Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, January 14, 2011

Eja serik berlakon cerita hantu


SELAMA 14 tahun bergelar pelakon, filem Janin merupakan filem seram lakonan pertamanya, dan mungkin ini menjadi filem seram terakhir baginya.

Bukan tidak mampu menghayati watak kerana kemampuan Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin,39, dalam bidang lakonannya terutama dalam membawa watak yang berat sememang tidak dapat disangkal.

Tetapi dia serik untuk berlakon filem genre begitu kerana waktu penggambaran yang kebanyakannya dilakukan tengah malam dan awal pagi.

“Janin arahan Hitler Zami mungkin lakonan genre seram yang pertama dan terakhir.

“Tidak dapat dinafikan memang seronok berlakon filem ini tetapi kalau boleh saya tidak mahu berlakon filem sebegini kerana terlalu penat.

“Kalau boleh biarlah Janin menjadi filem seram terakhir saya kerana selain penat, watak fiem sebegini juga agak berat.

Cerewet

“Saya punya anak yang masih kecil dan keluarga saya juga perlukan perhatian. Filem seram banyak menguji kesabaran apabila terpaksa berhadapan dengan kemungkinan diganggu makhluk-makhluk halus," ujar Eja ketika ditemui di studio Utusan baru-baru ini.

Cerita Eja lagi, dia dan keluarganya pernah diganggu makhluk halus membuatkan dia lebih kuat mempercayai kewujudan alam ghaib dan harus berhati-hati dengan apa yang di lakukan.

Pernah sekali, anak kesayangannya menangis tanpa henti berhari-hari. Apabila dirujuk kepada ustaz, nyatalah ada yang 'menumpang' rumah mereka dan mengganggu si kecil itu.

Selama tiga bulan dia memainkan cakera pada bacaan surah Al-Baqarah di rumahnya dan dia serta suami sering mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga atas nasihat orang tua serta ustaz.

Menurut Eja, dia menerima tawaran berlakon filem itu kerana mesej yang disampaikan sungguh bermakna, bukan sekadar seram semata-mata.

Mengakui agak cerewet dalam memilih watak, ujar Eja, dia merupakan seorang pelakon yang menilai skrip dan hanya menerima tawaran jika jalan cerita itu meninggalkan kesan dengan sekali baca sahaja.

Menafikan dirinya mengada ataupun terlalu eksklusif, Eja cuma mahu berhati-hati dengan kerjayanya selain tidak mahu penonton bosan dengan dirinya andai terlalu kerap muncul.

“Saya merupakan pelakon watak serius. Setiap kali berlakon saya akan pastikan watak saya meninggalkan kesan.

“Janin ini lain kerana ia bukan sekadar seram tetapi ada ciri-ciri kekeluargaan, sesuatu yang jarang ada dalam filem seram tempatan," terang Eja yang turut berlakon drama seram arahan Ahmad Idham, Durja Ningsun.

google: Eja facebook, Eja twitter, gambar seksi Eja, skandal Eja, gosip eja, eja dan suami, gambar terkini Eja, drama terkini Eja, eja biodata

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...