Segala Cerita Artis Malaysia Yang Sensasi, Yang Glamour Dan Yang Terkini
Followers
Berita Terkini
Friday, November 26, 2010
Siti Nurhaliza Tak Mahu Dilabel Penyanyi No.1 Lagi?
Berhenti sebelum kenyang! Itulah pepatah yang digunakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed sewaktu tokoh negara yang dikagumi dunia ini mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada tugasnya mentadbirkan rakyat dan negara.
Nampaknya, konsep yang sama juga telah digunakan penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza Tarudin tatkala dia membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010).
Malah, dia mengakui apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir telah mencetuskan inspirasi yang sama baginya untuk berbuat demikian. Lebih-lebih lagi setelah mendapat nasihat yang serupa daripada beberapa golongan VIP.
Apapun, hasrat Siti untuk menarik diri daripada menjadi calon ABPBH bermula daripada ABPBH 2010 pada tahun ini hingga pada masa-masa akan datang akhirnya sudah pun tercapai. Keputusan muktamad penyanyi lagu Cindai ini telah disahkan olehnya sendiri dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang semalam.
Selain hanya mahu jadi penonton dalam acara anugerah yang berasaskan populariti itu Siti juga mahu memberi peluang kepada bakat baru dalam hiburan seni tanah air lain untuk merasai kejayaan manis seperti yang pernah dia lalui sebelum ini.
"Cukuplah dengan kejayaan yang saya capai di ABPBH selama ini dan saya bersyukur atas penghargaan yang diberikan itu.
"Kini tiba masanya saya hadir pada majlis itu sebagai penonton yang sentiasa memberi sokongan dari apa sudut sekalipun dalam memartabatkan industri hiburan tempatan.
" Bukan mahu menguji siapa pula yang akan menggantikan saya tetapi hanya mahu memberi peluang pada bakat-bakat baru pula. Ikhlas saya katakan, saya tak ingin lagi orang melabelkan saya sebagai penyanyi atau selebiriti no.1 lagi kerana bagi saya title itu tak akan berkekalan sampai bila-bila.
" Lagipun saya percaya suatu hari nanti akan ada orang yang akan menggantikan tempat saya," jelas Siti yang sudah yang pernah mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular selama 14 tahun berturut-turut.
Menurut Siti lagi, dia bagaimanapun tidak akan menarik diri untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti yang dilakukan di ABPBH kerana dia akui dua acara anugerah tersebut adalah sangat berbeza dari segi pendekatannya.
"Tidak mungkin saya akan menarik diri pula untuk AIM kerana kedua-duanya acara pengiktirafan yang berbeza. Jika di ABPBH hanya mencalonkan dan mewakilkan nama saya sendiri tetapi di AIM melibatkan orang-orang yang bekerja dalam pembikinan lagu dan album saya.
"Saya juga mahu melihat orang-orang seperti produser, komposer lagu dan sebagainya diberi pengiktirafan kerana saya rasa mereka layak menerimanya. Jika saya menarik diri nampak sangat saya ini seperti hanya mementingkan diri sendiri," jelasnya lagi kepada murai.com.my.
Begitu juga dengan Shout! Awards. Kata Siti, biarpun dia sudah kalah selama 2 tahun berturut-turut dalam anugerah tersebut, tetapi tiada sebab untuk dia mengundurkan diri.
"Walaupun Anugerah Shout! Awards masih baru dan berasaskan populari, namun Siti lihat ia mempunyai pendekatan serta level yang tersendiri. Jadi, Siti rasa Siti masih mahu menyertai dan memeriahkan anugerah tersebut," katanya.
Siti yang sudah mula aktif kembali ke bidang seni setelah sekian lama berehat, walaubagaimanapun kini terpaksa memperlahankan aktiviti seninya berbanding dahulu.
"Kini saya dah mula bekerja balik. Cuma tidak aktif seperti saya sebelum kahwin serta perlu juga memilih mana-mana show yang sesuai sebelum menerimanya.
"Lagipun Siti sekarang sedang menumpukan pada produk kecantikan SimplySiti. Kami dalam proses untuk mengeluarkan produk baru lagi untuk akan datang," tambahnya lagi"
google: siti nurhaliza, siti nurhaliza facebook, siti nurhaliza twitter, siti berhenti menyanyi, siti bukan lagi penyanyi no.1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment