Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, January 18, 2011

Drama Terakhir Faizal Yusop Di TV9 Malam Esok



Drama terakhir lakonan Faizal Yusop,33, (gambar) sebelum kematiannya bersama TV9 akan menemui penonton menerusi saluran itu pada Rabu ini.

Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada pukul 8.30 malam.

Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.

Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu.

Faizal meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu akibat serangan jantung.

Dia meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid,27, dan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie,2, hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Siti Nordiana.

TV9 dalam satu kenyataannya berkata Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami.

Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup.

Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai.

Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.

Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.

Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur.

Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya walaupun diai amat merindui ibu tersayang.

Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.

Apakah kesudahan drama penuh emosi dan menyayat hati ini? Bagaimana pula dengan Zai? Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini?

Jawapannya akan diperoleh jika anda menonton drama berkenaan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...