Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, February 17, 2011

Pelakon 'Anjang Aki' Dapat Cucu Ke-20


Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau dikenalidengan nama Anjang Aki, 75, menerima kelahiran cucu ke-20 pada pagiRabu.

Cucu lelakinya itu dilahirkan oleh anak perempuan keenamnya di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

"Saya jangka cucu saya dilahirkan semalam (Selasa) kerana jatuh pada sambutan Maulidur Rasul.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana semuanya selamat.

"Saya juga rasa gembira kerana bertambah lagi cucu lelaki. Lagipun saya kurang mempunyai cucu lelaki berbanding cucu perempuan," .

Anjang Aki ditemui pada majlis pelancaran program baru Astro Warna (saluran132) di Restoran D'Saji Felda, Jalan Semarak, di sini, Rabu.

Program-program menarik yang bakal menemui penonton Astro Warna adalahZizan Show, Kalau Aku Bukan Artis, Darling dan Iparku Diva.

Kesemua program tersebut akan bersiaran bermula 22 Februari hingga 9 Mac depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...