Selepas dikecam dengan dialog 'Nasi lemak 50 sen' dalam filem Cuti-Cuti Cinta, nampaknya pengarah terkenal Ahmad Idham masih tidak serik untuk menggunakan lebih banyak kata-kata atau dialog kurang enak di dalam filem terbarunya, Aku Masih Dara.
Malah, ada di antara dialog-dialog kurang enak tersebut yang benar-benar menyentuh sensitiviti orang kita. Antaranya ialah "Aku sangap lubang" yang diungkapkan oleh aktor Farid Kamil ketika merayu kepada pelakon Diana Amir.
Namun bagi Idham niatnya bukanlah untuk mengetengahkan perkara-perkara yang berbentuk negatif, sebaliknya dia berharap menerusi mesej dakwah yang diselitkan filem terbaru arahannya itu, ia diharap akan dapat dijadikan pengajaran di kalangan anak-anak muda zaman sekarang.
"Sengaja saya buat begitu, jika orang rasa dialog itu menjengkelkan, maknanya ia memberi kesan kepada penonton. Ini kerana dialog itu disampaikan oleh seorang penagih dadah yang memang sudah keruntuhan akhlak.
"Sebenarnya saya mahu mengetengahkan realiti sebenar kehidupan seorang remaja sebeb itu saya banyak menggunakan dialog-dialog yang lebih direct. Di samping itu, saya cuma mahu penonton dapat menerima mesej yang hendak saya sampaikan dengan mudah tanpa ada sebarang kekeliruan.
"Tambahan pula, filem ini berbeza daripada cerita dakwah yang lain kerana dia akan membawa penonton melihat bagaimana ustaz berdakwah secara terbuka sehingga boleh berdakwah di kelab malam," kata Idham yang ditemui selepas berkahirnya tayangan preview filem Aku Masih Dara di Cathay Cineplex e@curve, tengahari semalam.
Bagaimanapun, Idham berkata, dia sudah bersedia untuk menerima tohmahan daripada orang ramai berikutan filemnya itu.
"Saya harap orang ramai akan datang menonton cerita ini dengan pelbagai persoalan serta sifat ingin tahu terlebih dulu dan bukannya datang dengan terus memberikan tohmahan terlebih dahulu.
"Namun jika orang masih tidak faham dengan apa yang cuba saya nak sampaikan dan masih mahu mempertikaikannya, saya tidak boleh berbuat apa-apa dan saya sudah bersedia menerima segala tohmahan itu," jelasnya lagi kepada murai.com.my.
Filem yang memaparkan keruntuhan akglak remaja zaman sekarang ini membariskan pelakon muda seperti Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah, Ashraf Muslim dan Farid Kamil, Selain itu, ia turut dibantu pelakon berpengalaman seperti Riezman Khuzaimi, Hafidzudin Fadzil, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.
Aku Masih Dara memaparkan aktiviti remaja zaman sekarang yang terlibat dengan gejala sosial kurang sihat seperti pergaulan bebas, seks rambang, parti liar, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Saksikan kesudahan filem ini di seluruh pawagam tempatan pada 16 Disember 2010
Google: Ahmad Idham pengarah panas, Ahmad Idham facebook, gambar terkini Ahmad Idham
No comments:
Post a Comment