Apatah lagi apabila terbit kata-kata sinis yang dihamburkan kepadanya gara-gara memegang status itu yang ada kalanya sukar untuk ditelan.
Ditambah pula kisah kegagalan episod cintanya bersama jejaka bernama Ryzal Marzuki beberapa bulan lalu yang didakwa berpunca daripada mulut individu yang dengki padanya.
Lantaran itu, penyanyi hitam manis, Noorul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul lebih berhati-hati menjaga tutur katanya terutama tentang kisah peribadinya.
Katanya, dia kini serik untuk berkongsi hal peribadinya kerana takut disalahertikan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan haru-biru dalam hidupnya.
Bagi Nurul, rutin kehidupannya lebih tenteram apabila ruang privasinya tidak diceroboh dan diketahui umum.
Pengalaman yang dialami sebelum ini memberikannya seribu satu pengajaran yang penuh makna dan membuatkannya semakin tabah.
"Apabila kisah cinta saya dipaparkan di dada akhbar, ia menjadi modal orang yang berniat jahat untuk memburukkan saya.
"Jadi, biarlah saya sendiri sahaja yang mengetahui sama ada saya sudah berpunya atau pun belum.
"Dengan cara ini, saya lebih selesa untuk bergerak tanpa memikirkan cemuhan orang lain. Siapa saya nak menutup mulut mereka?" luah Nurul.
Menyelak sedikit cerita yang pernah mengguris hatinya, Nurul memberitahu, dia pernah dilabelkan dengan pelbagai andaian negatif gara-gara dikatakan menjaja kisah peribadinya.
Jelas Nurul, perkara sebegitulah yang membuatkannya terasa hati. Lantas, dia bertekad untuk mengunci rapi mulutnya daripada terus berkata-kata perihal 'kain sendiri'.
"Kain saya, biarlah saya sahaja yang jaga. Saya pun tidak mahu menjaga tepi kain orang. Jika sudah sampai jodoh, barulah saya akan uar-uarkan.
"Mulai sekarang, saya cuma ingin berkongsi cerita mengenai karier seni saya sahaja. Nanti, tidak ada agi orang bercakap saya cari publisiti murahan," luah penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kerana Terluka itu tentang apa yang terbuku di hatinya selama ini.
Duta kanta lekap Colour View
DALAM pada itu, Nurul kini telah pun menandatangani kontrak bersama pengeluar kanta lekap jenama Colour View selama dua tahun.
Dia yang mula menggunakan produk tersebut sejak April tahun lalu memberitahu, kanta lekap tersebut amat selesa digunakan.
"Ia terlalu lembut sehinggakan saya tidak sedar yang saya sedang memakainya.
"Kanta lekap ini juga tahan lama sehingga 12 jam sehari dan mata saya tidak cepat kering ketika menggunakannya," jelas Nurul yang mula memakai kanta lekap sejak 1996 lagi.
No comments:
Post a Comment