Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, November 21, 2010

Selamat Pengantin Baru Elyana - Khairul

Artis Malaysia

Artis Malaysia

Jatuh air mata seorang lelaki tatkala selesai lafaz akad nikah sekaligus menjadikan kedua mempelai, Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana dan Khairul Anuar Haji Hussin sah sebagai suami isteri.

Debaran menanti ketibaan pengantin lelaki yang lewat lebih satu jam akhirnya terurai apabila keduanya diijabkabulkan sendiri oleh ayahanda Elyana, Emrizal bin Shamsuddin dengan mas kahwin bernilai RM80.00 pada tepat jam 9.40 malam.

"Berdebar yang teramat sangat saat sebelum dinikahkan. Sebelum ni, saya relax dan tak sabar menunggu hari ini. Namun bila sudah masuk majlis dan duduk di atas pelamin, barulah segala perasaan bercampur baur dan saya fikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas bergelar isteri," ujar Elyana sejurus selepas majlis berlangsung

Bagi Khairul pula, dia tidak menyangka akan dinikahkan sendiri oleh bapa mertuanya kerana pada permulaannya, mereka telah bersetuju untuk menggunakan khidmat kadi.

"Memang takut bila sudah duduk dan menunggu untuk akad. Saya ni berdarah gemuruh, cepat panik, lebih-lebih lagi bila tengok banyak kamera. Untuk akad ni pun saya berlatih seminggu agar tak gugup.

"Saya memang terkejut apabila dinikahkan sendiri oleh ayah mertua sebab pada perancangannya, tok kadi yang akan nikahkan kami. Teruja dan bangga sangat ayah sudi sebab sebelum ini, kakak Elyana juga dinikahkan oleh kadi," katanya menambah kelewatannya disebabkan menunggu kehadiran kekanda tercinta yang datang dari Pahang.

Pasangan ini memilih melangsungkan hari bersejarah mereka di Duchess Place sebagai lokasi mengikat utuh kasih. Merpati dua sejoli ini sepakat menetapkan RM22,000 sebagai wang hantaran yang disifatkan mempunyai simbolik tersendiri lantaran Khairul melamar Elyana berumur 22 tahun.

Elyana melahirkan kesyukuran kerana jodoh telah menyatukan hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.

"Saya memang sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan bersyukur sangat kerana akhirnya saya bertemu dengan lelaki yang boleh handle perangai saya," tambahnya belum merancang mendapatkan anak dalam masa terdekat.

Bagi Khairul pula, tidak mudah menambat hati wanita yang popular dengan lagi Ironi dan Kalis Rindu ini.

"Banyak cabaran dalam hubungan kami kerana dia seorang artis. Namun saya hargai kejujuran yang ada padanya kerana setiap apa yang dilakukan pasti akan diberitahu. Dia pandai jaga diri dan saya letakkan 100 peratus kepercayaan padanya.

"Tengok dia seorang yang sempoi dan selamba, tapi sebenarnya dia ni sangat romantik. Setiap kata-kata yang keluar pasti berbunga-bunga," katanya yang tidak menghalang pembabitan seni isterinya selepas berkahwin.

Elyana tampil langsing dan anggun dengan busana berbentuk kurung moden biru Tiffany dengan kilauan lebih 3000 swarozki yang diuliskan di atas busana istimewa yang diilhamkan khas Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak pengantin dengan jumlah yang sama. Hantaran dari pihak lelaki termasuklah setepak sireh, sebentuk cincin berlian Estrella, seutas jam tangan Cerruti, sepasang beg dan dompet Louis Vuitton, set haruman Lovely Sarah Jessica Parker dan manisan berbentuk coklat.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sireh junjung, sebentuk cincin Estrella, seutas jam tangan Tag Heuer, sepatu Lacoste, dompet Louis Vuitton, set haruman Bulgari dan buah-buahan

Artis Malaysia

Artis Malaysia

google: elyana kawin, elyana berkahwin, elyana nikah, elyana bernikah, pengantin baru elyana, selamat pengantin baru elyana, elyana sudah berpunya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...