Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, January 17, 2011

Saida Tak Jadi Cerai Kerana Anak-Anak


Rumahtangga mana yang tidak pernah dilanda badai, sama seperti insan lain, penyanyi Saida yang juga kakak kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza turut mengalami tempias tersebut.

Dilihat bahagia, bagaimanapun Saida telah mengejutkan ramai pihak apabila mengambil tindakan memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada awal Oktober tahun lalu.

Tindakan Saida itu, bukan sahaja memeranjatkan semua pihak, bahkan keluarga terdekat turut tergamam dengan apa yang berlaku. Namun itu kisah dua bulan lalu, kini Saida mengakui apa yang dilakukannya satu kesilapan kerana terlalu terburu-buru.

"Itu semua berlalu dan saya mengaku agak terburu-buru ketika itu. Setelah dinasihati keluarga dan memikirkan mengenai anak-anak akhirnya saya terfikir untuk membatalkan sahaja hasrat hati itu. Kes tersebut kini ditangguhkan dan saya sendiri berniat mahu menarik semula kes tersebut selepas ini," katanya tenang ketika mengulas mengenai status rumahtangganya.

Tenang menghadapi segalanya, jelas wanita berusia 35 tahun itu, dia dan suami masih lagi tinggal sebumbung dan kini dalam proses berdamai.

"Kami masih lagi duduk bersama dan saling cuba untuk memperbaiki diri masing-masing untuk kebaikan bersama. Masing-masing membahagikan masa untuk diri sendiri dan InsyaAllah, saya yakin semuanya dapat dipulihkan seperti sedia kala," tegasnya.

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahayamata ini menafikan khabar angin yang mengatakan dia terpaksa menarik balik hasratnya untuk bercerai kerana desakan keluarga yang tidak mahu perkara itu terjadi.

"Tak adalah, memang saya yang nak tarik balik dan tak ada kena mengena dengan keluarga. Memang mereka ada menasihati dan setelah saya berfikir masak-masak dan memikirkan tentang anak-anak sya rasa ini yang terbaik. Biasalah dalam mana-mana rumahtangga sekalipun, pasti akan ada badai cuma kita hanya mampu berserah dan berdoa agar segalanya dapat diatasi dengan baik," ujarnya yang mengharapkan khalayak turut mendoakan kesejahteraan rumahtangganya itu.

google: Siti Saida facebook, Siti Saida biodata, gambar seksi Siti Saida, gambar Siti Saida dan suami, gambar anak Siti Saida, skandal Siti Saida, gosip Siti Saida, Siti Saida kakak siti nurhaliza, Siti Saida bercerai, kisah cerai Siti Saida, Siti Saida berpisah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...