Danny memberitahu, majlis pertunangan itu akan diadakan di rumah keluarga Zaidatul atau mesra dengan panggilan Leen di Kampar, Perak.
"Inilah yang dikatakan jodoh kerana perkenalan kami singkat iaitu dalam tempoh tujuh ke lapan bulan sahaja.
"Dia pilihan hati kerana bukan sahaja dia sesuai dengan jiwa saya tetapi paling penting, dia memahami kerjaya saya," katanya.
Danny berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Agro-Xplorasi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, terbitan Media Prima yang disempurnakan oleh menterinya, Datuk Seri Noh Omar di Sri Pentas, Bandar Utama di sini hari ini.
Agro-Xplorasi merupakan sebuah program berbentuk dokumentari, diterbitkan sebanyak 10 episod, mula disiarkan pada 26 Februari ini di TV3 pada setiap Sabtu pukul 7.30 malam.
Danny selaku hos bagi program tersebut bersama Annahita Bakawalli dan Nazrudin Rahman (Naz) berkata, sekiranya tiada aral melintang, majlis pernikahannya akan diadakan penghujung tahun ini.
Sementara itu, Zaidatul Norfazleen yang hadir menemani Danny di majlis yang sama memberitahu, semasa mula-mula mengenali bakal tunangnya itu, dia tidak tahu Danny ialah seorang artis mahupun selebriti.
Jelasnya, ini kerana kesibukannya sebagai pramugari menyebabkan dirinya tidak mengambil tahu mengenai dunia arits.
"Hanya selepas itu, barulah saya tahu siapa Danny dan mengikuti sedikit tentang kerjayanya," katanya.
Tambah Zaidatul Norfazleen, walaupun tempoh perkenalan mereka singkat, namun sikap Danny amat menyenangkan dan percaya pelakon itu adalah calon suami terbaik bagi dirinya.
No comments:
Post a Comment