Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, November 19, 2010

Ratu Rock Ella Bakal Gegar Rusia Untuk Konsert Tiger Summit

Artis Malaysia

"Saya tak sangka dan menduga dalam ramai-ramai artis tempatan, saya yang terpilih untuk mewakili negara untuk beraksi di konsert Tiger Summit yang bakal diadakan di Rusia tahun ini. 2010 Bagi saya ini satu rezeki dan Alhamdulillah impian saya untuk membawa muzik kita ke luar negara bakal terlaksana," kata Ella ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas penyertaannya dalam konsert Tiger Summit yang akan berlangsung pada 23 November ini.

Selebriti berusia awal 40-an ini turut menjelaskan, dia sendiri amat berbangga kerana terpilih untuk terlibat dalam konsert tersebut yang dihadiri ribuan masyarakat dunia serta pemimpin negara dan selebriti popular yang lain.

"Saya sangat gembira kerana penganjur bukan main pilih sebarangan sebaliknya mereka lihat pencapaian yang kita dah buat, apa penglibatan kita juga dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta pelbagai lagi.

"Terpilih bagi saya satu bonus kerana saya akan menghiburkan masyarakat dunia yang hadir bagi satu tujuan iaitu mahu menyelamatkan species harimau di dunia ini. Selain dapat bertemu artis-artis Hollywood popular antaranya yang saya dengar akan hadir ialah Leonardo DiCaprio, Angelina Jolie dan Harrison Ford," katanya dalam nada yang girang.

Anjuran Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) , Tiger Summit merupakan sebuah persidangan bagi membincangkan cara terbaik menyelamatkan kepupusan harimau di dunia ini yang bermula pada 21 November selama empat hari. Selain Malaysia, antara negara lain yang turut serta ialah Thailand, Myanmar, India, Kemboja dan China.

Menyambung perbualan tutur Ella, dia bakal beraksi bersama band Love Beggars selama hampir sejam di konsert tersebut bersama empat lagi artis lain antaranya Mummy Troll dari Rusia.

"Saya akan menyanyikan lagu-lagu seperti Kesal, Bayangan, Layar Impian serta Standing In The Eyes Of The World. Bukan itu sahaja, saya juga merancang untuk menerapkan elemen persembahan Satu Malaysia semasa nyanyian saya kelak," katanya yang bakal berlepas ke Rusia pada malam 21 November 2010 ini.

Dalam pada itu, Ella turut berkongsi cerita mengenai konsert jelajah dunianya yang bakal berlangsung tahun hadapan.

"Semuanya telah diatur serta lokasinya juga telah dikenalpasti. Antara negara yang akan saya kunjungi dan mengadakan persembahan di China, Eropah, dan negara-negara Asia.Kita sekarang hanya sedang menyusun tarikh konsert sahaja," katanya yang bakal mengadakan sidang media mengenai konsert jelajah tersebut sedikit masa lagi

Google: ella, ella gegar rusia, ella cun, ella ratu rock, ella konsert, konsert ella, ella mantap, ella cantik, rusia, ella rusia, ella facebook, ella twitter, ella hot, ella seksi, ella myspace, ella gambar terkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...