Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Friday, November 19, 2010

Raja Ilya Bakal Ke Bollywood

Artis Malaysia

Bukan mudah mahu meneroka ke pasaran antarabangsa dan bukan calang-calang orang yang layak menerima penghormatan sebegitu. Namun itulah tuah Raja Ramilah Raja Mohd atau lebih mesra dengan panggilan Raja Ilya, 25, peluang keemasan ditawar watak utama dalam filem Love Is Blind membuka lembaran baru dalam karier lakonannya. Digandingkan bersama hero ternama Ravi Kishan bakal menyaksikan aktres kelahiran Ipoh, Perak ini mengorak langkah lebih jauh ke persada dunia.

"Peluang ini datang secara kebetulan sebab Ilya merupakan duta bagi Bollywood Academy. Pengarah filem ini datang ke Malaysia untuk berbincang dan tawarkan Ilya watak utama. Kemungkinan besar Ilya akan ke sana pada hujung tahun ini untuk mulakan penggambaran.

"Tak jadi masalah untuk cakap Hindi sebab keluarga Ilya sendiri ada darah keturunan India. Harapnya kerjaya Ilya akan terus berkembang di sana kerana pasaran filem mereka lebih luas.

"Impian Ilya nak jadi macam Datuk Michelle Yeoh yang berjaya di Hollywood. Ilya nak ke pasaran antarabangsa. Kalau tak dapat ke Hollywood, Bollywood pun bolehlah," ujarnya yang aktif membintangi beberapa drama Melayu dan Tamil.

Sungguh tidak disangka sepanjang menonton Appalam, filem Tamil arahan Afdlin Shauki, gadis jelita yang memegang watak Shruti, sebenarnya bernama Raja Ilya. Raut wajah persis bintang Bollywood dan lakonan yang sungguh berkesan sebagai gadis berketurunan India membuatkan ramai penonton yang keliru dengan identiti sebenarnya.

Gadis berdarah Melayu-Malayalam mengakui sukar untuknya menjiwai watak yang turut dibawakan oleh Liyana Jasmay menerusi Papadom, namun baginya tiada alasan kukuh untuk menolak tawaran berharga itu.

"Apabila ditawarkan watak utama, Ilya akui susah untuk bawa watak tersebut kerana perlukan sepenuh jiwa untuk menggambarkan perasaan. Disebabkan watak itu menggambarkan Shruti waktu sekolah dan Kolej, Ilya cuba untuk tidak nampak gedik atau over. Susah sebenarnya nak buat-buat comel (ketawa). Rasanya selepas lihat sendiri hasilnya, Ilya percaya watak tersebut sudah disampaikan dengan baik.

"Ilya harap tak timbul isu Ilya masuk ke kuil atau melakonkan watak gadis berketurunan India. Dalam filem ini pun lebih banyak tunjukkan budaya dan bukannya agama. Bukan bermakna bila Ilya berlakon jadi orang India, Ilya murtad. Ini bukannya isu sensitif kerana kami cuba tonjolkan nilai budaya Malaysia yang tinggi," katanya yang lebih dikenali di kalangan peminat India.

Appalam turut menampilkan Afdlin Shauki, Jaclyn Victor, Shashi Taran dan Syarifah Amani. Karya pengarah terkenal ini mengimbau kehidupan dan corak penceritaan yang hampir sama dengan Papadom, namun lebih kepada sosial budaya kaum India di Malaysia.

google: Raja Ilya ke bollywood, Raja Ilya cantik, Raja Ilya bercinta, Raja Ilya seksi, Raja Ilya berlakon, Ilya bercinta, Raja Ilya glamour, dan Raja Ilya cun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...