalam bidang seni. Malah dia amat terharu di usia begini kerjaya seninya masih bercambah serta mempunyai kedudukan tersendiri dalam industri seni
"Saya tak pernah pandang angka pada diri saya. Kalau saya pandang angka atau umur pastinya saya dah duduk diam dan tak buat apa-apa tapi bagi saya angka tak membawa sebarang erti. Saya akan terus aktif sehingga saya dah tak boleh bergerak barulah saya tahu yang saya dah tua rupanya," katanya sambil ketawa.
Malah kata pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman ini, di usia begini dia juga tidak keberatan untuk menambah cahaya mata bagi mewarnai kehidupannya.
"Kuasa Tuhan saya tak akan menolak jika ada rezeki saya menerimanya.
"Saya rasa umur begini kalau masih dikurniakan anak pun tak ada masalah kerana anak itu juga nanti menceriakan kehidupan kami sekeluarga," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Sambutan hari ulang tahun Awie yang ke-42 itu juga turut diraikan rakan-rakan Wings dan Serach sewaktu majlis sidang media Konsert Double Trouble 2 diadakan di Bukit Kiara pada 25 November 2010 yang lalu.

google: Awie facebook, awie twitter, skandal terbaru awie, gambar terbaru awie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...