Pasangan itu dinikahkan oleh Imam masjid Kampung Pandan, Wan Imran, kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan lebih kurang 100 anggota keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Adam yang sah bergelar suami kepada Norliza itu dengan dua kali lafaz turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300, wang hantaran sejumlah RM3100 serta 13 dulang dibalas 15.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Adam dan kedua buat Norliza yang telahpun memiliki dua orang anak, Mohd Radhi, 25 dan Mohd taqbir, 17.
Beritahu Adam, dia tidak sangka dirinya akan dijodohkan dengan rakan sekolahnya dan menjadi seorang suami ketika usianya sedang hampir ke pertengahan abad.
Hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki kepada Norliza.
"Sebenarnya kami merupakan kawan sekolah. Selepas Norliza kahwin, kami tidak lagi berhubung.
"Kemudian, setelah 30 tahun kami tidak berjumpa, tiba-tiba saya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada Norliza.
"Masa itu, Norliza kembali solo, suaminya telah meninggal empat tahun yang lalu. Bila kami berjumpa kembali dan kebetulan pula masing-masing tidak berpunya, kami tidak buang masa dan membuat keputusan untuk berkahwin.
"Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Semoga jodoh kami dapat kekal sehingga ke akhir hayat," katanya pada majlis perkahwinannya yang berkonsepkan hijau dan putih.
Adam Ahmad dan Norliza diapit oleh Mohd Radhi (kanan) dan Mohd Taqbir (kiri)
Sementara itu, Adam yang baru sahaja menyiapkan lagu baru penyanyi dan pelakon, Eira Syazira, berjudul Di hati Ini berkata, berkemungkinan besar dia dan isteri akan membuka sebuah perniagaan pada tahun depan.
Pasangan itu juga mungkin akan mula mencipta lagu bersama untuk para penyanyi yang memerlukan khidmat mereka.
Bagaimanapun, Adam enggan menyambung karier nyanyiannya buat sementara waktu ini.
google: Adam Ahmad facebook, Adam Ahmad menikah, Adam Ahmad tamatkan zaman bujang, Adam Ahmad berkahwin
No comments:
Post a Comment