Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, May 24, 2011

Isteri Jimmy Shanley Dijangka Bersalin Julai


Isteri kepada pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dijangkakan akan melahirkan anak sulung mereka pada pertengahan Julai depan.

Keadaan kandungan Nursuhaila Eliani Suhaimy dimaklumkan oleh peguam syarie Saadiah Din pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

"Saya memohon agar diberikan tarikh yang agak panjang dari hari ini sebagai tarikh sebutan, kerana anak guam saya akan bersalin," katanya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Saharuddin Selamat memutuskan untuk tidak membenarkan penangguhan yang terlalu lama, sebaliknya hanya memberi pengecualian kehadiran kepada Nursuhaili.

Kes ditetapkan sebagai sebutan semula pada 14 Julai depan untuk membolehkan Jimmy menjawab pembelaan Nursuhaila yang telah difailkan pada pagi Isnin.

Pada prosiding itu, Jimmy yang diwakili oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus tidak hadir kerana sedang mengerjakan umrah dan akan pulang ke tanah air pada Selasa.

Nursuhaila Eliani pula hadir bersama seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya dan mengelak daripada dihampiri oleh pihak media.

Prosiding mahkamah bermula selepas Jimmy memfailkan permohonan nusyuz dan kembali taat terhadap Nursuhaila selepas mereka hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari selepas melangsungkan perkahwinan. Permohonan kembali taat difailkan pada 3 Januari lalu sebelum diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Mentor 5: Salma Tak Sangka Ke Final Walaupun Buat Silap


Protege kepada penyanyi Erra Fazira iaitu Salma, 21, sama sekali tidak menyangka diberi peluang oleh pihak produksi program Mentor 5 untuk mara ke pentas akhir bersama-sama Iqa (protege Edry Abdul Halim) dan Shiha (Datuk Sharifah Aini) pada 29 Mei ini.

Kata Salma, kesilapan yang dilakukannya ketika menyanyikan lagu pertama iaitu Nirmala dalam persaingan separuh akhir kedua, malam Ahad lalu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan.

"Saya akui kesilapan itu dan sangat menyesal selepas melakukan persembahan. Terus-terang, saya sangat takut dan gementar apabila Iqa dan Shiha mara ke pusingan akhir.

"Namun, saya sangat bersyukur di atas peluang kedua ini dan berjanji untuk melakukan persembahan terbaik dan mengelakkan kesilapan pada malam akhir nanti," katanya.

Sementara itu, Erra Fazira selaku mentor Salma menganggap keputusan tersebut sebagai satu kejutan dan peluang terakhir untuk protegenya lebih menonjol.

"Keputusan Salma mara ke peringkat akhir adalah satu kejutan. Pada awalnya, saya sangkakan hanya dua peserta saja yang akan mara seperti dimaklumkan oleh pihak TV3.

"Saya anggap ini sebagai peluang terakhir Salma untuk menonjolkan kemampuannya. Kesilapan tersalah key ketika menyanyikan lagu pertama itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana sepanjang tempoh latihan sebelum ini dia tidak melakukan kesilapan pun.

"Apa yang telah berlaku pada malam ini (malam Ahad) akan membuatkan Salma bangun dan tampil lebih serius pada malam akhir nanti," katanya.

Pada persaingan separuh akhir kedua yang berlangsung di Auditorium MBSA, malam Ahad, Salma meraih markah terkumpul sebanyak 113 di belakang Iqa (126) dan Shiha (119).

Salma menyampaikan lagu medley Nirmala dan Mimpi Laila untuk persembahan solo dan berduet dengan Mohd (Mentor 4) untuk lagu Fenomena dan Opera Hidup.

Pertandingan akhir Mentor 5 akan berlangsung pada 29 Mei ini di Stadium Malawati, Shah Alam pada pukul 9 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...