Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, January 16, 2011

Mana duit RM 100, 000 Mohd?


DARIPADA seorang pembancuh air di sebuah kedai makan dan menjual daun palas pada setiap Ramadan di Ulu Tiram, Johor, nama Mohd. kini dikenali.

Gelaran Juara Mentor musim lalu membolehkan Mohd. atau nama sebenarnya, Mohamad Izwan Mohamad Nor membawa pulang wang tunai RM100,000.

Walaupun wang itu bukan berjuta jumlahnya, sehingga kini anak bongsu daripada 10 beradik itu masih tidak terlepas daripada perhatian orang ramai.

“Kayalah sekarang. Dapat RM100,000. Buat apa dengan wang tu?,” itulah persoalan yang sering dilemparkan kepada anak muda berkulit hitam manis ini.

Namun di sebalik keriuhan itu, lulusan Diploma Perakaunan dan Perniagaan, Politeknik Johor Bahru sebenarnya menyimpan satu cerita yang tidak ketahui ramai orang.

Sehingga sekarang Mohd belum menerima wang RM100,000 itu. Ini menjadikan kehidupan Mohd serba tak menjadi, tetapi orang fikir Mohd. sudah kaya raya.

Kemana duit Mohd. pergi? Kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH dan jurugambar pelatih Pertak, FIRDAUS LATIFF, Mohd berterus terang akan nasibnya.

Betul ke Mohd. ada masalah, tak boleh guna lagi RM100,000 tu?

Betullah, memang saya akui sehingga hari ini satu sen pun saya tak dapat lagi.

Kenapa? Tak dapat lagi ke?

Semuanya bermula apabila saya berhasrat mengeluarkan sebahagian wang itu untuk membuat simpanan di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tetapi pihak bank kata tak boleh buat pengeluaran.

Itukan duit Mohd., kenapa ada masalah pula?

Sebenarnya, wang RM100,000 tidak boleh dikeluarkan oleh saya kerana saya membuka akaun bersama dengan meletakkan nama saya dan emak. Emak pula meninggal dunia secara mengejut kerana sakit jantung pada 16 September lalu.

Habis tu macam mana?

Pihak bank suruh saya berurusan dengan Amanah Raya Bhd. (ARB). ARB pula meminta saya pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan sijil faraid. Selepas dapat sijil itu, ARB kata mereka akan proses wang RM100,000 itu dan ia akan dibahagikan sama rata dengan sembilan adik-beradik lain termasuk bapa. Kiranya wang itu sudah jadi faraid sebab saya namakan atas nama bersama emak.

Berapa lama boleh buat keluar wang tu?

Proses pengeluaran wang paling cepat dalam tempoh setahun dari sekarang manakala paling lambat dalam tempoh lima tahun.

Rasa tak puas hati ke wang tu kena dibahagi sama rata dengan ahli keluarga lain?

Mana ada. Tak timbul pun perasaan tidak puas hati apabila wang itu terpaksa dikongsi dengan ahli keluarga lain. Masalah ini tidak melibatkan pertelingkahan adik-beradik. Saya bersyukur atas budi bicara semua abang dan kakak, mereka akan memulangkan semula wang itu kepada saya nanti.

Ziana (Mentor Mohd.) tahu ke masalah ni? Dia kata apa?

Ziana banyak memberi nasihat agar bersabar dengan dugaan yang dihadapi. Dia cakap, nak buat macam mana sudah takdir Allah S.W.T apabila emak meninggal tiba-tiba. Dia kata bagus sebenarnya letak nama emak bersama demi keselamatan dan pemantauan pengeluaran wang.

Habis tu sekarang macam mana Mohd. nak sara diri?

Memang saya hanya harapkan tawaran persembahan pentas sahaja. Ramai yang tak tahu ingat saya dah boleh guna wang RM100,000 tapi saya sekadar nak jelas mana wang itu berada pada masa ini.

Banyak ke dapat show?

Alhamdulillah, adalah juga.

Ni pasal karier seni Mohd. sejak menang Mentor 4. Macam tak popular je?

Saya mengaku nama saya tidak popular seperti juara Mentor musim-musim sebelum ini. Tapi saya bersyukur kerana masih memiliki peminatnya yang setia dan tidak putus-putus memberi sokongan.

Black dengan Fiq peminat boleh kenal. Mohd. tak menonjol pun? Jarang keluar suratkhabar dan majalah?

Apa yang berlaku adalah rezeki masing-

masing. Saya tidak pernah cemburu dengan kejayaan juara Mentor sebelum ini yang masih dikenali sampai sekarang. Apa yang penting, saya perlu bekerja keras dan tidak mudah putus asa jika ingin meraih kejayaan pada masa depan.

Bintang Akademi Fantasia macam Akim, Aril Dafi dan Hafiz semua popular. Mohd. susah nak popular mungkin sebab imej kampung yang kuat? Komen sikit.

Saya sedar dengan kekurangan diri. Biarpun selesa dengan imej kampung namun saya berjanji akan mengubah penampilan imej secara perlahan.

Mohd. tak popular kerana terlalu menumpang populariti Ziana untuk bergelar juara kot?

Orang perlu ingat antara perbezaan Mentor dengan AF. Mentor mempertaruhkan 70 peratus undian juri profesional dan awam. Kalau orang cakap saya juara kerana peminat Ziana, undian SMS hanya 30 peratus. Bagaimana pula dengan undian juri profesional dan awam yang membolehkan saya bergelar juara? Kalau mereka tak pilih saya, mesti saya tak menang.

Apa perancangan 2011?

Saya berharap 2011 mampu menjadi platform kepada saya untuk lebih dikenali kerana single kedua ciptaan Audi Mok akan dikeluarkan pada Februari ini.

google: mohd mentor facebook, gambar mohd mentor, album baru mohd mentor, mohd juara mentor, video clip mohd mentor,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...