Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, January 18, 2011

Bukan Fail Cerai, Hanya Teman Anak Saudara – Vanidah Imran



Juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim pertama, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (gambar) berada di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin hanyalah untuk menemani anak saudara mereka yang mahu menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.

Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu berkata, anak saudara suaminya itu mempunyai masalah rumah tangga dan meminta mereka membantu untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan,” katanya.

Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari menyebabkan timbul tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian.

Vanidah hadir dengan berpakaian serba hitam manakala Rashidi dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan yang secara kebetulan berada di mahkamah untuk mengikuti satu kes lain.

Ditanya mengenai insiden itu, pengacara Nona tersebut berkata, dia dan suami tiba-tiba didatangi jurugambar yang terus mengambil gambar tanpa bertanya tujuan sebenar mereka ke mahkamah.

Cara itu kata Vanidah menyebabkan Rashidi agak kurang selesa sehingga membuatkan jurugambar berkenaan mungkin menyangka mereka berdua sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Kata Vanidah, sebagai pasangan yang menjadi contoh kepada artis-artis lain, hubungannya dengan Rashidi sangat bahagia dan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.

Dia bagaimanapun berharap, pada masa akan datang pihak-pihak tertentu jangan mudah untuk membuat spekulasi negatif terhadap sesuatu perkara sebaliknya terus bertanya kepada mereka berdua untuk mendapatkan sesuatu kepastian.

Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak, Mikail Aimran, 7, dan Mariyam Rashika, 6 tahun.

Pada majlis ulang tahun perkahwinan ke-10 yang diadakan pada 22 September tahun lalu, mereka mengakui jatuh cinta pandangan pertama semasa berlakon di dalam drama Atirah.

Pada 29 Disember 2007, Rashidi dan Vanidah yang mewakili Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia diumumkan sebagai pemenang Sehati Berdansa.

google: vanidah imran facebook, gambar Vanidah Imran dan suami, Vanidah Imran seksi, gambar seksi Vanidah Imran, gambar Vanidah Imran dan anak, Vanidah Imran nak bercerai?, Vanidah Imran di mahkamah syariah, gambar Vanidah Imran di mahkamah syariah, gosip Vanidah Imran, skandal Vanidah Imran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...