Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, February 14, 2011

Ameng Mengaku Bersalah Atas Dua Pertuduhan Memiliki Dadah


Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Februari 2011, pukul 5.20 petang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan.

Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman ini membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Ameng yang memakai baju berwarna coklat dan berseluar jeans kelabu kelihatan tenang semasa dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Zaharah Hussin.

Isterinya yang bertudung tidak mengaku bersalah ketika dibacakan dua pertuduhan yang sama ke atas Ameng.


Ameng ketika prosiding memohon supaya mahkamah membebaskan isterinya kerana beliau (Sabariah) tidak bersalah.

"Saya harap jasa baik tuan hakim untuk lepaskan isteri (saya) kerana semua ini kesalahan saya," katanya sambil menambah mereka mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun yang sedang sakit lelah dan sangat merindukan isterinya.

Beliau berkata anaknya itu kini dijaga oleh ibu mertuanya di Masjid Tanah, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ifa Sirhhu Samsudin yang memberitahu mahkamah selepas rayuan Ameng bahawa pertuduhan itu adalah tentativ kerana belum diketahui berat dadah secara bersih.

Katanya beliau masih menunggu laporan kimia bagi perkara itu dan meminta sebutan semula kes yang ditetapkan oleh mahkamah pada 12 April depan.

Ameng pada 1 November tahun lepas dikenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...