Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, February 17, 2011

Intan Ladyana Tak Kisah Dilabel Pelakon 'Kaku'


Pelakon jelita Intan Ladyana Mohamad Yahaya,28, memberitahu tidak kisah dengan pertikaian segelintir pihak yang melabelnya sebagai pelakon kaku.

Kata aktres yang mesra disapa Intan itu, penilaian penonton terhadap lakonannya adalah subjektif.

Walaupun mengakui ada pihak yang mempertikai mutu lakonannya, Intan tidak menghadapi sebarang masalah atau rungutan daripada pengarah atau penerbit drama dan filem yang dibintanginya.

Terbaru, Intan yang menggalas watak gadis kembar bernama Ana dan Ani dalam filem komedi Kembar Siang mengakui tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang bekerja di bawah pengarah filem Hatta Azad Khan.

"Memang saya pernah dengar ada pihak menggelar saya bukan pelakon yang baik dan kaku tetapi berdasarkan reaksi pengarah filem Hatta Azad Khan, dia berpuas hati dengan kerja saya.

"Malah, sepanjang penggambaran filem ini, tidak pula saya terpaksa mengulangi sesebuah babak berkali-kali, semuanya dapat dirakam satu kali sahaja.

"Jadi, apa yang lebih penting ialah untuk memuaskan hati pengarah dan penerbit," katanya selepas pra-tonton filem tersebut di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara, di sini, Rabu.

Intan (empat, kanan) bersama barisan pelakon dan penerbitan filem Kembar Siang pada pra-tonton filem itu di Cathay Cineplex e@Curve, Rabu.

Mengulas lanjut, Intan berkata, walaupun dia cuba memperbaiki lakonannya dari masa ke semasa, pandangan segelintir pihak yang masih menilai lakonannya menerusi filem Jangan Pandang Belakang kira-kira empat tahun lalu menyebabkan dia terus digelar sebagai pelakon kaku.

"Sejak mula dikenali menerusi filem Jangan Pandang Belakang, saya tidak boleh menidakkan penilaian orang terhadap mutu lakonan saya. Apa jua pandangan orang sama ada yang baik atau sebaliknya adalah hak masing-masing.

"Sebagai pelakon, saya cuba meningkatkan mutu lakonan dari masa ke semasa. Mungkin pihak yang melabelkan saya seorang pelakon yang kaku tidak mengikuti perkembangan drama dan filem saya.

"Saya tidak boleh menilai kualiti lakonan saya hari ini kerana bimbang orang akan menganggap saya syok sendiri pula. Walaupun ada pihak menyelar lakonan saya tetapi rata-rata peminat di laman Twitter memuji peningkatan saya," katanya yang mengakui sedih dan terkilan dengan pertikaian itu.

Menyentuh perkembangan karier lakonannya, Intan kini terikat dengan penggambaran filem terbaru Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Hasim.

Dalam filem aksi komedi itu, Intan bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin.

"Kini saya sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Hasim. Dalam filem itu, saya menjadi isteri kedua kepada Shaheizy Sam.

"Menariknya, saya memainkan watak Riana, seorang isteri yang merupakan gangster kepada sebuah kumpulan kongsi gelap.

"Selain itu saya juga sedang menjalani proses memasukkan suara untuk filem Flat 3A yang dijangka ditayangkan pada tahun ini juga," katanya.

Filem Kembar Siang yang menggandingkan Intan dengan kekasihnya Kamal Adli bakal ditayangkan bermula 24 Februari depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...