Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, November 27, 2010

Sekadar pinjam nama popular - Nur Kasih

SEBAIK melangkah ke dalam Character Hall, Sekolah Seri Suria, Hulu Langat, tiada satu pun bintang drama bersiri popular, Nur Kasih seperti Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kelihatan di dalam dewan.

Apakah mereka berada di belakang pentas? Persoalan demi persoalan mula bermain-main di minda semasa ditugaskan membuat liputan Konsert Amal Nur Kasih yang berlangsung, baru-baru ini.

Namun, selepas dirisik memang tiada langsung kena-mengena konsert itu dengan drama atau filem Nur Kasih yang bakal menemui penonton di pawagam tahun depan. Sebaliknya, pihak sekolah hanya 'meminjam' nama Nur Kasih sebagai tema malam persembahan. Begitulah kuatnya aura Nur Kasih.

Sekalipun tiada pelakon berkenaan, konsert sepanjang hampir dua jam itu menyaksikan tetap terisi dengan persembahan yang boleh dicontohi.

Menggabungkan guru serta pelajar termasuk artis tempatan seperti Heliza, Hafiz Hamidun, Saff-Wan dan Mirwana, ia sememangnya layak diberi pujian.

Pengisian konsert yang berkonsepkan kemanusiaan dan Islamik itu sendiri cukup menyentuh perasaan dan memberikan kesedaran.

Segmen paling menarik ialah mendengar juara program Adik-adikku, Wajih Zakwan berpidato dengan menjadikan amalan Rasulullah s.a.w sebagai contoh berguna untuk dikongsikan bersama penonton.

Dia bukan saja petah dan mempunyai intonasi yang bagus, tetapi juga gaya yang mampu membuatkan setiap mata tertumpu kepadanya. Sekali-sekala disulam dengan jenaka bersahaja dan tentunya paling mengagumkan pada usia 12 tahun, Wajih sudah mampu menghafal surah al-Quran selain terjemahan hadis.
Gabungan guru dan pelajar pula tidak kurang hebatnya apabila memaparkan lakonan cemerlang menerusi topik anak derhaka. Siapa sangka, sebilangan besar penonton tersentuh lalu mengalirkan air mata meskipun mereka itu bukan pelakon profesional.

Heliza sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan turut memuji usaha yang dilakukan pihak sekolah berkenaan serta penduduk setempat untuk mengumpul dana membangunkan Surau Al-Muqarrobin.

"Tidak banyak pihak yang sudi melakukan usaha seperti ini apatah lagi bila ia membabitkan penubuhan surau atau masjid, justeru usaha yang dilakukan pihak Sekolah Seri Suria dan penduduk setempat harus diberikan pujian.

"Saya berbangga dan terharu kerana diberi diundang sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan. "Dunia pendidikan atau golongan pelajar begitu dekat di hati saya kerana sebelum ini bercita-cita nak jadi cikgu, tetapi terarah pula kepada bidang seni.

"Jadi apabila menerima jemputan daripada Sekolah Seri Suria untuk menjayakan persembahan Konsert Amal Nur Kasih ini memang saya tidak mampu menolak. "Seronok melihat konsert itu mendapat sambutan di kalangan pelajar, guru-guru termasuk ibu bapa. Walaupun konsert sudah berakhir penonton masih tidak berganjak," katanya.

Pada malam itu Heliza membawakan lagu barunya, Warna Sendu Tarian Jiwa ciptaan Aidit Aldian, Standing In The Eyes yang dipopularkan Ella dan Wassini (Waheeda).

Pendek kata, bukan sekadar hiburan semata-mata di sebalik penganjuran konsert itu membawa matlamat yang sungguh murni bagi mengumpul dana khusus untuk pembinaan dan menaik taraf surau terbabit.

Melalui klip yang ditayangkan, selain golongan VIP, pelakon Rosyam Nor antara yang bermurah hati memberikan sumbangan.

Bagaimanapun, Surau Al-Muqarrobin masih memerlukan dana untuk memastikan ia dapat digunakan dengan selesa oleh penduduk Taman Perkasa.

Konsert yang menyaksikan kehadiran lebih 1,000 tetamu itu cuma mengenakan tiket berharga RM10 untuk dewasa manakala RM7 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...