Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, December 20, 2010

‘Saya pun tak tahu’


“SEBENARNYA saya bukan sengaja menyorokkan berita majlis pertunangan daripada pihak media, sebaliknya saya tidak ingin menghebohkannya dulu kerana bertunang pun belum pasti kita akan berkahwin lagi.

“Saya juga belajar dari pengalaman lalu.
“Tolonglah fahami keadaan saya kerana saya pun tak tahu ia majlis pertunangan kerana pada peringkat awal, keluarganya hanya datang bawa cincin tanda untuk majlis merisik saja.

“Majlis bertukar menjadi majlis pertunangan apabila Shuib membuat kejutan itu pada majlis yang berlangsung pada 16 November lalu di rumah keluarga saya di Kuala Selangor. Ia hanya dihadiri anggota kawan rapat dan anggota keluarga terdekat saja,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raisuddin.

Sarah mengulas isu dia dikatakan menyorokkan berita pertunangannya dengan Shahmira Muhammad, 26, atau Shuib Sepah (Raja Lawak) daripada pihak media dan peminat.


Bagaimanapun, kata Sarah yang juga anak kepada pelakon veteran, Raisuddin Hamzah itu, keluarga mereka belum menetapkan tarikh pernikahan lagi.

“Majlis pernikahan kami dirancang pada tahun depan cuma belum dapat tarikh yang sesuai lagi. Kami akan berbincang soal majlis pernikahan selepas Shuib selesai kerjanya dalam tempoh dua bulan lagi. Insya-Allah, saya akan mengundang pihak media pada hari bersejarah itu nanti. Kami juga lebih suka serahkan soal nikah pada Tuhan,” katanya.

Sarah ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan balung keluaran Balung Natural Herbal Sdn Bhd yang berlangsung di Hotel Concorde Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya, ciri-ciri yang ada pada Shuib yang berjaya menawan hatinya, kata Sarah, Shuib tidak pernah mengongkongnya.

“Saya juga tidak perlu memakai alat solek ketika kami keluar bersama dan dia menerima siapa saya dan melayan seperti orang biasa. Saya sangat suka dirinya yang sederhana dalam setiap perkara.

“Shuib buat saya selesa. Dia melayan saya seperti seorang wanita. Kami sama-sama sibuk, tetapi dia tetap ada masa untuk saya.

“Kalau orang tanya kriteria lelaki pilihan, saya tak kisah pun dia lelaki mat salih, Melayu atau Jawa, yang penting dia buat saya bahagia,” katanya.

Berkongsi cerita detik perkenalan, kata Sarah, semua bermula ketika mereka menjayakan rakaman program Gelak Khas untuk Astro Warna pada Oktober 2009.

“Pada mulanya, kami hanya kawan biasa dan selepas itu ia istimewa sehingga kami ingin melangkah ke fasa lebih serius lagi,” katanya.

Lebih bermakna, kata Sarah, hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

“Ibu bapa tak kisah siapa pilihan saya. Apa yang penting si dia buat saya bahagia. Shuib juga berani menghubungi bapa dan dia juga meminta izin bapa untuk melamar saya. Jarang orang berani menghubungi bapa saya menerusi telefon sepertinya.

“Shuib juga menghormati keluarga saya. Dia rapat dengan abang dan adik saya,” katanya.

Jika nak diikutkan, Sarah mengakui dia sudah bersedia melangkah ke alam rumah tangga.

“Saya sudah berusia 26 tahun dan akan melangkah ke usia 27 tahun depan. Saya sudah matang untuk berkahwin,” katanya.

Sebelum ini, Sarah pernah bertunang dengan jejaka berasal dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robinson, tetapi ia putus di tengah jalan.

Pada masa sama, kata Sarah, dia jarang berhubung dengan bekas tunangnya itu,
Dalam perkembangan lain, kata Sarah, yang sudah lima tahun tidak muncul dengan album baru, dia merancang untuk tampil dengan single terbarunya selepas berkahwin nanti

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...