*** Wow! Create your own iPad & you may win an iPad from Maxis ***
*** Check out Rosevelt's debut music video and single, Madicine on YouTube now! ***
*** Check out Rosevelt's debut music video and single, Madicine on YouTube now! ***
Namanya tidak segah dahulu. Tiada lagi fenomena Mawi. Semuanya seakan terkubur selepas lelaki ini mengambil keputusan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati. Pernah menyampaikan hasrat untuk bergerak aktif di belakang tabir dan mengurangkan kerjaya seni, namun itu semua hanyalah luahan kecewa Mawi tatkala ditimpa kontroversi bertalu-talu mengenai prinsip hidup dan suri pilihannya.
"Mana mungkin saya lupakan bidang nyanyian kerana orang mengenali saya daripada situ dan saya memang minat menyanyi," kata Mawi.
Kembali menyerikan industri dengan suara jantannya. Namun kemunculan Mawi tidak sendiri. Lebih senang bersandar harapan kepada penyanyi popular tanah air untuk menaikkan kembali popularitinya. Mawi meneruskan kesinambungan karier dengan merakamkan 15 buah lagu dengan 12 daripadanya adalah lagu duet bersama M. Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Zamani dan ramai lagi.
"Ya memang betul saya tumpang populariti mereka," Mawi berseloroh.
Menyatakan keterujaan diberi peluang merakamkan lagu bersama pujaan hatinya dalam bidang seni suara. Tuturnya, penantian dua tahun membuahkan hasil apabila keinginannya selama ini diterjemahkan dalam bentuk album.
"Idola saya di dalam album ini mempunyai pengikut tersendiri dan secara tak langsung pengikut kami akan bergabung mendengar dendangan kami. Memang tak dapat dinafikan, ia turut membantu menaikkan kembali populariti saya.
"Sepatutnya Datuk Siti Nurhaliza juga terlibat, namun ada masalah teknikal yang tidak boleh dielakkan dan perjanjian tersebut dibatalkan," ujarnya yang turut meluahkan hasrat untuk muncul dengan album berentak R&B mengikut acuan tersendiri.
Mawi Idolaku memuatkan lagu-lagu popular antaranya Tak Mungkin Berpaling (Zamani), Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan), Lagu Jiwa Lagu Cinta (M. Nasir), Menyesal Tak Guna (Jay Jay), Siti Haida (Jeffrydin), Geram (Aznil) dan dua lagu baru iaitu Barangkali dan Menanti Hikmah. Menurut Mawi, Menanti Hikmah diciptakan rakyat Malaysia berbangsa Cina yang kini menetap di Korea. Oleh itu tidak hairanlah jika lagu ini mengandungi sentuhan muzik Korea.
Gosip Mawi Berkahwin Lagi
Tertawa Mawi tatkala pertanyaan gosip perkahwinan singgah di telinganya. Menjelaskan keadaan sebenar, ujar Mawi gosip yang bertebar di alam maya itu mungkin terbit tika dirinya menjadi saksi kepada pernikahan bapa saudaranya di Pahang.
"Saya dengar gosip saya kahwin lagi satu di Pahang. Puncanya mungkin sebab saya duduk bersebelahan imam untuk akad nikah pada waktu itu, sedangkan saya hanya menjadi saksi. Orang pula mengambil gambar dan mungkin dari situ gosip timbul. Tapi semuanya tak betullah.
"Hanya Ekin isteri saya dan saya akan jaga Ekin sebaik mungkin. Saya mahu bimbing isteri ke syurga," kata Mawi sambil diperhatikan Ekin.
Usia perkahwinan mereka sudah pun masuk tahun kedua, namun rezeki menimang cahaya mata belum kesampaian. Dua kali keguguran, ujar Ekin kini dia sedang mempraktikkan rawatan tradisional bagi memastikan citi-cita mendapatkan zuriat tercapai.
"Kami memang nak anak tapi tak ada rezeki. Sekarang Ekin cuba rawatan alternatif dan berurut, semoga membuahkan hasil. Dapat seorang pun jadilah.
"Ekin bagi masa enam tahun untuk dapat anak, kalau tak dapat juga, mungkin kami akan ambil anak angkat," katanya yang sedang mengusahakan perniagaan Medan Selera Lambai Lambai di Johor.
google: mawi facebook, gambar terbaru mawi, skandal terbaru mawi, gosip terbaru mawi, album terbaru mawi, mawi terbit album baru, mawi kahwin lagi, cinta baru mawi, gosip terbaru ekin, cinta mawi dan ekin, mawi af
No comments:
Post a Comment