Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 15, 2010

Khir Rahman: Puas Hati Dengan ...Dalam Botol


Optimis dan yakin sentuhan pertama, ...Dalam Botol mampu memberi impak kepada peminat kaki wayang tempatan, Khir Rahman teruja dan berdebar menantikan tayangannya.

Bukan mahu mendabik dada sebaliknya, jelas Khir, filem tersebut memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui kisah benar penderitaan seorang lelaki gay yang menyesali perbuatan lalunya.

"Saya tahu kisah ini satu kisah taboo di seluruh dunia. Tapi kisah yang dipaparkan ini sebuah kisah benar yang saya sampaikan dalam bahasa gambar bergerak untuk dikongsi kepada umum. Saya tak kata ia terlalu jujur sehingga boleh menyebabkan orang tak suka. Lihat dahulu dan anda akan tahu kisahnya," jelas Khir tenang mengenai filem arahan pertamanya itu.

Menyambung perbualan jelas anak kelahiran Johor Bahru ini, filem tersebut bukanlah mahu mengangkat gejala songsang atau memalukan golongan tersebut tetapi ia merupakan sebuah bingkisan kisah benar yang mampu dijadikan tauladan kepada semua agar berfikir dahulu sebelum bertindak.

"Saya ceritakan apa yang dilalui oleh lelaki ini setelah dia sendiri bercerita kepada penerbit. Kalau ada yang menonton kemudian tak puas hati dengan jalan ceritanya dengan mengatakan ia tak sepatutnya begitu dan begini, apa yang boleh saya katakan mungkin pengalaman yang mereka alami berbeza daripada yang dialami oleh lelaki ini.

"Jadi pastinya masing-masing ada interpretasi sendiri tapi kalau boleh tengok dahulu dan barulah anda semua boleh menilainya," katanya yang turut membuat kajian terlebih dahulu mengenai golongan tersebut untuk mendalami kisah tersebut.

Bakal ditayangkan pada Februari depan, Khir bersedia berdepan dengan sebarang kritikan yang bakal menjengah filem yang dibintangi oleh Arja Lee, Wan Raja dan Diana Danielle itu.

"Saya akan jadi lebih risau kalau mereka enggan mengkritik filem saya. Sebanya, melalui kritikan, ia mampu membantu saya memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Saya tak rasa filem ini yang terbaik dari saya tapi saya yakin masih ada ruang yang boleh diperbaiki untuk kebaikan masa depan," katanya yang cukup gembira apabila tayangan filem tersebut mendapat respon yang cukup positif di kalangan blogger dan pengkarya filem tempatan tidak lama dahulu,.

Menelan belanja hampir RM 1 juta, ...Dalam Botol memaparkan kisah percintaan kaum sejenis antara Bidin dan Ghous . Akibat terlalu menyintai Ghous, Bidin sanggup membuat pembedahan bertukar menjadi jantina kepada wanita. Pertukaran tersebut tidak dihargai oleh Ghous dan akhirnya membuatkan Bidin menyesal seumur hidup atas perbuatannya.

Selain Arja Lee, Wan Raja dan Diana Danielle, filem tersebut turut dibintangi oleh Datuk Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...