Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, April 28, 2011

Maizawati Dapat Anak Lelaki


Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36, (gambar) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy.

Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

Suami Maizawati, Yassin mendukung Qhabel di Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki,” ujar Maizawati.

Maizawati pada mulanya tidak merancang untuk bersalin di Kuala Lumpur sebaliknya dia datang dari Ipoh untuk menziarahi saudara-maranya.

“Saya datang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Selasa). Jika tiada apa-apa masalah, mungkin saya dibenarkan keluar hospital pada tengah hari esok,” katanya lagi.

Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

google: Maizawati facebook, gambar anak Maizawati , Maizawati dapat anak, foto baby Maizawati, gambar baby Maizawati, skandal Maizawati

Dunia Hiburan Hipokrit, Bob Lokman Nekad Bersara

Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com

Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah,"

Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu.

Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti.

Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari.

"Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia.

"Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya.

Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya

Wednesday, April 27, 2011

Farah (AF) Menetap Di Pulau Pinang Selepas Kahwin


Penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, memilih untuk menetap di Pulau Pinang selepas berkahwin.

Farah yang bertunang pada Disember lalu dengan ahli perniagaan berasal dari negeri itu dijangka akan menamatkan zaman bujang pada September depan.

“Memandangkan bakal suami saya bekerja di Pulau Pinang, saya akan mengikutnya berpindah ke sana dan akan berulang-alik jika mempunyai urusan kerja serta melawat keluarga di Kuala Lumpur.

“Saya rasa tiada masalah untuk berulang kerana setakat ini saya hanya terikat untuk mengacara program Nasi Lemak Kopi ‘O’ pada setiap Jumaat di TV9.

“Selain itu, saya masih bergelar hos program Rasa Halal yang sedang memaparkan tentang negara Vietnam di Astro Oasis (saluran 106). Selepas ini, mungkin saya akan Korea atau Laos untuk mengikuti penggambaran program tersebut.

“Saya juga ditawarkan mengacara program Sekolah Saya Hebat untuk TV AlHijrah,” kata Farah.

Farah yang baru setahun mengacarakan program bual bicara pada waktu pagi itu akui rezekinya semakin menyerlah dalam bidang pengacaraan.

Malah dia seronok kerana banyak menimba ilmu tentang bagaimana untuk mengendalikan program secara langsung menerusi pengacara senior Aziz Desa.

“Apabila bergelar pengacara, banyak perkara yang saya perlu tahu kerana tugas saya bukan hanya berkomunikasi di depan kamera, tetapi saya perlu banyak membaca dan mengetahui tentang isu semasa bagi mengelakkan daripada berbual kosong.

“Dengan bimbingan Aziz Desa yang sangat berpengalaman bukan sahaja dalam bidang pengacaraan, tetapi juga pernah menjadi pembaca berita televisyen, ia juga sedikit sebanyak membantu saya,” ujarnya yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua.

Aziz juga berpendapat Farah merupakan seorang yang bijak berkomunikasi, berbakat, santai dan mudah serasi untuk bergandingan dengannya.

Shuib Menangis Siti Sarah Mengandung Dua Bulan


Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.

Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.

“Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.

“Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

“Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.

“Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung,” ujarnya.

Katanya, sejak berkahwin mereka sememangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.

“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.

Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.

“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.

Pasangan ini baru sahaja selesai penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan berduet untuk lagu Cinta Itu Nyawasebagai lagu tema filem tersebut.

Shuib bakal melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.

Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut

Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan.

Monday, April 25, 2011

Benjy Masih Di ICU


Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara sejak Rabu lalu kerana menghidap asma.

Menurut ibunya, seniwati Azean Irdawaty, setakat ini, keadaan Benjy masih lagi sama seperti hari pertama dimasukkan ke unit rawatan tersebut dan masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator).

"Buat masa ini dari segi tekanan darah dan degupan jantung Benjy berada dalam keadaan stabil.

"Cuma paru-parunya masih lagi tidak boleh bekerja dengan sendiri dan terpaksa menggunakan ventilator sehingga minggu depan.

"Sebab itu doktor memberi suntikan Anestetik untuk tidurkannya agar dia dapat bernafas tanpa menggunakan paru-paru dan sebaliknya menggunakan alat bantuan pernafasan tersebut," .


Kata Azean lagi, dia berdoa agar anaknya itu cepat sembuh dantidak mahu ambil tahu mengenai kesihatannya.

"Saya tak mahu tahu tentang kesihatan saya dan tak ambil kisah pun. Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk menguruskan kesihatan saya ini.

"Cuma apa yang penting sekarang ini, saya mahu benjy cepat sembuh dan kembali bergembira bersama keluarga seperti sebelum ini.

"Saya teringat lagi ketika Benjy tercungap-cungap kerana sukar bernafas, rasa seperti biarlah nyawa saya diberikan kepadanya dan saya sanggup pergi dahulu," ujarnya.

Tambah Azean, Benjy pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali kerana masalah penyakit yang sama.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.

Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.

Pelakon yang kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan pada Selasa, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang, 11 Mac 2010.

Dia juga didakwa memiliki 0.24 gram dadah sama pada pukul 4 petang, hari yang sama di rumah nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...